Ini kisah sedih Ustaz Azhar Idrus sewaktu beliau hendak buat program di Grek baru-baru ni.Punyalah susahnya nak dapat kelulusan daripada peguasa sekular ala Hosni Mubarah ni..
Kisahnya bermula..(Macam cite Hikayat Sang Merong lak beb..ha3 ) apabila permohonan untuk mengadakan ceramah di Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek dilakukankan,maka bermulalah detik-detik mengerikan dan menggeramkan..
Kalau nak ikutkan..segalanya berjalan dengan izin Allah,seperti apa yang dirancang..mengikut maklumat Majlis Daerah Grek,Pihak Polis,Pejabat Agama Grek dan penjaga Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek pun semuanya memberikan isyarat "Line Clear"...Alhamdulillah dan bersyukurlah penganjur kerana segalanya berjalan lancar.
Namunnnn..apabila tinggal lagi 2 hari saja beb program nak on..maka puak-puak keris tak bersarung ni mulalah gatal pungkok tak boleh nak tenang jiwa apabila difikirkan puluhan ribuan manusia akan hadir dalam program UAI nanti..sudah pasti ini akan menggugat sokongan masyarakat kepada puak keris telanjang ni..maka kepala puak ni pun dah jadi biul dan masuk angin...
Maka dipanggillah Ketua Polis Grek dan dipertikaikan mengapa boleh bagi kelulusan??Maka..jalan terakhir kut-kut boleh sangkut program ni,Pihak polis diarahkan untuk mendapatkan kelulusan pemilik sebenar Tanah Lapangan Terbang dan Kebenaran bertulis dari Pejabat Mufti Perak.
Fuhhh..Penganjur pening kepala beb..cuma tinggal 2 hari program nak On..Maka pergilah penganjur ke Ipoh mencari siapa tuan punya Padang yang sebenarnya..Maka berjumpalah pihak penganjur dengan tuan punya Tanah..dengan bicara yang santun kerana agama Allah..Pihak tuan tanah dengan berbesar hati membenarkan pihak penganjur untuk mengadakan progran UAI tersebut...
Semasa hendak pulang,salah seorang AJK penganjur bertanya kepada tuan yang diamanahkan menjaga tanah itu.."Apakah sebelum ini setiap program seperti konsert atau karnival perlu memohon kebenaran daripada pihak tuan..??" Jawab yang punya tanah,"Dah Puluhan Tahun pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program di tanah tersebut tak pernah sama sekali mereka dikehendak meminta kebenaran seperti hari ini.."katanya dengan senyum sinis.
Kemudian pihak penganjur terpaksa pulak mengadap Pak Mufti di pejabatnya..namun malang Pak Mufti tidak ada...kebenaran akan hanya diberikan oleh Pejabat Mufti keesokan harinya..iaitu hari akhir sebelum program bermula..fuhh..suspen habis beb..
Esok paginya sampailah kebenaran dari mufti melalui faks seperti yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Islam Grek..Benarlah kata Allah "Kamu merancang tipudaya,sesungguhnya tipu daya Allah Maha Hebat."..Rupanya hebat sungguh Insan yang bernama UAI di mata musuh-musuh Islam..Takbirrrrr.
Sumber
0 comments:
Post a Comment