Wednesday, June 19, 2013

Noniswara Dakwa Ditolak Suami Di Atas Permukaan Jalan Raya

Kalau hal rumahtangga sudah dibawa masuk ke mahkamah, maka akan keluarlah segala cerita yang disorok selama ini. Semalam ketika perbicaraan kes cerainya, Noniswara mendakwa pernah ditolak suaminya di atas permukaan jalan raya ketika memujuk suaminya pulang ke rumah.
noniswara
Laporan polis mengenai kejadian itu telah pun dilakukan. Malah menurut Noniswara lagi, suaminya kini tidak lagi memberi nafkah kepada dirinya. Kata Noniswara:-
Dia tidak lagi bagi nafkah kepada saya. Dia hanya bayar sewa rumah saja itupun hanya beberapa bulan. Awal tahun ini defendan tidak bayar sewa rumah. Saya baru pindah rumah tanpa pengetahuan dia kerana saya tak sanggup bayar Rm8,000 sebulan.
noniswara
Noniswara dan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan telah berkahwin pada 31 Julai 2009. Dikatakan punca perpisahan mereka kerana kewujudan orang ketiga yang dikenali oleh Noniswara sendiri. Sama-samalah kita nantikan keputusan mahkamah kelak atas kes ini.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More