Sunday, June 13, 2010

Petua Hilangkan Jerawat dan Parut

Masalah jerawat umpama satu tembok halangan yang cukup sukar ditembusi. Ia tentunya merimaskan anda. Lebih-lebih lagi bila pelbagai usaha telah dibuat bagi mengatasi jerawat. Namun, semuanya tak membuahkan hasil. Kecewa pun ada. Sedih pun ada. Tapi, selalunya setiap penyakit ada ubatnya, kan?

Jadi, andainya anda masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk hilangkan jerawat, apakata gunakan daun mertajam. Ia merupakan salah satu ubat jerawat tradisional. Di bawah ini ada contohnya. Saya ambil dari web toptropicals.com.


Buah dan Daun Mertajam
Buah dan Daun Mertajam


Kemudian, di bawah ini pula Pokok Mertajam. Atau nama saintifiknya "Erioglossum Rubiginosum".

Pokok Mertajam
Pokok Mertajam

Daun mertajam ni dikatakan boleh hilangkan jerawat dan tidak meninggalkan sebarang kesan parut. Petua yang perlu anda ikuti adalah seperti berikut;


1. Ambil beberapa helai daun mertajam dan bersihkannya.

2. Kemudian, anda tumbukkan atau gilingkan daun mertajam tadi serta campurkannya dengan kemenyan (kira-kira sebesar ibu jari).

Tujuan disarankan mencampurkan kemenyan adalah untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat serta menjaga kulit muka.

3. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sampai halus.

4. Setelah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk.

Tujuan mencampurkan bedak sejuk ni pula supaya kulit muka anda tak terasa panas nanti. :)

5. Seterusnya, sapukan saja campuran itu ke muka anda seperti memakai masker (topeng muka).

6. Anda boleh sapu masker jerawat ni pada waktu malam dan cuci pada keesokan paginya ya.


Amalkanlah petua di atas setiap hari untuk hilangkan jerawat dan parut di muka anda. Mudah-mudahan selepas ini, ada bebas daripada jerawat dan tiada lagi kesan parut di muka.



Selamat Mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More