Wednesday, August 20, 2008

Petua Buat Si Pelupa Siri 2

Salam Sejahtera,

Petua Sejagat nak sambung kembali petua buat siri pelupa. Jika anda nak baca petua menguatkan daya ingatan siri 1, sila rujuk di sini.

5. Awasi Pengambilan Ubat-ubatan

Kalau anda pernah mengambil ubat-ubatan seperti pil hormon, ubat darah tinggi atau anti-kemurungan, pelbagai implikasi mungkin akan terjadi. Salah satu daripadanya adalah daya ingatan menjadi lemah.

Jadi, kalau anda mengalami masalah kekurangan daya ingatan disebabkan mengambil ubat-ubatan seperti di atas, sila rujuk semula dengan doktor.

Dapatkan khidmat nasihat dan membuat pemeriksaan apa yang patut.

6. Mempelajari Perkara Baru

Satu lagi petua ialah belajar sesuatu benda baru. Apa-apa saja asalkan ia baru pada anda.

Misalnya join kursus jangka pendek/seminar macam smart study, seminar perniagaan internet, seminar sms atau apa-apa saja yang menarik minat anda. :)

7. Permainan

Mainlah permainan yang mampu mencabar serta meransang minda anda.

Boleh main catur, scrabble (sahiba), saidina, monopoli, computer games, playstation/psp dan seumpamanya.

Selain itu, boleh juga bermain dengan nombor aka angka. Contohnya ingat nombor telefon ahli keluarga atau rakan-rakan yang terdekat.

Ataupun, jikalau sedang memandu dan kebetulan trafik jam plak. Sementara boring tu, boleh buat latihan simple math.

Contohnya, campur setiap nombor pada plat kenderaan di depan, depan kanan dan depan kiri kenderaan anda.

8. Banyakkan Membaca

Rasanya petua ni terlalu "basic". Tapi masih ramai yang tak suka mengamalkannya, ye tak?

Nak tak nak anda perlu terima hakikat! Membaca mampu membantu menguatkan daya ingatan anda. :D

Membaca ni bukan setakat dapat menambahkan pengetahuan jer, tapi ia boleh mengembangkan hidung minda dan juga menajamkan daya ingatan anda!

Sebagai contoh, ada boleh membaca ebook "Mentor Jutawan". pssst...Ebook ni tengah "hot" sekarang!

Sambil membaca, cuba ingatkan sedikit sebanyak kandungan dan fakta yang ada di dalam sesebuah buku/ebook yang anda baca tu. :)

9. Ulang Berkali-kali Perkataan Itu

Nak ulang apa plak nih?

Begini, untuk menguji daya ingatan anda, cuba ingatkan satu tarikh atau fakta yang paling penting. Apa saja yang anda lalui dalam kehidupan seharian.

Contohnya, hari ni anda belajar sesuatu yang baru dalam "Mentor Jutawan".

Satu perkara yang anda nak ingat selepas membacanya ialah "saya nak jadi jutawan muda yang beriman pada tahun 2013"!.

Katakan ayat itu dengan kuat secara berulang-kali supaya anda terus ingat matlamat tersebut.

10. Fokus

Fokus memang penting. Ia akan menentukan hala tuju anda. Jikalau anda sentiasa fokus, daya ingatan akan bertambah lancar!

Fokus ni perlu dilatih dan terus berlatih buntuk fokus. Latihlah dengan menumpukan terhadap sesuatu perkara dan catatkan apa yang anda fikirkan boleh.

11. Membaca Al-Quran

Bagi umat Islam, petua ini paling mujarab. Amalkan membacanya setiap hari walaupun sehelai ataupun satu mukasurat.

Membaca Al-Quran ni dapat menerangkan hati, menenangkan jiwa dan yang sudah tentu dapat menajamkan daya ingatan dengan lebih efektif.

Selamat Mencuba!

Monday, August 18, 2008

Petua Kesihatan: Nak Tidur Lena?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kat tempat saya ni tengah hujan. Kalau tidur time hujan ni memang nikmat. Opps...tapi tak elok tidur pada waktu Asar ni. Kata orang, kalau terkena penyakit susah nak sembuh. Ada sesetengah pendapat pula mengatakan akan menjadi gila. Kesimpulannya, elakkan tidur pada waktu Asar selama 44 hari berturut-turut.

Baiklah, saya nak sambung petua kesihatan berkaitan cara nak tidur lena. Kat sini saya akan kongsikan 2 cara iaitu:

[1] Sejam sebelum anda nak tidur, minumlah dua sudu makan apple cider yang dicampurkan dengan satu sudu madu asli dan setengah cawan air.

gambar hiasan apple cider

Gambar hiasan apple cider



Amalkan setiap malam sebelum tidur. Mudah-mudahan lepas mengamalkannya anda akan dapat tidur lena dan berasa segar di pagi hari.

[2] Ambil 10-12 biji kurma cina dan sedikit biji manjakani. Rebuskan kedua bahan ini sehingga mendidih.

Amalkan meminum air rebusan ni setiap pagi dan malam. InsyaAllah anda akan rasai hasilnya.

Selamat Mencuba!

Wednesday, August 13, 2008

Petua Kesihatan: Mencegah Kanser

Salam Sejahtera,

Pada zaman yang serba moden ni, kebanyakan daripada kita kalau nakkan sesuatu tu, mesti nak dapatkannya dengan cepat. Sepantas kilat yang boleh. Lebih-lebih lagi orang muda! Biasalah, darah mudalah katakan. Hehe :)

Tapi macamner pulak dengan penyakit. Memang takder sape pun yang sudi mengundang penyakit tu datang. Lebih-lebih lagi orang yang dah berumur. Kalau boleh, mestilah nak sentiasa kelihatan muda ataupun jelita.

Ajal Penyakit ni sebenarnya tak mengenal umur. Sesiapa pun layak dijangkiti dengan kehendakNya. Memang takder benda yang boleh menghalangnya.

Tapi kita perlulah berusaha menghindarinya. Betul tak? Salah satu daripadanya ialah dengan cara pencegahan. Mencegah lebih baik daripada merawat, kan?

Okay, kali ni saya nak bawakan petua kesihatan iaitu petua mencegah kanser. Anda semua bolehlah mengamalkannya dari sekarang sebelum terlambat.

Asasnya, anda haruslah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang. Antara gaya pemakanan sihat yang boleh diikuti adalah:

1. Memakan bijan, kekacang, makanan berakar dan berubi lebih daripada 7 set hidangan sehari.

2. Memakan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan lebih daripada 5 set hidangan sehari.

3. Hadkan pengambilan gula yang diproses dan elakkan dari memakan semua makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nugget.

4. Meminimakan pengambilan daging masak merah, makanan berlemak, makanan bergaram dan garam itu sendiri.

5. Lakukan senaman yang konsisten setiap minggu. Kalau boleh setiap hari. Sehari dalam 20-30 minit pun dah cukup. :)

6. Jauhi alkohol dan tembakau. Dalam ertikata lain. Jangan minum minuman beralkohol dan berhenti merokok.

Dengan mengamalkan petua kesihatan kat atas ni, anda sebenarnya dah selangkah ke hadapan dalam usaha mencegah kanser.

Tahniah dan teruskan usaha anda!

Monday, August 4, 2008

Petua Buat Si Pelupa

Salam Sejahtera,

Saya sebagai manusia biasa amat memahami yang kita ni asyik jer lupa diri walaupun masih muda. Sebelum ni, saya pun ada tulis tentang "Manusia Memang Pelupa". Jika ada yang terlepas, boleh rujuk di sini. Hari ni, saya nak tambah lagi tip meningkatkan daya ingatan yang seterusnya mengurangkan risiko menjadi Si Pelupa yang tegar. Hehehe...

Untuk menguatkan daya ingatan, antara perkara yang perlu diambil berat adalah:

1. Waktu Tidur Mencukupi

Tidur yang cukup memang penting untuk kesegaran tubuh. Badan kita perlu rehat yang secukupnya. Keletihan hanya akan menganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak. Selain itu, ia juga akan menjejaskan kemampuan kita untuk mempelajari sesuatu yang baru.

Jadi, amalkanlah tidur yang mencukupi di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

2. Cuba Mengawal Tekanan Sebaik Mungkin

Tekanan akan membuatkan jiwa kita rasa tidak tenteram. Akibatnya tahap kesihatan akan terganggu. Kemudiannya, kita juga akan kurang peka dengan keadaan persekitaran dan tidak dapat berfikir dengan baik seterusnya daya ingatan pun turut terjejas.

Jadi, mulai saat ini, cubalah kawal setiap tekanan yang dihadapi. Kita boleh cuba kawal tekanan dengan membaca Al-Quran, meditasi, sauna, aromaterapi dan seumpamanya.

3. Amalkan Bersenam

Dengan bersenam, kita dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Secara tak langsung, daya ingatan akan bertambah baik.

Bersenam bukan setakat pergi ke gym semata-mata. Tetapi dengan berjalan kaki, berkebun dan mengemas rumah pun dikira sebagai senaman juga.

4. Elakkan Kemurungan

Usahlah bermurung kerana ia hanya membuatkan anda kurang ceria ataupun langsung tak ceria. Bila dah tak ceria, hidup ni pun kurang bermakna kan? Lama-kelamaan ia boleh menjejaskan daya ingatan.

Sebelum ia merebak lebih parah, elakkan kemurungan ni dengan mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebagai usaha tambahan, berjumpalah dengan pakar yang berkenaan.

Sekian saja buat kali ni.

Selamat Mencuba!

Saturday, August 2, 2008

Petua Kesihatan: Merawat Darah Tinggi

Salam Sejahtera,

Darah tinggi merupakan antara penyakit yang paling popular di kalangan golongan dewasa dan veteran. Antara penyebab tekanan darah tinggi adalah penyakit jantung dan diabetes. Malah, kandungan garam yang tinggi dalam darah juga boleh memburukkan keadaan. :(

Dari itu, takkan kita nak biarkan tekanan darah tinggi ni terus bermaharajalela di kalangan penghidapnya? Ayuh, kita kuatkan semangat untuk melawannya dengan melakukan rawatan.

Dalam segmen petua kesihatan kali ini, saya akan kongsikan cara merawat darah tinggi ni. :)

Caranya ialah dengan memakan buah belimbing muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan memakan buah belimbing ni setiap hari sehinggalah tekanan darah turun ke paras normal.

Selain itu, jangan lupa jaga pemakanan seharian. Kurangkan pengambilan garam, daging dan makanan yang mengandungi banyak lemak.

Boleh tak? Harap anda yang mengalami penyakit darah tinggi dapat cuba petua merawat darah tinggi selepas ini. :)

Selamat Mencuba!

Friday, August 1, 2008

Petua Menjaga Kesegaran Mata

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Mata kita merupakan salah satu nikmat yang paling berharga. Saya pasti semua orang tak nak kehilangan nikmat dapat melihat keindahan alam ini, kan?

Justeru, saya nak kongsi satu petua kepada yang mengalami masalah penglihatan. Kalau penglihatan anda kurang baik, cuba amalkan petua ini ya!

Petua menjaga kesegaran mata:

1. Ambil daun lobak merah dan rendamkannya dalam bekas yang berisi air panas.

2. Biarkannya selama beberapa minit.

3. Kemudian, sebelum makan nasi lemak kopi O, minum dulu air rendaman itu. Sebaik-baiknya, amalkan meminumnya 3 kali sehari.

Selamat Mencuba!

Monday, July 28, 2008

Petua Kecantikan: Satu Lagi Ubat Jerawat

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Jerawat Oh Jerawat! Walaupun kau kecik tetapi kau tetap merunsingkan setiap makhluk yang bergelar manusia. Hehehe... Kalau yang tumbuh tu jerawat batu, lagilah risau dibuatnya. Kalau tak gatal, bolehlah tahan. Tapi kalau jenis yang gatal tu, memang rimas dibuatnya. Tangan ni asyik nak kotes jer. Akibatnya, jerawat tu bukannya makin surut, tetapi makin parah sey!

Ouwh, masalah seperti ini kebiasaannya merungsingkan para remaja kita. Mana taknya, masa remaja nilah jerawat mula mekar tumbuh dengan galaknya. Kekadang kalau tak berangan pun tumbuh gak. Kalau yang kuat berangan tu, sendiri mau ingat aah!

Ooops..Jangan mudah putus asa. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sebelum ini pun saya dah kongsikan satu petua hilangkan jerawat.

Kali ni saya terpanggil lagi untuk tambah satu lagi petua hilangkan jerawat. Maklumlah, jerawat ni masalah universal. Tak semua orang yang sesuai dengan sesuatu cara tu.


Langkah-langkah yang perlu anda buat adalah:


1. Ambil sedikit tepung sagu dan dicampur dengan sedikit air. Pastikan campuran keduanya tak terlalu pekat atau cair. Just nice. :)

2. Sapukan campuran tepung sagu dan air tadi ke seluruh muka anda macam pakai bedak sejuk.

3. Amalkan setiap malam atau sehingga sembuh. Kalau dah sembuh tetapi masih nak teruskan pun boleh.

4. Pada keesokan pagi, cuci muka anda yang dah penuh dengan tepung keromak sagu dengan air suam.

5. Itu saja. Jika tiada aral, cara ini boleh membantu anda hilangkan jerawat. :D

Selamat Mencuba!

Petua Kecantikan: Masalah Tompok Hitam

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Saya pasti ada di antara kita yang pernah ataupun sedang ataupun bakal mengalami masalah tompok hitam. Biasanya masalah tompok hitam ni sikit sebanyak menjejaskan tahap keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Tak gitu?

Justeru itu, saya nak kongsikan satu cara mengatasi masalah ini. Bagaimana tu?

Caranya ialah gunakan buah pinang masak untuk mengatasinya.

Mula-mula, ambil sebiji pinang masak dan kupas kulitnya.

Buah pinang itu kemudiannya dikacip dan sapukannya pada tompok hitam yang ada di muka anda.

Amalkan melakukannya dua kali sehari dan ulangi sehingga sembuh.


Jika dilakukan secara teratur dan konsisten, saya yakin masalah tersebut akan sembuh. Saya doakan anda berjaya yer. :-)



Selamat Mencuba!

Sunday, July 20, 2008

Petua Sejagat: Hilangkan Jerawat

Zaman sekarang ni, baik lelaki mahupun wanita semuanya mementingkan penampilan diri terutamanya penjagaan muka. Bila kita melihat muka seseorang, pelbagai persepsi yang akan timbul. Ada yang terus jatuh cinta pandang pertama, ada yang terus berangan-angan nak buat menantu dan tak kurang juga yang terus membuat tafsiran. Tafsiran tu terpulanglah sama ada positif ataupun sebaliknya.

Mungkin atas sebab itulah kita semua berlumba-lumba inginkan kulit muka yang halus, licin dan yang lebih penting bebas dari jerawat. :D

Mesti semua orang tak nak wajah mereka ditumbuhi jerawat, apatah lagi kalau dipenuhi jerawat! Betul tak?

Kalau nak diikutkan, terdapat pelbagai produk di luar sana yang berlumba-lumba mengiklankan produk mereka. Masing-masing mengakui produk mereka adalah yang terbaik.

Tapi anda harus ingat, tidak semua produk itu sesuai untuk setiap individu. Ada yang serasi dengan produk A, manakala yang lain pula serasi dengan produk Z.

Huh, macamner nak pilih ni! Takkan nak cuba semua yang ada kat pasaran. Bankrap la macamni. Silap haribulan sampai ke angkasa lepas tua pun jerawat tetap tak hilang.

Ouuch! Letih la macamni, ye tak?

Baiklah, saya pun tak nak meletihkan anda lagi. Takut saya pun turut terletih gak!

Petua sejagat kali nak kongsi satu cara hilangkan jerawat.

Caranya tampak mudah saja. Tapi kita haruslah mengamalkannya bukan setakat sampai jerawat tu hilang jer. Seharusnya diamalkan secara berterusan gitu. Walaupun jerawat dah hilang, kita boleh teruskan rutin ini. Jika tiada aral, kulit kita pasti lebih cantik dari dulu.

Mula-mula, selalulah membersihkan muka anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala yang bersih dan lembut. Kepada yang beragama Islam, boleh juga amalkan selawat ke atas Nabi semasa basuh muka tu.

Kemudian, amalkan pemakanan yang sihat. Kurangkan memakan makanan yang berminyak dan berlemak. Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Apa yang lebih penting ialah waktu sebelum kita tidur. Untuk hilangkan jerawat secara beransur-ansur di muka, sapukan seluruh muka dengan bedak batu atau bedak sejuk.

Apabila bangun pagi pula, bersihkan muka kita dengan air bersih. Jangan lupa berselawat bagi yang Muslim.

Amalkan petua sejagat ni setiap malam sehinggalah muka anda bebas dari jerawat. Jika jerawat dah sembuh dan masih nak mengamalkannya, itu adalah lebih baik dan tiada salahnya. :)


Selamat Mencuba!

Tuesday, July 1, 2008

Kenapa Kita Susah?

Mengapa ada di antara kita yang sering ditimpa kesusahan? Selalu sangat diuji dengan kepayahan dan kekadang tak tahu apa punca sebenarnya. Mungkin itu satu cobaan kot! Ini bukan cobaan, tapi ni betul-betullah! Co..ba..an! Ermm...mungkin nak sedapkan hati yang tak berapa nak sedap ni kot.

Akhirnya, beberapa hari lepas saya mendapat emel dari seorang sahabat lama. Di dalam emel beliau, ada dikongsikan beberapa perkara yang menyebabkan kita sering ditimpa kesusahan atau mengalami penderitaan.


Kandungan emel kiriman beliau lebih kurang begini;


Dalam kitab Al-Barakah Fi Fadhl Lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi ada diterangkan perkara yang berhubung kait dengan kesusahan seseorang.

Ada 43 perkara kesemuanya. Untuk keselesaan anda, harap dapat tarik nafas sedalam-dalamnya dulu ..... dan lepas perlahan-lahan.


Orait, kalau dah lega inilah perkara yang perlu diberi perhatian:


1. Tidak menunaikan solat.
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. Makan di atas pinggan yang terbalik.
4. Memakai selipar atau kasut dengan kaki kiri dahulu.
5. Memandang ringan di atas apa yang terjatuh ke dalam hidangan makanan.


6. Ambil air sembahyang (berwuduk) sama ada di tempat buang air kecil/besar.
7. Suka bersandar pada pintu rumah.
8. Suka duduk di atas tangga.
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.


11. Tidak membersihkan rumah.
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. Suka tidur di atas muka.
15. Membakar kulit bawang.


16. Menjahit baju yang sedang dipakai.
17. Mengelap muka dengan baju.
18. Berdiri sambil bercekak pinggang.
19. Tidur tanpa memakai baju.
20. Makan sebelum mandi hadas.


21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. Lambat pulang dari pasar.
24. Mendoakan perkara yang tidak baik kepada ibu bapa dan anak-anak.
25. Tidak menutup makanan dengan membiarkannya terdedah.


26. Suka memadam pelita dengan nafas.
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. Memakai seluar sambil berdiri.


31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari.
34. Berjalan di antara kambing.
35. Berjalan di antara dua perempuan.


36. Suka mempermainkan janggut.
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. Suka menggigit kuku dengan mulut.
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.


41. Menghadap kiblat ketika membuang air kecil/besar.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air kecil/besar.


Uuih...bagaimana dengan perkara-perkara di atas. Adakah anda pernah atau memang biasa melakukannya?

Jika anda ingin mengelak diri dan keluarga daripada ditimpa kesusahan, saya sarankan agar cuba menghindari amalan di atas.


Mulakan secara perlahan-lahan dan konsisten. Lama-kelamaan anda pasti dapat mengatasinya!


Ahaah! Akhir sekali, saya doakan agar kita semua dapat melatih diri supaya tidak terus melakukan perkara di atas. :)



Semoga Anda Sentiasa Berubah Ke Arah Kebaikan!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More