Saturday, July 3, 2010

Emas Cotek dan Paru-Paru Berair

Orang selalu cakap penyakit paru-paru berair (pneumonia) ni berpunca daripada tabiat selalu mandi malam. Tapi, apa kena-mengenanya pula emas cotek dengan paru-paru berair? Adakah ia mampu merawat penyakit ini?


Untuk makluman anda, emas cotek ini banyak khasiatnya. Bukan hanya setakat paru-paru berair. Malah ia juga dikatakan mampu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin serta mengembalikannya ke kedudukan asal.


Emas Cotek_Ficus Deltoides

Emas Cotek - besitai@Flickr.com




Kalau anda berhasrat untuk memanfaatkan khasiat emas cotek ini, gunakan daunnya. Sila ikuti langkah-langkah berikut ya;


1. Ambil beberapa helai daun emas cotek.

2. Bersihkan daun tersebut dan kemudian keringkannya.

3. Rebus daun yang dah dikeringkan tadi sampai mendidih.

4. Bila air rebusan tu dah mendidih, tuangkan ke dalam gelas dan biarkan ia suam sebelum meminumnya.


Minum air rebusan ini secara perlahan-lahan. Jadikan ia sebagai amalan harian. Daun emas cotek yang sama boleh digunakan semula sampailah air rebusan tu bertukar menjadi tawar.

Bila air tu dah rasa tawar, anda tukarkanlah dengan merebus daun emas cotek yang baru dengan mengulangi langkah 1 hingga 4.


Selamat Mencuba!

Thursday, July 1, 2010

Petua Suami Isteri: Setiap Malam Umpama Malam Pertama?

Bagi pasangan yang dah lama disatukan, anda pasti merindui saat indah melayari bahtera malam pertama dulu, kan? Ia mungkin menjadi kenangan paling manis dalam hidup. Kenangan yang tetap segar di ingatan.

Dalam bahagian petua suami isteri kali ini, saya ada sesuatu info untuk dikongsikan dengan anda yang bergelar isteri. Iaitu cara untuk meningkatkan penguasaan isteri ketika mengadakan hubungan intim.

Jika selama ini anda sekadar menurut kemahuan suami, kini tibalah masanya untuk anda mengembalikan kehebatan sebenar. Cuba buktikan pada suami yang anda masih hebat.


Tapi bagaimanakah caranya.... ??


Menurut maklumat yang saya perolehi, si isteri perlu mengamalkan meminum air rebusan puru atau biji manjakani.

Biasanya, anda boleh mendapatkan biji manjakani di kedai-kedai runcit yang dimiliki oleh kaum India.


Biji Manjakani


Cara membuatnya:


1. Ambil beberapa biji manjakani ni dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebuskan ia hingga mendidih.

3. Seterusnya, biarkan air rebusan tadi suam dan minumlah secara perlahan-lahan.


Selamat Mencuba!




p.s: Mungkin ada di antara anda yang mencampurkan bahan-bahan lain ke dalam air rebusan manjakani ni seperti mas cotek, daun sirih dan seumpamanya untuk tujuan berlainan.

p.p.s: Jika tak keberatan, anda boleh berkongsi di ruangan komen ya. Terima kasih. :)

Friday, June 25, 2010

1 Cara Mudah Menyegarkan Wajah

Setelah sehari suntuk menjalani rutin harian, anda tentu letih. Bila badan letih, muka anda pun kelihatan kurang bermaya. Andainya anda ada temujanji di malam harinya, sama ada atas urusan perniagaan ataupun peribadi; tentu anda nak muka nampak segar, kan?

Begitu juga halnya jikalau anda seorang isteri. Tentu anda nak sentiasa kelihatan menawan di mata suami. Janganlah hanya cantik bila nak keluar rumah je. Tapi bila kat rumah, langsung tak dijaga. Kalau macam ni, jangan salahkan suami bila dia dah susah nak puji kecantikan anda tue.


Bagi mengatasi masalah ini, ada satu cara yang boleh anda gunapakai untuk menyegarkan wajah pada waktu malam. Iaitu dengan memakai masker wajah atau masker muka buatan sendiri.


Bahan-bahan untuk membuatnya pun ag kmudah untuk dicari. Iaitu;


1. 1 biji telur ayam.

2. 1 sudu teh madu.

3. Beberapa sudu makan susu.



Anda boleh gunakan sama ada susu pekat manis ataupun susu tepung. Oleh sebab saya takde susu tepung, jadi saya la pakai susu pekat sebagai ganti.


Sebelum - Ramuan Masker Wajah

Sebelum - Ramuan Masker Wajah




Cara membuat masker muka ni pula seperti berikut;


1. Anda campurkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan dalam satu bekas.

Boleh rujuk gambar di atas. :)

2. Kemudian, kacau bahan-bahan tadi sampai sebati.


Selepas - Ramuan Masker Wajah

Selepas - Ramuan Masker Wajah




3. Bila dah rata atau sebati, anda sapukan saja ia pada seluruh bahagian muka dan leher.

4. Biarkan ia kering dan mengeras iaitu kira-kira dalam 30 minit.

Oleh kerana saya pakai susu pekat manis, ianya taklah begitu keras. Tapi jikalau ada di antara anda yang pakai susu tepung, harap boleh kongsikannya pada ruangan komen nanti ya. :)

5. Selepas 30 minit, bilaslah masker wajah anda ni dengan air suam.

6. Akhir sekali barulah anda cuci dengan air bersih yang biasa digunakan.


Selepas membuat rawatan muka di rumah ni, saya yakin kulit muka anda akan lebih segar berbanding sebelumnya.


Selamat Mencuba!

Khasiat Pegaga: Menghilangkan Bintik Hitam di Wajah

Selain jerawat, bintik hitam di wajah turut menjadi musuh utama anda yang sering menjaga kecantikan muka. Adakalanya, ia lebih degil berbanding jerawat. Hal ini tentu menggusarkan anda, kan?

Terutamanya pada yang dah cuba pelbagai macam produk tapi tak membuahkan hasil. Huhh... mesti kecewa yang amatgiler.


Sebagai jalan keluar, apakata anda beralih kembali kepada cara tradisional. Gunakan khasiat yang ada pada pegaga. Anda nak tahu apa khasiat pegaga? Boleh imbas kembali entri bertajuk "Pelbagai Khasiat Daun Pegaga".


Ya, kalau anda perasan; ada dinyatakan kat situ ia boleh menghilangkan bintik hitam di wajah. Tapi masa tu, saya tak pula sertakan sekali cara nak membuatnya. Hmmm...


Sekarang, barulah saya dapat kongsikannya. Anda ikutilah langkah berikut;


1. Ambil 10 helai daun pegaga.


Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya

Daun pegaga ni memang banyak khasiatnya - lexup@flikr.com




2. Basuh dulu kesemua daun tadi dengan air garam.

3. Setelah dicuci, tumbuklah ia sampai halus.

4. Lepas dah halus, campurkan pula dengan bedak sejuk. Sama ada yang ketul mahupun cecair. Dua-dua boleh. Takder hal. :)

Tapi kalau anda guna bedak sejuk yang ketul, jangan lupa campurkannya dengan sedikit air suam ya. Supaya ia lebih mudah sebati.

5. Gaul kesemua bahan sampai sebati. Sapukan pada kawasan yang mengalami masalah bintik hitam. Kiranya anda pakai masker muka lah nie.

Pastikan anda sapu sebelum tidur malam tau.


6. Esok pagi, barulah cuci muka anda tu sebersih-bersihnya.


Petua ini boleh diamalkan secara terus-menerus setiap malam sehinggalah tujuan anda untuk menghilangkan bintik hitam di wajah tercapai.


Selamat Mencuba!

Wednesday, June 23, 2010

4 Petua Pulihkan Suara Serak

Tika ini, boleh kata satu dunia dilanda demam Piala Dunia. Masa perlawanan nanti, saya gerenti ramai yang bersorak sakan. Sebab teruja dengan aksi pasukan yang disokong. Lebih-lebih lagi kalau pasukan tu bermain cemerlang. Kekadang sampai tak sedar yang suara dah hilang. Ataupun serak.

Sehubungan itu, mungkin petua hilangkan suara serak ni boleh membantu memulihkan suara anda semula. Secara keseluruhannya, ada 4 petua yang boleh dicuba. Cuma hari ini, saya kongsikan separuh daripadanya dulu, ya. :)


Petua Suara Serak 1


1. Sediakan 2 biji bawang besar.


Bawang Besar

Bawang Besar



2. Basuh dan buang kulitnya dulu.

3. Kemudian, tumbuk atau kisar bawang besar tadi sampai hancur.

4. Lepas tu, tapiskan airnya ke dalam cawan atau gelas.

5. Anda minumlah ia dalam sukatan 3 sudu besar.


Dalam sehari, buat 2 kali minum. Amalkan selama 2 hari berturut-turut tau. :)



Petua Suara Serak 2


1. Ambil beberapa biji limau nipis.


Limau Nipis

Limau Nipis - commons.wikimedia.org



2. Basuh limau nipis tadi dan kisarkannya dengan mencampurkan sedikit air.

3. Bila dah hancur, panaskan bahan yang telah dikisar tadi.

4. Tujuan memanaskan bahan tadi adalah untuk anda sedut wap yang terhasil melalui mulut.

Sedutlah beberapa kali untuk memulihkan suara anda yang serak.


Selamat Mencuba!






p.s: Lagi 2 petua akan saya nyatakan kemudian. Jika suara anda serak, cuba dulu salah satu petua di atas buat sementara waktu ni. :)

Monday, June 21, 2010

Petua Menjaga Kulit agar Cantik dan Sihat (Siri 2)

Dalam siri terdahulu, saya telah kongsikan 3 petua menjaga kulit agar cantik dan sihat. Ringkasnya, anda perlu berehat dan tidur yang cukup, membersihkan kulit dengan betul serta minum air secukupnya. Penerangan mengenainya boleh anda ikuti di sini.

Selain daripada 3 faktor tersebut, ada 4 lagi kriteria yang perlu anda beri perhatian iaitu;


4. Bijak mengurus tekanan


Dalam kehidupan, manusia memang tak dapat lari daripada berhadapan dengan sebarang tekanan. Setiap hari pasti ada saja faktor yang membuatkan seseorang tertekan. Sama ada tekanan kerja, belajar, keluarga dan persekitaran.


Pengurusan Tekanan

Pengurusan Tekanan - stresstips.com




Dari itu, anda perlu bijak mengawal dan mengurus setiap tekanan yang menjelma. Pengurusan tekanan adalah penting supaya ia tidak menjadi beban yang terus menghambat diri sendiri.

Anda perlu belajar untuk sentiasa menenangkan diri. Contohnya, redakan tekanan dengan melakukan aktiviti yang anda sendiri suka atau minat. Hanya anda yang tahu apa yang anda suka, kan?


Kalau masih buntu, anda boleh bersiar-siar di taman dengan berjalan kaki sambil menghirup udara yang segar. Sambil tu, boleh keluarkan peluh. Ataupun bersenam sama ada di taman ataupun gimnasium. Inilah cara yang senang untuk saya cadangkan.

Pada saya, jika mengeluarkan peluh secara sihat, secara tak langsung kita akan berasa lebih tenang.

Bagi saudara yang beragama Islam, mintalah pertolongan daripada Yang Maha Esa. Bersihkan diri dulu dan buat solat sunat, baca Al-Quran dan berzikir. Itulah terapi terbaik.



5. Elak panas sinaran matahari


Berada di bawah pancaran matahari yang berpanjangan boleh merosakkan kulit serta mempercepatkan proses penuaan kulit. Jika kulit terlalu lama terdedah, ia boleh menyebabkan "rosacea". Iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit anda kemerah-merahan.


Tapi, anda boleh melindungi kulit dengan memakai krim pelindung matahari. Boleh pilih produk yang mengandungi SPF15. Tak silap saya, pemilihan jenis SPF ni bergantung pada jenis kulit anda gak. Sila bertanya pada penjual yang arif dengan istilah SPF ni yea.


Sekiranya anda gemar berenang, sapukan krim pelindung matahari selepas berenang. Jika anda sapu sebelum berenang, nanti krim tu terhakis dek air pulak.


6. Pemakanan seimbang


Seperti biasa, aspek pemakanan amatlah penting. Amalkanlah pemakanan seimbang dan berkhasiat dalam menu harian. Ini kerana apa yang baik untuk badan adalah baik untuk kulit anda.


Pemakanan seimbang

Pemakanan seimbang - localwin.com/julie/healthy-food




Makanlah sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Di mana setiap hidangan mengandungi buah-buahan segar, sayur, vitamin dan garam galian.

Selain itu, kurangkan juga pengambilan yang telah diproses seperti makanan segera atau makanan sejuk beku.


7. Jika merokok, lebih baik berhenti


Merokok memang semua orang tahu bahaya untuk kesihatan. Tapi amat payah sekali nak berhenti merokok ni jika tak tahu caranya, kan?


Untuk makluman anda, asap rokok akan menganggu pengaliran darah pada kulit. Akibatnya, kulit anda akan kehilangan zat-zat yang diperlukan dan menjadi kering.

Lebih membimbangkan lagi, anda yang merokok berkemungkinan berdepan dengan penyakit kulit yang kronik.



Nampaknya, petua kali dah berada di penghujungnya. Saya harap sedikit sebanyak ia dapat memberi gambaran asas bagaimana anda boleh menjaga kulit dan seterusnya memiliki kulit cantik sejak muda sampailah ke tua.



Selamat Mencuba!

Sunday, June 20, 2010

Cara Melembutkan Rambut Dengan Kangkung

Sayur kangkung tentu lebih sedap kalau digoreng, direbus ataupun dibuat ulam. Lepas tu pulak, makan kangkung goreng belacan ni dengan nasi lemak. Fuhh... memang layan. Betul tak?


Sayur Kangkung Goreng Belacan
Sayur Kangkung Goreng Belacan - secubitgaramnor67.blogspot.com



Sayur kangkung mentah ni sebenarnya mempunyai khasiat tersendiri. Ia boleh dijadikan sebagai bahan untuk melembutkan rambut anda. Jikalau nak jimat, inilah masanya untuk anda gunakan kelebihan kangkung.


Caranya??


1. Memula, anda ambil secekak daun dan batang kangkung.


Sayur Kangkung
Sayur Kangkung - antakowisena.itrademarket.com



2. Kemudian, ramaskan kesemuanya sampai hancur.

3. Apabila kangkung tu dah hancur, ia akan mengeluarkan lendir.

4. Sekarang, anda sapu atau lumurkan saja lendir tersebut kat rambut dan kepala.

5. Selepas itu, urut bahagian kepala lebih kurang dalam 10 minit.

6. Akhir sekali, bilas kepala dan rambut anda dengan air bersih.


Amalkan petua di atas seminggu sekali. Amacam? Mudah aje kan cara melembutkan rambut dengan kangkung ni?


Cuba Tau!

Friday, June 18, 2010

Hilangkan Lemak Berlebihan Pada Perut

Kalaulah boleh hilangkan lemak di perut, alangkah indahnya hidup ini. Bila impian tersebut jadi kenyataan, tentu seronok, kan? Tapi, lebih manis sekiranya berjaya dicapai secara semulajadi. Yeahh! Itulah sebenar-benar kepuasan.

Agak-agaknya, kenapalah ramai sangat yang lebih tertumpu untuk buang lemak di perut? Bukan di bahagian lain?


Haha... pertama, tentulah ia membantu anda tampil lebih yakin di khalayak ramai.


Namun, bukan itu sahaja yang patut anda fikirkan.


Ini kerana, lemak yang dibiarkan berkumpul di perut boleh merosakkan jaringan organ tubuh dan seterusnya meningkatkan risiko penyakit jantung. Fakta ini disokong oleh satu kajian yang mendapati individu yang bebas lemak di perut mempunyai risiko rendah untuk mengalami gangguan jantung.


Jadi, apakah yang perlu anda lakukan untuk menghilangkan lemak berlebihan di perut ni?


Ada 4 perkara yang boleh anda mulakan lakukan mulai hari ini iaitu:


1. Senaman perut


Memang tidak syak lagi. Senaman di bahagian perut dan diet seimbang adalah ubat paling mujarab.


Senaman Perut
Senaman Perut



Dalam seminggu, anda bersenamlah lebih kurang dalam sejam. Boleh buat senaman perut dan juga senaman yang menumpukan anggota badan selain perut. Bersenamlah secara konsisten.

Ya! Konsisten dan kualiti senaman adalah kunci kejayaan anda.


2. Campurkan pengambilan protein dan karbohidrat


Menurut pakar pemakanan, anda disarankan mencampurkan pengambilan protein sebanyak beberapa gram setiap kali mengambil hidangan berkarbohidrat.


Makanan Berprotein Tinggi
Makanan Berprotein Tinggi - fitnessandmuscle.net



Ia bertujuan mengurangkan pengeluaran kortisol dalam badan sehinggalah proses penyimpanan lemak sekitar perut berkurangan.


3. Makan bertih jagung (popcorn)


Anda boleh mengamalkan pengambilan secawan bertih jagung untuk setiap kali hidangan. Tapi, pastikan yang tidak dicampur dengan mentega, garam dan minyak tau.


Bertih Jagung (Popcorn)
Bertih Jagung (Popcorn) - thestir.cafemom.com



Ia mengandungi kalori yang agak rendah iaitu sekitar 30 miligram.


Urmmm... tak sedap la kalo cenggini?


Memang. Tapi tulah yang terbaik untuk perut anda. :D


4. Usah terlalu risau dengan berat badan anda


Sekali imbas, macam tak logik aje. Mana boleh tak risau. Mesti la risau Dol!


Sebenarnya, kalau anda terlampau risau ia akan meningkatkan lagi kadar kortisol dalam badan. Bila kadar kortisol tinggi, ia bermakna jumlah pengumpulan lemak dalam perut anda juga meningkat. Aduss...

Akibatnya nanti, nafsu makan anda semakin bertambah dan sukar dikawal serta melambatkan metabolisme tubuh.



Sekian...

Petua Menjaga Kulit agar Cantik dan Sihat

Memiliki kulit yang cantik dan sihat tak semestinya perlukan belanja yang besar. Kalau begitu, bermakna tak semua orang lah yang boleh berkulit cantik. Uih... sedih betul ar kalo camni. Putus harapan. Huhu...

Sebenarnya, apa yang lebih utama ialah anda perlu mengamalkan tabiat kesihatan yang baik. Jangan bimbang, anda semua boleh dapat kulit yang cantik. Tuhan tu Maha Adil. Dengan itu, berikut adalah beberapa petua menjaga kulit agar ia lebih sihat dan cantik.


1. Rehat dan tidur yang cukup


Mungkin ramai yang tak menyangka bahawa waktu rehat yang mencukupi amat diperlukan. Ia bukan setakat memberikan tahap kesihatan yang baik kepada anda. Malah menyumbang kepada pembentukan kulit cantik.

Begitu juga dengan waktu tidur. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan nyenyak. Tidurlah dengan penuh kualiti selama 8 jam.


Tidur yang cukup

Tidur yang cukup - clivir.com




Melalui tidur yang berkualiti, ia bukan setakat menyihatkan kulit anda. Tetapi turut membentuknya kelihatan lebih menarik secara semulajadi.

Jika anda ada masalah lingkaran hitam bawah mata, ia pun mampu dihilangkan tau. :)

Ermmm... tapi bila tiba musim Piala Dunia ni, agak-agaknya macam mana dengan kualiti tidur anda yer?


2. Membersihkan kulit dengan betul


Mandilah dengan menggunakan air suam. Elakkan penggunaan air panas kerana ia akan menghilangkan kelembapan kulit anda.

Penggunaan sabun yang bersesuaian pun penting. Pastikan kulit anda tidak alah dengan sabun yang digunakan setiap hari.

Selepas mandi, keringkan tubuh anda dengan cara menepuk-nepuk tuala secara perlahan-lahan ke kulit. Elakkan daripada menggosok tuala dengan kuat pada kulit. Haha... saya percaya ramai yang selalu gosok, kan?


Setelah itu, anda boleh sapukan krim pelembap kulit. Sapu secara lembut bagi mengelakkan minyak pada lapisan luar kulit terhakis. Apabila terhakis, ini mengakibatkan kulit anda menjadi kering dan boleh menyebabkan dermatitis.

Tujuan menyapu pelembap ni pula adalah agar kelembapan kulit dapat bertahan lebih lama.


3. Minum air secukupnya


Amalkan tabiat meminum air secukupnya mengikut keperluan tubuh anda. Air yang dimaksudkan di sini adalah air kosong atau air mineral. Bukannya ais kosong atau minuman yang manis atau bergas.


Minum air secukupnya

Minum air secukupnya - comstockcomplete.com



Selain mengelakkan diri anda daripada kehausan, minum air secukupnya membantu melembapkan kulit. Kulit anda akan rasa seperti agak-agak basah nanti. Seterusnya, kulit anda akan nampak lebih segar la. :)

Sebagai panduan umum, anda boleh meminum air sebanyak 2 hingga 3 liter sehari. Tapi, seperti yang dinyatakan tadi, semuanya bergantung kepada rutin harian masing-masing. Anda yang tentukan apa yang terbaik untuk tubuh sendiri.



Hari ini, saya kongsi 3 petua menjaga kulit dulu ya. Saya akan sambung petua selebihnya kemudian. Jangan lupa tau. :)

Wednesday, June 16, 2010

Petua Awet Muda Dengan Buah Kerandang

Ada tak di antara anda yang kenal dengan buah kerandang? Nama saintifiknya ialah Carissa Carandas. Menurut pengamal perubatan tradisional, amalan memakan buah kerandang baik untuk anda yang ingin kekal awet muda.

Bagi anda yang belum kenal buah kerandang ni, apakata kita berkenalan dengannya dulu. Buah kerandang ni berwarna merah jambu.

Buah Kerandang

Buah Kerandang - pt.treknature.com



Tapi, bila dah masak, ia akan bertukar warna kepada ungu gelap pekat.


Buah kerandang yang telah masak

Buah kerandang yang telah masak - superstock.com



Pokok kerandang ni jikalau tumbuh merimbun, amat sesuai dijadikan tempat berteduh. Ditambah pula kalau buahnya tengah lebat, lagilah cantik. Manakala daunnya pula agak keras dan batangnya juga berduri keras.


Pokok Kerandang (Carissa Carandas) - commons.wikimedia.org



Selain itu, bunga pokok kerandang ni warnanya putih dan pecah lima. Anda boleh rujuk imej di bawah ini.


Bunga Pokok Kerandang

Bunga Pokok Kerandang - pt.treknature.com




Baiklah... Setelah saling mengenali serba sikit tentangnya, mari kita berbalik kepada petua awet muda dengan buah kerandang ni. Apa yang ada perlu lakukan sekarang adalah;


1. Ambil beberapa biji buah kerandang yang telah masak.

2. Bila anda petik buah kerandang nanti, ia tentu akan bergetah.

3. Jadi, anda perlu membersihkannya dulu.

4. Kemudian, rebuskan buah kerandang tadi sehingga mendidih.

Merebus buah kerandang ni bertujuan menghilangkan keracunan getah yang mungkin terdapat pada buah kerandang yang anda petik tadi.

5. Kemudian, anda jadikan buah kerandang rebus ni sebagai ulam ketika makan tengahari atau makan malam.

Boleh dimakan bersama nasi, ulam-ulaman serta lauk-pauk lain. Amalkannya selalu secara berterusan untuk kelihatan awet muda.


Selamat Mencuba!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More