Sunday, April 8, 2012

Kalimah Allah pada botol arak

Menurut laporan dari berita Agensi, umat Islam di Kazakhstan berang dengan pengeluar minuman beralkohol di negara itu kerana terdapat kalimah Allah pada botol arak yang dikeluarkannya.

Imam besar Masjid Semey, Bekzat Boranbaiuly meminta pengeluar minuman vodka meminta maaf kepada umat Islam Kazakhstan atas penghinaan itu.

“Ini satu bentuk penghinaan kerana Islam secara tegas melarang minum arak,” katanya dalam kenyataan sebagaimana dipetik Washington Post, semalam.

Media tempatan kelmarin melaporkan mengenai promosi minuman vodka terbaru di negara itu dan pada label bekas minuman berkenaan tertulis “The Power of Allah Suffices for All" (Kuasa Allah Cukup Untuk Semua).

Kazakhstan adalah bekas negara jajahan Soviet dan majoriti penduduknya yang berasal dari etnik Kazakh beragama Islam.

Bagaimanapun, negara itu juga dihuni penduduk minoriti berketurunan Slav yang gemar minum vodka dalam kehidupan seharian mereka.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More