Pelakon terkenal, Ashraf Muslim telah membuat kejutan kepada ramai pihak terutamanya peminat dunia seni hiburan dengan pengakuan yang dirinya sudah pun bernikah kali kedua di Thailand.
Ayah kepada isteri pertamanya Noor Dayana, Hj Lokman kecewa dengan tindakan pelakon itu dan mendakwa Ashraf Muslim telah berbohong dengan anaknya itu mengenai tentang tujuan sebenar Ashraf ke Thailand.
“Kami sekeluarga tersangat kesal kerana kami mengharapkan perbicaraan ini kerana jika mahkamah membenarkan dia berkahwin, kami redha. Kami akan hormat keputusan mahkamah.
“Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand,” katanya.
Hj Lokman turut meyangkal dakwaan yang anaknya itu redha dengan keputusan Ashraf Muslim untuk bernikah buat kali kedua.
“Daripada mula pun anak saya tidak rela, yang dalam surat khabar kata anak saya redha itu pun bukan dari anak saya, itu satu penipuan besar,” tambah Hj Lokman.
0 comments:
Post a Comment