Tuesday, June 15, 2010

4 Khasiat Jus Belimbing Besi

Penyakit darah tinggi dan kencing manis merupakan penyakit yang saling berkait rapat. Begitu juga dengan sakit jantung dan kegagalan buah pinggang. Biasanya, jika anda mengalami penyakit kencing manis, risiko untuk dihidapi 3 penyakit yang dinyatakan tadi amat tinggi. Lebih-lebih lagi jika anda tak kawal paras gula dalam darah.

Manakala sakit tekak pula merupakan gejala biasa yang dialami oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak. Bila dah sakit tekak, biasanya ia akan disusuli pula dengan batuk dan bersin.

Bagi masalah kencing tak lawas, ia terjadi akibat berlakunya jangkitan pada saluran kencing. anda Kesannya, anda yang menghidapnya mungkin;

  • Sukar untuk menahan kencing,
  • Tak dapat kepuasan yang sepatutnya semasa kencing,
  • Terasa pedih dan panas sewaktu kencing,
  • Kekadang akan mengalami kencing berdarah
  • Mengalami demam dan
  • Sakit pada bahagian ari-ari.

Uihh... begitulah serba ringkas info tentang penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit tekak dan kencing tak lawas.

Namun begitu, anda masih berpeluang untuk merawatnya sebelum terlambat. Setiap penyakit tentu ada ubatnya. Salah satunya adalah dengan mengamalkan petua tradisional. Iaitu dengan meminum jus belimbing besi sebanyak 2 atau 3 kali sehari. :)

Jus Belimbing Besi

Jus Belimbing Besi - amountainofcrushedice.wordpress.com




Langkah-langkah penyediaan jus belimbing besi:


1. Ambil 3 biji buah belimbing besi dan basuh sampai bersih.

Buah Belimbing Besi

Buah Belimbing Besi - Wikipedia



2. Anda kisar kesemua belimbing besi tadi.

3. Setelah itu, anda minumlah jusnya. Anda boleh bahagikannya dengan membuat 2 atau 3 kali minum.


Itu saja. Haha... rasanya ini mungkin antara ubat darah tinggi, kencing manis, sakit tekak dan kencing tak lawas yang paling sedap kot. :D


Selamat Mencuba!

Sunday, June 13, 2010

Petua Hilangkan Jerawat dan Parut

Masalah jerawat umpama satu tembok halangan yang cukup sukar ditembusi. Ia tentunya merimaskan anda. Lebih-lebih lagi bila pelbagai usaha telah dibuat bagi mengatasi jerawat. Namun, semuanya tak membuahkan hasil. Kecewa pun ada. Sedih pun ada. Tapi, selalunya setiap penyakit ada ubatnya, kan?

Jadi, andainya anda masih tercari-cari jalan penyelesaian untuk hilangkan jerawat, apakata gunakan daun mertajam. Ia merupakan salah satu ubat jerawat tradisional. Di bawah ini ada contohnya. Saya ambil dari web toptropicals.com.


Buah dan Daun Mertajam
Buah dan Daun Mertajam


Kemudian, di bawah ini pula Pokok Mertajam. Atau nama saintifiknya "Erioglossum Rubiginosum".

Pokok Mertajam
Pokok Mertajam

Daun mertajam ni dikatakan boleh hilangkan jerawat dan tidak meninggalkan sebarang kesan parut. Petua yang perlu anda ikuti adalah seperti berikut;


1. Ambil beberapa helai daun mertajam dan bersihkannya.

2. Kemudian, anda tumbukkan atau gilingkan daun mertajam tadi serta campurkannya dengan kemenyan (kira-kira sebesar ibu jari).

Tujuan disarankan mencampurkan kemenyan adalah untuk mempercepatkan proses pengecutan jerawat serta menjaga kulit muka.

3. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sampai halus.

4. Setelah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk.

Tujuan mencampurkan bedak sejuk ni pula supaya kulit muka anda tak terasa panas nanti. :)

5. Seterusnya, sapukan saja campuran itu ke muka anda seperti memakai masker (topeng muka).

6. Anda boleh sapu masker jerawat ni pada waktu malam dan cuci pada keesokan paginya ya.


Amalkanlah petua di atas setiap hari untuk hilangkan jerawat dan parut di muka anda. Mudah-mudahan selepas ini, ada bebas daripada jerawat dan tiada lagi kesan parut di muka.



Selamat Mencuba!

Friday, June 11, 2010

4 Khasiat Daun Belimbing Besi

Buah belimbing besi ni kalau dibuat jus memang sedap dan berkhasiat. Tapi, bab khasiat jus belimbing besi akan saya sentuh kemudian. Sebabnya, saya nak jawab pertanyaan berkaitan petua menghilangkan penyakit kurap dulu. Soalan ini pernah diajukan dalam ruangan komen kat sini beberapa hari lepas.


Jus Belimbing Besi
Jus Belimbing Besi - kikilulu.com


Buat pengetahuan anda, daun belimbing besi ni boleh dijadikan sebagai ubat kurap. Selain kurap, ia juga boleh mengubati panau, bekas demam campak dan mengatasi rasa sakit kepala.


Proses yang perlu anda lakukan bagi memanfaatkan daun belimbing besi ni adalah;


1. Ambil 4 hingga 5 helai daun belimbing besi.


Daun Belimbing Besi


2. Tumbukkan kesemua daun tadi sampai lumat.

3. Semasa tengah menumbuk daun tersebut, masukkan sedikit asam jawa dan beras.

4. Kemudian, teruskan proses menumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat.

5. Bila semua bahan dah lumat, sapukan saja ia pada kawasan tubuh anda yang mengalami panau, kesan demam campak ataupun kurap.

6. Jikalau anda sakit kepala, tampalkan saja bahan campuran tersebut pada bahagian dahi.

Ulangi proses ini sehinggalah penyakit anda sembuh sepenuhnya ya. :)


Selamat Mencuba!

Thursday, June 10, 2010

Petua Suami Isteri: Agar Suami Tahan Lebih Lama?

Memandangkan terdapat pertanyaan mengenai bagaimanakah si suami dapat bertahan lebih lama ketika bersetubuh, saya telah membuat sedikit rujukan untuk perkongsian bersama. Ini kerana, apabila suami pancut terlalu awal, si isteri tentu kecewa giler. Lebih haru lagi, ada pula sesetengah isteri yang tak puas hati lalu mengejek suaminya sendiri.

Waduhhh...waduh! Sampai begitu sekali gamaknya. Hal ini membuatkan si suami hilang keyakinan diri dan "mood" untuk bersama isteri. Kesannya, ia sudah pasti menghakis keutuhan sesebuah rumahtangga, tak gitu?

Jadi, sang suami perlulah lebih proaktif. Anda perlu bijak dalam menahan alat sulit daripada mengeluarkan mani terlalu awal. Ini boleh dicapai dengan memasang niat dan tekad dalam hati bahawa mereka mampu bertahan walaupun sehingga berjam-jam lamanya.


Ya! Langkah pertama yang perlu si suami lakukan adalah memasang niat yang kuat dan bertekad untuk bertahan lama semasa melakukan hubungan bersama isteri.



Seterusnya, barulah si suami boleh berkira-kira untuk menggunakan ramuan tertentu bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Untuk kali ini, saya kongsikan dulu petua mengatasi lemah syahwat.


1. Pertamanya, anda gorengkan jintan hitam tanpa minyak.

Jintan Hitam
Jintan Hitam - ceputelecenter.wordpress.com


2. Setelah itu, anda tumbukkan jintan hitam tadi.

3. Kemudian, ambil segelas air panas.

4. Masukkan satu sudu teh jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam gelas berisi air panas.

5. Seterusnya, masukkan pula satu sudu besar madu asli.


Segelas Air Panas dan Sesudu Madu Asli
Segelas Air Panas dan Sesudu Madu Asli


6. Sekarang, anda kacaukan semua ramuan di dalam gelas sehinggalah air panas tadi beransur suam.

7. Akhir sekali, anda minum air tersebut dengan perlahan-lahan.


Amalkan petua ini setiap hari. Minumlah sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.




Baiklah, cukuplah sampai di sini dulu yer. Lain kali saya sambung lagi dengan ramuan pula.


Selamat Mencuba!

Tuesday, June 8, 2010

Petua Tegangkan Payudara

Payudara atau buah dada merupakan salah satu aset penting buat kaum hawa. Jadi, tak hairanlah sekiranya mereka mengidamkan sepasang buah dada yang tegang dan menarik. Baik daripada anak dara sehinggalah kepada yang telah sah bergelar isteri.

Bagi merealisasikan impian mereka ni, terdapat satu petua tegangkan payudara yang boleh dicuba. Bahan yang perlu anda sediakan adalah beberapa helai daun bunga tanjung.

Daun Bunga Tanjung

Daun Bunga Tanjung


Manakala di bawah ini pula merupakan salah satu contoh Pokok Bunga Tanjung.


Pokok Bunga Tanjung

Pokok Bunga Tanjung



Sekarang, langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah:


1. Bersihkan dahulu daun bunga tanjung yang telah dipetik.

2. Jemurkan ia (pilih tempat yang bersih ya) sampai betul-betul kering.

3. Setelah itu, rebuskan daun kering tersebut dengan segelas minyak kelapa.

4. Bila dah mendidih, biarkan minyak tu sejuk sikit.

5. Seterusnya, tapiskan minyak tadi ke dalam botol kosong yang telah dibersihkan.

6. Kemudian, anda gunakan minyak ini untuk mengurut payudara setiap hari.


Amalkanlah sehingga anda puas hati dengan bentuk atau keadaan payudara yang baru. Mudah-mudahan ia berhasil. :)


Selamat Mencuba!

Monday, June 7, 2010

4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 2)

Dua senaman mengempiskan perut telah pun selamat saya kongsikan di sini. Dua lagi senaman yang seterusnya adalah "back extension" dan "upper body crunch".

Tanpa berlengah, jom kita tengok langkah-langkah untuk membuat kedua-dua senaman tersebut.


C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.


senaman back extension
Senaman back extension - health.msn.com


4. Semasa berkeadaan seperti di atas, bertahanlah dalam kiraan lima.

5. Setelah itu, kembalilah ke posisi asal perlahan-lahan sambil melepaskan nafas ya.


Lakukan sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Selepas selesai mengangkat tangan kiri dan kaki kanan, tukarlah posisi kepada mengangkat tangan kanan dan kaki kiri.


D. Upper Body Crunch


1. Anda berdiri tegak sambil kaki dibuka lebar sedikit.

2. Letakkan pula kedua-dua tapak tangan di sisi kepala anda dengan tangan ditekankan sedikit.

3. Kemudian, tahan perut dan tarik nafas sedalam-dalamnya dengan perlahan.

4. Seterusnya, bengkokkan bahagian sisi pinggang anda ke kanan sehinggalah terasa seperti ada tarikan.

5. Anda tahanlah dalam kiraan lima ya.

6. Selepas itu, kembalilah ke posisi asal secara perlahan-lahan.

7. Kini, anda ulang semula langkah tahan perut dan tarik nafas; serta gerakkan bahagian sisi pinggang ke sebelah kiri pula hingga ada rasa seperti tarikan. Tahanlah dalam kiraan lima.

8. Semasa bahagian sisi pinggang anda dibengkokkan ke kanan dan kiri, pastikan pinggul anda tetap menghadap ke depan.


Sama seperti senaman back extension, ulangi senaman ini sebanyak dua set di mana setiap set mengandungi 10-15 kali ulangan. Pastikan anda buat sebelah kanan dua set dan sebelah kiri juga dua set. :)

Mudah-mudahan dengan mengamalkan empat senaman berikut dapat merealisasikan impian anda untuk kempiskan perut buncit.


Selamat Mencuba!



p.s: Sebenarnya, anda juga boleh kempiskan perut atau kuruskan badan tanpa ubat-ubatan. Jika nak tahu maklumat selanjutnya, semuanya ada di laman formula diet ini.

Friday, June 4, 2010

4 Senaman Kempiskan Perut (Bahagian 1)

Memiliki perut yang kempis serta langsing memang menjadi idaman setiap lelaki mahupun wanita. Bagi mencapai objektif mengempiskan perut, 4 jenis senaman berikut boleh anda amalkan setiap hari;


A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.

senaman knee circle 1
Senaman knee circle 1


Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

senaman knee circle 2
Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

senaman side chop 1
Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

senaman side chop 2
Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.


Baiklah, saya berhenti di sini dahulu. Lagi 2 jenis senaman kempiskan perut lain akan saya kongsikan kemudian yer. :)


Selamat Mencuba!


Sumber imej: health.msn.com

Thursday, June 3, 2010

4 Rawatan Mengurangkan Sakit Belakang

Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca sakit belakang ni ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.


Sakit belakang

Sakit belakang - loscuatroojos.com



Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.


Sehubungan itu, dah tentu anda nak sangat kurangkan rasa sakit belakang ni, kan? Sekurang-kurangnya untuk sementara waktu pun dah kira baik. :)


Antara rawatan sakit belakang yang boleh anda lakukan;


1. Rehatkan diri secukupnya di atas tilam yang empuk lembut dan selesa.

2. Sapukan ubat penahan sakit atau gunakan ubat anti inflamasi tanpa steroid.

3. Urut bahagian yang sakit secara perlahan-lahan dan lembut.

Anda boleh gunakan minyak urut ataupun minyak gamat.

4. Lakukan senaman asas untuk melegakan bahagian badan yang sakit di samping dapat menguatkan otot yang menyokong tulang belakang.


Contoh senaman yang boleh anda lakukan seperti di bawah:


Senaman sakit belakang

Senaman sakit belakang - www.jordanmeadows.com


Sebagai langkah berjaga-jaga, anda perlulah mengamalkan postur yang betul setiap kali duduk, berdiri dan ketika mengangkat bebanan; kekalkan berat badan yang ideal; berehat seketika untuk meregangkan badan serta ambil kalsium dan nutrisi lain pada kadar mencukupi bagi mengelakkan osteoporosis.


Selamat Mencuba!

Wednesday, June 2, 2010

Petua Hilangkan Parut Cacar dan Rasa Miang

Khusus buat anda yang mengalami penyakit cacar, kini anda boleh cuba hilangkan parut dan rasa miang dengan menggunakan ubi bembang. Ubi bembang (Maranta Arundinacea) agak berbeza dengan ubi biasa. Rasanya agak manis dan berkanji.

Isi ubi bembang ini agak berurat. Ia juga mengandungi banyak kanji dan air. Manakala batangnya pula berselaput atau berkotak-kotak.


Ubi Bembang (Maranta Arundinacea)

Ubi Bembang (Maranta Arundinacea)




Selain itu, daunnya agak lebar dan panjang. Sila lihat imej di bawah sebagai rujukan anda.


Pokok Ubi Bembang

Pokok Ubi Bembang




Langkah yang perlu anda lakukan untuk hilangkan parut cacar dan rasa miang pada badan adalah seperti berikut;


1. Ambil isi ubi bembang dan bersihkan ia terlebih dulu.

2. Kemudian, parutkan isi ubi bembang.

3. Lepas tu, perahkannya sehinggalah mengeluarkan air.

4. Gunakan air tersebut untuk menyapu pada bahagian parut serta kawasan badan yang terasa miang.


Itu saja langkahnya. Saya harap anda yang mengalami penyakit cacar ni dapat mencubanya ya. Jika tak keberatan, sudi-sudikanlah kongsikan hasilnya kelak. :)


Sekian, terima kasih.


p.s: Imej diambil dari edibleplantproject.org

Tuesday, June 1, 2010

Beri Biru (Blueberry) Bantu Menurunkan Kolesterol?

Beri biru atau blueberry sememangnya sedap. Apatah lagi jika dibuat kek atau yogurt, kan? Bagi anda yang gemarkan beri biru, saya mahu kongsikan satu kajian yang telah dilakukan ke atasnya.


Buah Beri Biru

Buah Beri Biru



Di Amerika Syarikat, satu kajian penggunaan buah beri biru telah dibuat ke atas haiwan. Hasilnya, ia menunjukkan kesan positif dalam menurunkan kolesterol.

Namun, kajian ini masih di peringkat awal. Keputusan mukatamad pun masih belum diputuskan. Tapi, kajian ini sedikit sebanyak membayangkan yang beri biru boleh dijadikan alternatif untuk menurunkan paras kolesterol.


Ini kerana beri biru mengandungi "pterostilbene". Ia telah menunjukkan kesan stimulasi protein reseptor yang terdapat dalam sel yang mana memainkan peranan penting untuk menurunkan kolesterol dan lemak dalam tubuh.

Setakat ini juga, sebarang kesan sampingan terhadap penggunaannya masih belum ditemui. :)

Selain menurunkan lemak dan kolesterol, "pterostilbene" juga boleh membantu mengatasi masalah kegemukan, diabetes, melawan kanser dan penyakit jantung.


Walaubagaimanapun, anda harus sedar selain pengambilan pola pemakanan sihat, melakukan aktiviti fizikal setiap hari adalah kaedah terbaik bagi menurunkan paras kolesterol serta mengurangkan risiko mendapat penyakit yang lain. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More