Wednesday, March 31, 2010

Petua Kurangkan Sakit Gigi?

Adakah anda mengenali Pokok Subang Nenek? Ataupun nama lainnya Pokok Butang Baju Siti Fatimah? Manakala nama saintifiknya pula ialah Sthenodesme Temtanara?

Untuk pengetahuan anda, ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang senang tumbuh di kawasan yang lembap. Contohnya seperti di tepi-tepi longkang yang berair.

Pokok Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah)

Pokok Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah) - aalim @ flickr



Sungguhpun begitu, ia mampu mengurangkan sakit gigi ataupun gusi bengkak. Sementara menunggu masa nak ke klinik tu, anda bolehlah memanfaatkan khasiatnya ya.


Petuanya adalah seperti berikut;


1. Ambil beberapa helai daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah).


Daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah)

Daun Subang Nenek(Butang Baju Siti Fatimah) - fazlisyam.com



2. Bersihkan kesemua daun tadi dan tumbuk ia hingga lumat.

3. Seterusnya, sapukan daun yang telah lumat pada gigi atau gusi yang sakit.


Kemudian, anda akan rasa semacam kebas pada gigi atau gusi yang bengkak tadi. Proses tersebut secara tak langsung akan mengurangkan rasa sakit pada bahagian gigi serta gusi yang terlibat.


Selamat Mencuba!

Friday, March 26, 2010

Bila Terkena Gigitan Ular Berbisa...

Anda tentu berasa panik apabila terserempak dengan ular, kan? Tetapi menurut apa yang saya dengar, sekiranya berhadapan dengan ular, kita sepatutnya mendiamkan diri. Sebab kalau kita bergerak, ular tersebut akan terkejut. Bila dah terkejut, ular tersebut pun bertindakbalas dan menyerang objek yang berada di depannya.


Tapi bila dah panik nie, macam-macam hal boleh terjadi. Takkan nak berdiam diri aje, kan? Lagilah cuak dibuatnya.


Sehubungan itu, jika anda diserang atau terkena gigitan ular berbisa, mintalah bantuan rakan atau sesiapa yang berdekatan untuk melakukan langkah-langkah berikut;


1. Ikat di bahagian atas pada kawasan yang digigit ular dengan kain. Ataupun gunakan saja benda yang boleh diikat.

2. Sedut bisa ular tersebut dan buangkannya. Jangan pula ditelan bisanya kerana ia boleh membawa maut.

3. Kemudian, dapatkan daun tembakau dan basahkannya.

Daun Tembakau

Daun Tembakau - wikipedia.org



4. Seterusnya, balut atau tampalkan daun tembakau tadi pada bahagian yang digigit ular.

5. Sekiranya dah kering, tukarkan dengan daun tembakau yang baru. Ulangi proses ini sehingga keadaan mangsa sembuh.


Selamat Mencuba!

Wednesday, March 24, 2010

4 Khasiat Air Rebusan "Kucing Galak"

Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.


Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)

Pokok Kucing Galak (Acalypha Indica)




Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?


Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.

Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.


Ohh... kalau begitu, bagaimana pula kaedah untuk saya mendapatkan khasiatnya?


Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;


1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).

2. Bersihkannya terlebih dulu.

3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.


Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:


Ulser Mulut

Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

Amalkan sehingga anda sembuh.


Penyakit Kulit

Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.


Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat

Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. :)


Selamat Mencuba!

Saturday, March 20, 2010

2 Tip Mengembalikan Kilauan Barang Kemas

Barang kemas dan wanita memang sukar dipisahkan. Malah barang kemas bukan sekadar perhiasan semata-mata. Ini kerana ada yang membelinya kerana ia boleh digunakan sewaktu tersesak. Tidak kurang juga yang berlumba-lumba mengumpulnya bagi tujuan pelaburan jangka panjang.

Tapi untuk tujuan pelaburan, biasanya hanya emas 916 dan emas 999 yang laku dan anda boleh membuat keuntungan daripadanya. Begitulah serba sikit ilmu yang saya dapat menerusi ebook Emas-Emas yang Hilang.


Gambar hiasan emas

Gambar hiasan emas - Ebook Emas-Emas yang Hilang



Opss... sebelum saya menyimpang jauh, jom kita kembali pada topik asal. Barang kemas ni bila dah lama dipakai akan kelihatan kusam, pudar dan kurang berkilat seperti mula-mula membelinya. Jadi, tarikannya pun dah kurang, kan?

Justeru itu, berikut adalah 2 tip untuk anda mengembalikan kilauan barang kemas tersayang;


Tip Pertama


1. Ambil sedikit sos cili.

2. Campurkannya dengan 2 hingga 3 titis air bersih.

3. Kemudian, sapukan campuran tersebut pada barang kemas yang hendak dikilatkan.

4. Seterusnya, berus atau gosok barang kemas tadi secara perlahan-lahan dengan menggunakan berus gigi terpakai.

5. Akhir sekali, cucilah barang kemas tadi dengan air bersih.



Tip Kedua


1. Ambil sedikit asam jawa.

2. Bancuhkan asam jawa tadi dengan mencampurkan sedikit air.

3. Kemudian, rendamkan barang kemas anda ke dalam air asam jawa selama 30 minit atau setengah jam.

4. Selepas itu, beruslah barang kemas anda dengan berus gig terpakai.

* Tujuan memberus adalah untuk mengeluarkan daki-daki yang terdapat di celah-celah barang kemas.

5. Akhir sekali, bilaslah barang kemas tadi dengan air bersih.


Jika dilakukan dengan teratur dan cermat, hasilnya kilauan barang kemas anda kembali menyerlah dan hampir kelihatan seperti baru.


Selamat Mencuba!



p.s: Ebook emas-emas yang hilang telang ditutup jualannya. Jika anda masih berminat mengetahui mengenai pelaburan emas, sila lawati laman web pada banner di bawah;




Cara Melegakan Sakit Mata

Beberapa hari lepas, saya telah kongsikan petua mengubati sakit mata dengan anda. Jika ada yang terlepas, boleh rujuk semula di SINI ya.

Cuma kali ini saya ingin menambah satu lagi cara bagi melegakan sakit mata. Iaitu dengan menggunakan akar pokok bunga raya putih pula.


Bunga Raya Putih

Bunga Raya Putih - iluvislam.com



Ia adalah sebagai alternatif sekiranya anda sukar mendapatkan daun bunga melati ataupun daun sirih (merujuk kepada tulisan lepas - 3 Petua Mengubati Sakit Mata).


Baiklah, cara memanfaatkan akar pokok bunga raya putih adalah seperti berikut;


1. Ambil hanya bahagian akar pokok bunga raya putih.

2. Bersihkannya terlebih dulu.

3. Rebus akar tersebut hingga mendidih.

4. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk.

5. Apabila air rebusan tadi dah sejuk, titiskannya pada mata anda yang sakit.


Jika diizinkan-Nya, mata anda akan sembuh. :)


Selamat Mencuba!

Thursday, March 18, 2010

Petua Suami Isteri: Bagaimana Cara Meningkatkan Kesuburan?

Masalah kesuburan sering ditimbulkan bila mana sepasang suami isteri yang telah agak lama berkahwin, namun masih belum dikurniakan cahayamata. Situasi ini bertambah sukar sekiranya si suami dan isteri enggan duduk berbincang bagi menangani situasi ini. Sebaliknya, hanya meletakkan kekurangan pada bahu pasangan mereka.

Alangkah indahnya jika anda dapat membuang yang keruh dan ambil yang jernih, kan? Usahlah menyalahkan sesiapa lagi. Ayuh berikhtiar bersama-sama agar hajat untuk nak dapat anak tercapai.


Bagi anda yang mengalami situasi sebegini, saya ingin berkongsi satu petua yang telah diperolehi bagi meningkatkan kesuburan suami isteri. Iaitu dengan memanfaatkan khasiat kulit pokok durian belanda (Annona Muricata).


Pokok Durian Belanda(Annona Muricata)
Pokok Durian Belanda(Annona Muricata) - ubcbotanicalgarden.org


Caranya adalah seperti berikut:


1. Anda dapatkanlah kulit pokok durian belanda.

2. Bersihkan ia terlebih dahulu.

3. Kemudian, anda hancurkan kulit pokok durian belanda tadi.

4. Seterusnya, anda rebuskan kulit tersebut sehingga airnya tinggal lebih kurang dalam secawan.

5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut secara perlahan-lahan.

Anda (suami dan isteri) boleh amalkan meminumnya sekali sehari. Dengan cara ini, tahap kesuburan anda dapat dipertingkatkan, InsyaAllah. :)

Malah, selain baik untuk kesuburan, air rebusan kulit pokok durian belanda ini juga dapat mengubati;

- Batuk,

- Kencing manis,

- Ulser malaria,

- Ulser perut,

- Penyakit jantung

dan

- Penyakit hati.






Selamat Mencuba!

Tuesday, March 16, 2010

5 Kegunaan Tanaman Tutup Bumi

Tanaman Tutup Bumi yang juga dikenali sebagai Elephantopus Scaber selalunya tumbuh di tepi jalan, tempat letak kereta, tanah terbuka dan di kawasan padang rumput. Malah ia juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan di rumah anda.

Walau tanaman tutup bumi ni senang ditemui, tapi adakah anda tahu tentang kegunaannya dari sudut penjagaan kesihatan diri?

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 1

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 1 - Prof KMS@Flickr



Percaya atau tidak, para pengamal perubatan tradisional mengakui yang ia boleh merawat selesema, sakit tekak, anemia bagi wanita dan kanak-kanak, batuk serta masalah haid tidak teratur.


Petua ringkas menggunakan tanaman tutup bumi bagi merawat 5 masalah di atas adalah seperti berikut;


A. Selsema dan Sakit Tekak

1. Ambil kesemua bahagian tanaman tutup bumi dan bersihkannya.

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2

Tutup Bumi (Elephantopus Scaber) 2 - dinesh_valke@Flickr



2. Setelah bersih, rebuskan ia hingga mendidih.

3. Bila dah mendidih, biarkan seketika air rebusan tersebut.

4. Kemudian, tapiskannya ke dalam gelas dan minumlah secara perlahan-lahan.


B. Anemia (Wanita dan Kanak-Kanak)

1. Ambil bahagian akar tutup bumi sahaja.

2. Bersihkan akar tersebut dan rebuskan sampai ia mendidih.

3. Kemudian biarkan air rebusan tadi suam, tapiskan ia dan minumlah dengan perlahan.


C. Batuk

1. Ambil beberapa helai daun tutup bumi.

2. Bersihkannya dan salai(layur) daun tersebut di atas api.

3. Akhir sekali, gosokkanlah daun tersebut pada bahagian leher anda.


D. Haid Tidak Teratur

1. Ambil hanya bahagian batang dan daun tutup bumi saja.

2. Bersihkannya dan rebus bahagian tersebut sampai mendidih.

3. Seperti biasa, lepas dah mendidih biarkan ia seketika.

4. Setelah agak-agak suam, barulah anda tapis air rebusan tadi ke dalam gelas dan minumlah ia perlahan-lahan.


Begitulah serba ringkas khasiat tanaman tutup bumi dan cara penggunaannya. Mudah-mudahan ia memberi manfaat dan nilai tambah kepada anda sekeluarga.


Selamat Mencuba!

Sunday, March 14, 2010

3 Khasiat Akar serta Daun Pokok Kelulut

Pokok Kelulut (Urena Lobata) selalunya tumbuh di kawasan tanah terbiar. Manakala buahnya amat mudah melekat pada fabrik. Sebab itulah suatu ketika dulu, buah pokok kelulut ni boleh dikatakan antara bahan permainan yang popular. Terutamanya bagi golongan kanak-kanak. :)

Pokok Kelulut (Urena Lobata)

Pokok Kelulut (Urena Lobata)



Namun di sebalik kepopularan buahnya itu, akar dan daun kelulut tak ketinggalan turut memiliki khasiatnya yang tersendiri. Iaitu mengurangkan sakit gigi, merawat demam yang berpanjangan dan juga merawat luka.

Cara untuk memanfaatkan kelebihan akar dan daun pokok kelulut ni adalah berbeza-beza. Saya akan kongsikannya dengan anda di bawah ini;


Mengurangkan Sakit Gigi


1. Ambil bahagian akar pokok kelulut saja.

2. Bersihkan akar tersebut sebaik mungkin.

3. Kemudian, kunyah akar tadi secara perlahan-lahan.


Merawat Demam Berpanjangan


1. Ambil akar kelulut dan bersihkan ia.

2. Kemudian, tumbuk akar tadi hingga lumat sedikit.

3. Seterusnya, anda perlu kisarkan akar tersebut dengan menambahkan sedikit air.

4. Selepas itu, tapiskan akar kelulut tadi untuk mendapatkan jusnya.

5. Akhir sekali, minumlah jus tersebut secara perlahan-lahan.


Merawat Luka


1. Ambil beberapa helai daun kelulut dan bersihkan.

Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)

Daun Pokok Kelulut (Urena Lobata)



2. Kemudian, tumbuk daun tersebut hingga lumat.

3. Akhir sekali, pupukkan daun yang telah lumat pada bahagian yang luka.


Selamat Mencuba!


Imej: en.wikipedia.org

Thursday, March 11, 2010

Cara Mengubati Gusi Berdarah

Melalui info yang diperolehi, penyakit gusi boleh terjadi seawal peringkat kanak-kanak lagi. Selari dengan peningkatan usia anda, ia boleh jadi semakin teruk. Penyebab utamanya adalah bakteria dalam plak yang menghasilkan toksin.

Proses tersebut akhirnya mengakibatkan gusi anda bengkak, merah dan mudah berdarah. Hal ini juga dikatakan ada kaitannya dengan;

a. Mulut kering.

b. Kurang menjaga kebersihan mulut.

c. Diabetes.


e. Perubahan hormon (contohnya: saat sedang meningkat remaja atau ketika mengandung).


Sehubungan itu, sekiranya anda mengalami masalah gusi berdarah, berikut adalah petua mengubatinya:


1. Ambil beberapa helai daun bacang (daun machang) dan bersihkan ia.

Pokok Macang/Bacang (Mangifera Foetida)

Pokok Machang/Bacang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



2. Kemudian, anda masukkanlah daun bacang tadi ke dalam periuk yang dah diisi dengan air.

Daun Bacang/Macang (Mangifera Foetida)

Daun Bacang/Machang (Mangifera Foetida) - Wikimedia.org



3. Kemudian, masukkan pula beberapa helai daun inai yang bersih ke dalam periuk yang sama.

4. Seterusnya, rebuskan kesemua daun tadi hingga mendidih.

5. Setelah air rebusan tadi mendidih, masukkan sedikit asam gelugor dan garam secukup rasa.

6. Suamkan sedikit air rebusan di atas terlebih dahulu ke dalam gelas.

7. Selepas itu, masukkan air tadi ke dalam mulut, biarkannya lebih kurang dalam 3 minit dan anda berkumur-kumurlah dengannya.

Lakukan petua ini 2 kali sehari iaitu sekali pagi dan sekali pada waktu malam. Amalkan sehingga 3 hari berturut-turut.


Selamat Mencuba!

Wednesday, March 10, 2010

5 Petua Untuk Anda Dapat Anak?

Kebelakangan ini, kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi semula. Tiba-tiba saja fenomena ini kembali meledak dan mewarnai dada akhbar. Dalam masa yang sama, masih ramai lagi pasangan yang inginkan zuriat tapi masih belum dikurniakan anak. Mungkin belum rezeki mereka agaknya.

bayi comel
Bayi comel


Atas sebab itulah, saya ingin berkongsi 5 petua yang boleh dibuat bagi merealisasikan impian anda untuk dapat anak. Iaitu;


1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.

2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.

3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.

4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.

5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.


Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha anda diperkenankan oleh-Nya.


Selamat Mencuba!


P/S: Sekiranya tuan/puan mahukan panduan terperinci, sila layari laman web berikut:-



Mudah-mudahan ia mempermudahkan usaha tuan/puan. :)

Tuesday, March 9, 2010

3 Petua Mengubati Sakit Mata

Memiliki sepasang mata yang sempurna merupakan satu anugerah tak terhingga kurniaan Tuhan kepada kita. Melaluinya juga kita berpeluang menyaksikan pelbagai panorama indah di muka bumi ini. Justeru, kita mestilah bersyukur dan sentiasa memelihara kesihatan mata agar ia sentiasa dapat berfungsi dengan baik.

sepasang mata yang cantik

Sepasang mata yang cantik - photos-of-the-year.com



Maka sehubungan itu, andainya anda mengalami sakit mata, terdapat 3 petua yang boleh dicuba. Antara bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah daun bunga melati, daun sirih serta daun sirih muda. Ketiga-tiganya kaedah penggunaannya akan saya sertakan sebentar saja lagi. :)


Kaedah Pertama:

1. Ambil beberapa helai daun bunga Melati (Melur).

Daun Bunga Melati

Daun Bunga Melati - wikimedia.org



2. Bersihkan daun tersebut dan tumbuk ia sampai lumat.

3. Setelah lumat, tampalkannya pada bahagian kening anda.

4. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda menggantikannya dengan daun melati yang baru setiap kali mengulangi proses no.1 hingga 3.


Kaedah Kedua:

1. Ambil beberapa helai daun sirih yang masih muda.

foto daun sirih

Foto daun sirih



2. Bersihkannya dan ramas daun sirih tersebut sampai hancur.

3. Rendamkan daun yang telah hancur tadi ke dalam bekas berisi air panas.

4. Kemudian, biarkan ia terendam sehingga air panas tadi bertukar menjadi suam-suam kuku.

5. Setelah itu, tapiskan air rendaman tersebut dengan menggunakan sehelai kain bersih ke dalam satu bekas yang lain.

6. Akhir sekali, rendamkan mata anda ke dalam bekas tersebut sambil mengelipkan mata berulang kali.

Kaedah ini boleh diamalkan setiap hari sehinggalah mata anda sihat.


Kaedah Ketiga:

1. Ambil beberapa helai daun sirih.

2. Bersihkan ia dan kemudian rebus daun sirih tadi sampai mendidih. Jangan lupa tambahkan sedikit garam ketika anda merebusnya.

3. Setelah mendidih, dinginkan air rebusan tersebut terlebih dahulu.

4. Seterusnya, tapiskan air rebusan yang telah dingin ke dalam sebuah bekas lain dengan menggunakan kain putih.

5. Akhir sekali, kelip-kelipkan kelopak mata anda ke dalam bekas berisi air rebusan daun sirih yang telah ditapis tadi.

Anda boleh lakukan cara ini sebanyak 3 kali sehari. Buatlah sehingga sakit mata anda beransur pulih.


Selamat Mencuba!

Thursday, March 4, 2010

Petua Awet Muda dengan Ulam Raja

Ulam raja atau Cosmos Caudatus agak sinonim dengan masyarakat Melayu sejak dulu lagi. Biasanya ia dijadikan baik sebagai pembuka mahupun penambah selera. Namun, fungsinya tak terbatas setakat itu saja.

Khasiat lain ulam raja adalah menambahkan kandungan oksigen dalam darah. Penambahan oksigen ni akan melancarkan peredaran darah secara tak langsung.

Seterusnya, apabila kandungan oksigen telah mencapai keseimbangan, badan anda tentu akan terasa segar-bugar. :)

Ulam Raja (Cosmos Caudatus)

Ulam Raja (Cosmos Caudatus) - photoblog.com




Ermmm... tapi, apa kaitannya pula dengan awet muda?



Begini, bila badan dah segar; kulit anda tentunya akan sihat dan tegang. Jadi, ketegangan kulit inilah yang menampakkan anda awet muda. Tak gitu? :)


Untuk itu, jika anda ingin kekal awet muda, ikutilah petua berikut;


1. Amalkan memakan ulam raja setiap hari.

2. Anda boleh memakannya secara mentah, dicelur dan kemudian cecah dengan sambal belacan, campurkan dalam masakan tertentu ataupun dibuat kerabu.

3. Namun begitu, pastikan anda memakannya kurang daripada secekak setiap hari. Ambillah ia secara sederhana saja ya.


Selamat Mencuba!

Petua Lelaki: 7 Penyebab Zakar Menjadi Tegang

Keadaan zakar yang tegang, pejal dan bertenaga merupakan isyarat utama bagi sang suami sebelum memulakan hubungan dengan si isteri. Sebenarnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan zakar menjadi tegang.


Antaranya adalah;


1. Zakar menjadi tegang disebabkan oleh anda memakan ubat kuat. Ubat kuat biasanya akan membangkitkan gelora nafsu anda.

Namun, anda haruslah berhati-hati dalam memilihnya. Jika tidak, anda mungkin berisiko merana seumur hidup. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor atau pihak yang bertauliah terlebih dahulu ya.


2. Oleh kerana pengaruh hormon. Ianya dikeluarkan oleh buli-buli jantina ke dalam darah dan membuatkan zakar tegang.

Hormon-hormon akan bergerak ke otak, seluruh anggota badan dan tulang belakang. Kemudiannya, zakar akan hidup dan tegang secara tiba-tiba sehinggalah anda berkeinginan untuk melakukan persetubuhan.


3. Akibat kepanasan. Biasanya setelah anda meminum atau memakan dari jenis rempah-ratus seperti lada hitam, kayu manis, bawang dan halia.

Rempah-ratus tersebut akan hancur di dalam darah. Kemudian, ia mempengaruhi otak, sum-sum tulang belakang dan akhirnya selaput pundi kencing. Hal ini juga menyebabkan rasa panas pada selaput lendir.

Rasa panas pada saluran kencing tadi seterusnya membuatkan zakar menjadi tegang.


4. Isi perut kembang.

Makanan seperti keju, telur dan sayur-sayuran apabila dimakan boleh mengembangkan kisaran makanan dan usus.


Gambar Keju

Gambar Keju - breakfastwithspanky.site50.net



Seterusnya, ia boleh mendatangkan ketegangan pada saraf jantina sehinggalah zakar menjadi tegang.


5. Pundi-pundi kencing penuh.

Apabila pundi-pundi kencing ni penuh dan berisi air, zakar akan menjadi tegang. Hal ini biasanya terjadi sewaktu bangun pagi. Malah, kanak-kanak pun turut mengalaminya.


6. Gelora nafsu di dalam otak.

Zakar juga mudah tegang apabila timbulnya gelora nafsu dalam otak. Gelora nafsu ni timbul akibat pengambilan alkohol atau meminum arak.

Namun anda harus ingat bahawa alkohol dan arak memang akan menguatkan nafsu. Tapi kekuatannya sesungguhnya yang terindah hanyalah sementara. Pada akhirnya nanti, kekuatan tenaga batin itu akan lenyap sama sekali.

Malah, arak bukan hanya membunuh syahwat tetapi turut membunuh jiwa dan rohani anda. Huhu...

Lagi satu, menurut kajian yang dijalankan mendapati individu yang meminum arak lebih cepat kehilangan tenaga berbanding mereka yang tidak pernah mengambilnya.


7. Sudah tentu kerana bersentuh anggota jantina.

Ini kerana, bahagian hadapan zakar (kulit kepala zakar) terdiri daripada rangkaian urat halus dan kuat serta terasa geli.

Pada bahagian hujungnya pula terdapat anggota-anggota khas yang dinamakan saraf kelazatan. Saraf kelazatan ini boleh diumpamakan sebagai alat elektrik yang mengeluarkan api bila bersentuhan dengan sesuatu benda.


Begitulah serba sedikit info yang menyebabkan zakar lelaki menjadi tegang. Sebaik-baiknya anda jauhilah arak kerana ianya lebih banyak membawa mudarat daripada memberikan faedah.






Akhir kata, mudah-mudahan perkongsian ini sikit sebanyak meningkatkan pengetahuan serta menambahkan kesedaran terutamanya buat kaum lelaki tentang alat sulit anda.



P.S: Bagi anda yang berminat memiliki zakar yang sentiasa segar dan sihat, bolehlah mengetahui kaedahnya di SINI.

Tuesday, March 2, 2010

2 Kaedah Elak Rambut Gugur

Masalah keguguran rambut selalunya menghantui kebanyakan individu yang agak berusia. Namun, memang tak dinafikan ada juga golongan muda yang mengalami masalah serupa. Jadi, apakata anda yang sedang berhadapan masalah ini mencuba petua elak rambut gugur berikut.

Bahan utama yang anda perlukan ialah daun jeruju putih. Kaedah melaksanakannya pula ada dua. Pertama, dengan cara merebus dan keduanya dengan cara menumbuk halus.

Jeruju Putih (Acanthus Ilicifolius)

Jeruju Putih (Acanthus Ilicifolius) - swampythings.wordpress.com




Kaedah 1 - Merebus


1. Ambil beberapa helai daun jeruju putih dan bersihkan.

2. Rebus daun tersebut hingga mendidih.

3. Kemudian, biarkan air tersebut beberapa minit.

4. Akhir sekali, lumurkan air rebusan tadi ke seluruh kepala. Sambil tu, urutlah kepala anda sekali.

Pastikan juga ia membasahi keseluruhan bahagian rambut anda.


Kaedah 2 - Menumbuk halus


1. Ambil beberapa helai daun jeruju putih.

2. Bersihkannya dulu dan tumbuk sampai halus.

3. Setelah halus, pupuk daun tersebut pada seluruh bahagian kepala anda.

4. Kemudian, biarkannya dalam lingkungan 10 minit.

5. Akhir sekali, cucilah rambut dan kepala anda sampai bersih.


Kedua-dua kaedah ini perlu anda teruskan sehinggalah merasai kesannya. Itu saja. :)


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More