Thursday, April 26, 2012

Zubir menegur Shila kerana hubungan bagaikan suami isteri bersama Sharnaaz


Untuk makluman, Zubir menegur kelakuan Shila Amzah dan kekasihnya iaitu Sharnaaz yang berkelakuan terlebih mesra di depan khalayak ramai. Antara kata-kata Zubir ialah:-
Orang lain pun bercinta juga, tapi cool saja. Lebih menjengkelkan, Sharnaaz dan Shila menunjukkan kemesraan itu di depan ibu Shila, walhal kedua-duanya bukan ada ikatan sah sebagai suami isteri, sebaliknya hanya berstatus kekasih sahaja. Zubir perhatikan, ibu Shila seolah-olah merestui anak daranya itu beraksi mesra dengan Sharnaaz. Apalah salahnya sebagai ibu, tegur sikit Shila tu supaya menjaga kelakuan di tempat awam, jangan biarkan orang menyampah dengan gelagat mesra bersama Sharnaaz yang over sangat tue

Kalau anda ingin membaca tulis penuh Zubir, sila cari balik BiPop hari Ahad yang lepas. Memang teguran tersebut agak pedas tetapi ada kebenarannya. Apabila ditanya mengenai teguran ini oleh wartawan Media Hiburan, Shila Amzah menjawab:-
Berkenaan dengan isu tersebut, saya terima dengan hati terbuka setiap komen yang diberikan oleh peminat, sama ada ia positif atau sebaliknya. Siapa yang mengambil tahu tindak-tanduk kami secara tidak langsung ia menunjukkan masih ada yang sayang dengan saya dan Sharnaaz. Kalau ada jodoh, insyaAllah hubungan ini akan diteruskan kepada fasa yang lebih serius

Baguslah begitu. Mungkin selepas ini boleh cuba kurangkan aksi terlebih mesra di depan khalayak ramai. Shila dan Sharnaaz pun banyak peminat. Tak salah tunjukkan contoh yang baik. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More