Wednesday, July 17, 2013

Hetty Sarlene Maafkan Orang Yang Sebar Gambar Berahinya

Haa..ada jugak gosip hangat artis yang agak basi untuk dikongsikan kat sini. Pelakon Hetty Sarlene Abdul Hamid, 29, memaafkan individu yang menyebarkan foto "aksi beraninya" dengan teman lelaki di Internet, beberapa hari lalu. 
Kami di KepohGiler pun tak tahulah mana satu gambar honeymoon Hetty Sarlene yang tengah bertebaran di dunia sosial media sekarang ini. Bila cari di internet, bukan main bayak gambar dengan lelaki-lelaki berbeza. Dahsyat!!

Menerusi laman sosial Instagramnya hari ini, pelakon drama bersiri Sembilu dan Si Capek itu berkata, dia percaya pada hukum karma. 

"Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat," katanya sinis.Menurut pelakon yang berasal dari Singapura itu, dia tidak berasa tertekan dengan apa yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fotonya bersama lelaki yang bakal dikahwininya itu. 

"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna? 

"Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah," katanya.Hetty yang popular dengan lagu Sangsi Asmara berkata, dia tidak kisah menjadi bahan gosip di Internet kerana orang yang terlibat juga menanggung dosa itu. 

"Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," luahnya panjang lebar. -Peliknye. Siapa yang sebarkan gambar siapa? Bukan Hetty sendiri yang upload dalam instagram ke? Pelik sungguh abang Kepoh rasa ni.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More