Thursday, April 11, 2013

Kes Perceraian : Suami Noniswara Enggan Hadir Ke Mahkamah



Pagi tadi telah berlangsungnya sebutan semula kes penceraian yang melibatkan pelakon terkenal, Noniswara Baharudin, 43 bersama suaminya Datuk Rosman Ridzwan yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Menerusi proses perbicaraan tersebut, suami Noniswara dikatakan enggan hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes penceraian mereka dan dramatis tersebut turut memaklumkan yang pihaknya juga gagal untuk menyerahkan surat saman permohonan cerai kepada suaminya itu.

“Saya dan peguam telah mencuba pelbagai cara untuk menyerahkan surat berkenaan namun gagal malah dia pernah memberitahu tidak mahu hadir ke mahkamah.”

Mengulas lebih lanjut mengenai kes ini, Noniswara turut melahirkan rasa hairan dan keliru dengan tindakan suaminya kerana Rosman sebagai defendan dalam kes berkenaan sebelum ini telah bersetuju dengan permohonan cerai yang dibuat olehnya.

Kes penceraian ini telah ditangguhkan dan akan disebut semula pada 18 April depan.

Sumber : mStar Online

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More