Monday, April 9, 2012

Zarina Anjoulie Dedah Kisah Seksi Di Bilik 7




KUALA LUMPUR – Pelakon dan model, Zarina Anjoulie yang pernah mencetuskan kontroversi kerana bergambar seksi di sebuah majalah di Indonesia tahun lalu akan mendedahkan kisahnya itu dalam rancangan bertajuk Bilik 7 siaran saluran ntv7 tidak lama lagi.

Menurut Zarina yang dikatakan bergambar seksi sehingga menampakkan sebahagian daripada buah dadanya di majalah itu, dia turut menganggap Bilik 7 sebuah saluran yang mampu membersihkan namanya yang pernah menjadi tohmahan segelintir masyarakat negara ini.

“Saya tidak kisah apa orang hendak kata tentang saya. Saya bukannya menjual tubuh saya, sebaliknya ia adalah antara kerjaya saya. Semasa di Indonesia untuk fotografi yang dikatakan kontroversi itu saya dibayar sedangkan di sini saya tidak dapat apa-apa bayaran pun.

“Walaupun pada hakikatnya ramai juga artis di sini yang bergambar seksi tetapi ia tidaklah sekontroversi saya. Sekurang-kurangnya Bilik 7 memberi peluang saya membela diri dan para penonton boleh mendengar sendiri cerita itu daripada mulut saya sendiri,” ulasnya.

Zarina meluahkan komennya itu pada sidang akhbar Bilik 7 yang diadakan semalam di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya di mana rancangan terbaru terbitan Engku Azmin Engku Zaini yang diacarakan oleh Richie Rachman itu bakal bersiaran setiap Khamis 9 malam mulai 5 April ini.

Rancangan sebanyak 13 episod itu juga akan menampilkan ramai lagi selebriti terkenal bersama-sama cerita-cerita kontroversi yang pernah melanda mereka seperti Azwan Ali, Pian Cecupak, Radhi OAG, Raja Azmi Raja Sulaiman, Lisdawati, Mawi dan Gambit Saifullah. - mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More