Tuesday, July 9, 2013

Siti Nordiana Dan Nubhan Bercinta?

Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu “Gurauan Berkasih” dan “Memori Berkasih” yang berduet bersama Arwah Achik Spin suatu ketika dahulu iaitu Siti Nordiana. Siti Nordiana lebih mesra dengan panggilan Nana, pernah berkahwin dengan pelakon Faizal Yusof namun jodoh itu tidak panjang kerana mereka bercerai sebelum Faizal menghembuskan nafas terakhir.

Nana yang dilihat tetap aktif menyanyi namun agak jarang muncul di kaca TV mahupun dada akhbar dan majalah. Baru-baru ini Oh! Artis terhidu bau-bau cinta antara Nana dan penyanyi dari Akademi Fantasia, Nubhan. Betul ke mereka bercinta?
“Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.
“Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip tu tak munasabah. 
“Kalau betullah kami bercinta, takkan lah kami dengan mudah nak kongsi gambar percutian di Perhentian lalu. Kami kongsi setakat suka-suka saja. Lagipun kami pergi beramai-ramai. Kawan-kawan dia kawan saya juga. Kawan-kawan saya, kawan dia juga.” jelas Nana.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More