Syukur
Li Hongfang (40) ialah seorang wanita malang yang berasal dari Xi'an China. Selama sedekad beliau mereka kerana mengidap penyakit Chordoma yang mengakibatkan muka beliau membengkak. Pada muka beliau doktor menemui 70 tumor yang membuatkan beliau kelihatan seperti Forever Alone Guy versi dunia sebenar. Li Hongfang menyedari terdapat bonjolan pada muka beliau pada tahun 2001. Pada awalnya beliau mengingatkan ianya hanya gigitan serangga. Namun pada tahun 2005 bonjolan tersebut menjadi semakin besar dan akhirnya kepala beliau membengkak pada kadar tidak normal. Kerana kemiskinan beliau terpaksa menahan sakit dan membiarkan sahaja tumor semakin membesar.
Nasib beliau baik apabila cerita penyakit aneh beliau ini menerima liputan media dunia. Doktor di hospital kerajaan di Xi'an bersetuju melakukan pembedahan pembuangan tumor yang bernilai GBP 60 000 (RM 296 000) keatas beliau secara percuma. Diharap Li Hongfang dapat kembali hidup seperti insan normal. Kasihan!
Laporan asal DailyMail
0 comments:
Post a Comment