Tuesday, January 29, 2013

“Mati La Saya” – Yana Samsuddin Respon Isu Cinta Dengan Adik Farid Kamil

Menerusi program Melodi hujung minggu lalu, pelakon dan penyanyi terkenal Yana Samsuddin telah dikaitkan bercinta dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari. Bagaimapun, Yana Samsuddin telah menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan mereka sekadar kawan biasa sahaja.

“Tak apa-apa. Saya rapat dengan dia macam biasa je. Dia masih lagi macam kawan-kawan saya yang lain,” ujar Yana sambil tergelak.

Dalam pada itu, Yana turut diusik dengan soalan, adakah keluarga sudah berjumpa dengan Fadzil Zahari dan mungkinkah Yana malu nak mengaku bercinta dengan Fadzil sebab salah satu syarat di MIG adalah Yana tak boleh ada teman lelaki?

“Itu ayat pelik tu. Saya punya kawan, keluarga saya kenal.”

“Tak adalah David Teo OK je. Dia dah cakap dengan saya daripada tahun lepas lagi. Dia cuma cakap, Yana kalau nak pilih jodoh, pilihlah yang OK. Bila nak kahwin?”

“Saya tak ada perancangan lagi, jadi dia agak risau dan dia tak bagi sebab diaorang nak sususn jadual semua.”

Mengulas lebih lanjut mengenai hubungan rapatnya dengan Fadzil Zahari, timbul juga persoalan adakah Yana turut menghadiri kenduri Farid Kamil dan Diana Danielle di Kedah pada Disember tahun lalu dan apakah status sebenar hubungannya dengan Fadzil?

“Nikah saya datang la sebab saya dijemput.”

“Kalau saya cakap saya suka dia, tiba-tiba takut nanti teman wanita dia dengar terasa pula. Mati la saya,” komen Yana sambil tergelak besar.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More