Sunday, June 23, 2013

Farah Hilang Pekerjaan Kerana Shah Jaszle

Cinta itu buta. Cinta itu juga boleh buat seseorang hilang kerja. Memang sedih apa yang terjadi terhadap Farah, gadis yang ditangkap khalwat bersama Shah Jaszle. Dia telah diarahkan meletak jawatan dalam tempoh 24 jam selepas Shah Jaszle datang menyerang di tempat kerjanya baru-baru ini.
shah jasze
Farah merupakan seorang pekerja di sebuah bank di Bangsar. Gara-gara serangan daripada Shah Jaszle itu, pihak pengurusan mengarahkan Farah untuk meletakkan jawatan dalam tempoh masa 24 jam. Kata Farah:-
Jika dia memberitahu media saya adalah kru produksi, bagaimana beliau tahu tempat saya bekerja! Shahz ditemani tunangnya, Puteri “menyerang” saya di bank tempat saya bertugas Rabu lalu tanpa pengetahuan saya dan kebenaran dari pihak majikan. Dia buat kecoh dan menjerit-jerit memarahi saya.
Bukan setakat itusaja, Shahz turut bekerjasama dengan kru program hiburan, Galaksi merakamkan kekecohan yang berlaku di premis bank itu. Pihak pengurusan kesal dengan kejadian tempoh hari dan mengarahkan saya untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam kerana isu saya dikhuatiri memberi imej negatif kepada syarikat
shah jaszle
Fuh ~~ Sedih jugak Abang Nara membaca apa yang terjadi kepada Farah. Tak pasal-pasal hilang kerja kerana seorang lelaki. Tambah Farah lagi:-
Sekarang saya tak ada kerja tetap, puaslah hati Shahz kan? Gara-gara serangan tempoh hari, saya telah hilang punca pendapatan. Terima kasih Shahz! Dia pula putus tunang, semua itu karma. Bagaimanapun saya mengakui kesilapan kerana menjalin hubungan dengannya dan meminta maaf pada keluarga Puteri, keluarga Shahz dan keluarga saya sendiri. Sebaliknya Shahz selepas kejadian khalwat itu, dia langsung tak minta maaf, jauh sekali bertanggungjawab.
Semoga kejadian ini memberi pengajaran buat Farah dan wanita-wanita di luar sana. Kalau nak bercinta, janganlah mencari tunang orang atau suami orang. Selalunya percintaan sebegitu akan berakhir dengan tragedi. Carilah yang single mingle. Anda happy dan tidak menyedihkan orang lain. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More