Monday, August 9, 2010

Atasi Masalah Kencing Tak Lawas?

Sejak kebelakangan ini, ramai benar yang mencari petua kencing tak lawas di sini. Mungkin masih ramai yang mengalaminya dan belum jumpa jalan penyelesaian. Justeru itu, saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi satu petua tradisional untuk melawaskan kencing.

Bahan utama yang anda perlukan adalah rumput sambau. Nama saintifiknya ialah "Eleusine Indica". Di sisi penanam padi, ia dikenali sebagai rumput perosak. Namun bagi anda yang mengalami masalah kencing tidak lawas, ia boleh dijadikan ubat.

Anda boleh lihat imej di bawah untuk mengenali rumput sambau secara lebih dekat.


Imej Rumput Sambau

Rumput Sambau - oisat.org




Jika masih kurang jelas, sila lihat pula gambar berikut;


Gambar Rumput Sambau

Rumput Sambau 2 - scsphotogallery.tamu.edu




Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada cara-cara menggunakan rumput sambau bagi mengatasi masalah anda ya;


1. Pertama sekali, dapatkan 3 rumpun akar rumput sambau.


Akar Rumput Sambau

Akar Rumput Sambau - davesgarden.com



2. Seperti biasa, anda perlu bersihkannya terlebih dahulu.

3. Kemudian, rebuskan akar tersebut sehinggalah paras airnya tinggal kira-kira sepertiga daripada paras asal.


Akhir sekali, anda tuang dan tapis air rebusan tadi dalam cawan. Minumlah secara perlahan-lahan. Amalkannya sehingga masalah anda beransur pulih.


Selain untuk melawaskan kencing, amalan di atas boleh juga digunapakai bagi mengatasi masalah cacing, demam kuning dan melegakan kembung perut.


Selamat Mencuba ya!



P.S: Banyak juga khasiat rumput sambau ni. Jika diizinkanNya, nanti saya kongsikannya lagi dengan anda.

Thursday, August 5, 2010

Tips Membersih dan Memutihkan Wajah

Memiliki kulit muka yang bersih dan cerah merupakan satu anugerah yang sungguh bermakna. Bagi yang dikurniakan kelebihan itu, anda tentu bersyukur, kan?


Kulit Cerah

Kulit Cerah - stumbleupon.com




Namun begitu, bagi yang ingin mencerahkan atau memutihkan kulit muka, ada satu petua tradisional yang boleh dicuba. Bahan utama yang diperlukan adalah pucuk jambu batu yang masih muda.


Pucuk Jambu Batu

Pucuk Jambu Batu - ar-romli.net




Tanpa berlengah, apakata anda ikuti tips memutihkan wajah di bawah ini;


1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya.

2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.

3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda.

4. Lakukan langkah no.3 sekurang-kurang dalam 5 minit.

5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.


Jadikan proses di atas sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.


Semoga Berhasil!

Kenapa Anda Perlu Berdiet? Sambungannya...

Ini adalah sambungan kepada entri bertajuk "Kenapa Anda Perlu Berdiet?". Tanpa berlengah, saya teruskan saja kesudahannya di bawah ini ya.



4. Minum Air Putih


Salah satu diet berkesan yang mudah adalah dengan meminum air putih secukupnya. Ia bertujuan menyeimbangkan kadar cecair dalam badan anda.

Bagaimana nak tahu sama ada ia cukup atau tidak?

Mudah aje. Sekiranya anda berasa haus, itu maknanya anda memang memerlukan air putih. :)



5. Kacang Soya


Memilih makanan berasaskan kacang soya setiap hari boleh membantu anda menurunkan kadar kolesterol.

Kacang Soya

Kacang Soya - www.webmd.com



Selain itu, ia berfungsi melindungi anda daripada diserang sakit jantung. Jadi, jangan lupa memasukkan tauhu, tempe atau air soya dalam menu harian anda.



6. Ikan Laut


Tubuh anda memerlukan lemak yang baik untuk memelihara kesihatan jantung. Nah, ikan laut seperti tuna dan salmon yang dapat membekalkannya.


Hidangan Berasaskan Tuna

Hidangan Berasaskan Tuna - blog.foodnetwork.com


Selain untuk jantung, ia juga mengandungi protein yang tinggi.



7. Bakteria


Terdapat juga jenis bakteria yang memang diperlukan tubuh. Iaitu bakteria baik. Contohnya seperti yogurt.


Yogurt

Yogurt - cookinglight.com




Fungsinya adalah memelihara saluran pencernaan dalam badan anda agar dapat berfungsi sepenuhnya serta menghalang kemasukan bakteria jahat. Bakteria jahat ni biasanya masuk melalui makanan yang anda makanlah.



8. Katakan Tidak pada Alkohol


Sudah terang lagi bersuluh, kan? Tubuh anda tak perlukan alkohol. Tubuh anda akan lebih sihat tanpa alkohol.



9. Lakukan Senaman


Mahu atau tidak, anda mesti bersenam sekiranya benar-benar mahu berdiet. Setakat menjaga pemakanan yang seimbang saja belum tentu akan menjayakan usaha diet anda.

Bersenamlah secara berkala dan teratur agar matlamat anda untuk menurunkan berat badan tercapai.



Selamat Mencuba!


p/s: Anda mahukan bentuk badan yang cantik dan tegap? Panduan bina badan ini (klik) boleh membantu anda. Dengan syarat anda mestilah bertindak dan mulakannya sesegera yang boleh. :)

Monday, August 2, 2010

Kenapa Anda Perlu Berdiet?

Tentu ramai di kalangan anda yang menyangka diet hanyalah untuk golongan yang ingin menurunkan berat badan saja. Tanggapan ini sebenarnya kurang tepat. Ini kerana diet yang betul bukan sekadar untuk kuruskan badan atau menurunkan berat badan.

Tujuan berdiet sebenarnya lebih luas daripada itu. Diet seimbang penting bagi mengurangkan risiko anda dijangkiti pelbagai jenis penyakit. Antara penyakit yang dimaksudkan adalah barah, jantung, obesiti dan juga diabetes.


Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah cara diet yang betul?


Baiklah, di bawah nanti ada beberapa tips diet yang boleh anda ikuti. Harap ianya boleh dijadikan panduan agar tahap kesihatan anda sentiasa berada paras optimum ya;


1. Memahami Piramid Makanan


Piramid Makanan

Piramid Makanan - infosihat.gov.my



Anda boleh merancang menu seharian yang sihat berdasarkan piramid makanan. Fahami jenis makanan yang perlu diambil pada kuantiti yang banyak, sederhana dan sedikit. Nescaya diet anda akan lebih seimbang selepas ini.



2. Pilih Makanan yang Segar


Tahap kesegaran makanan yang anda pilih juga mesti diperhatikan. Sebagai contoh, makanlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar.

Perhatikan keadaan fizikal dan warnanya. Pilihlah yang tak layu dan warnanya pula masih terang. Jika dah lebam atau pudar warnanya, baik anda lupakannya.



3. Serat


Jangan lupa memasukkan makanan yang mengandungi serat dalam menu anda. Banyakkanlah memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air secukupnya.

Pengambilan serat penting bagi memastikan kelancaran sistem pencernaan anda dan seterusnya ia bekerja dapat bekerja dengan lebih efisien.


Buat masa ni, saya kongsikan 3 cara diet yang betul dahulu. Saya terpaksa berhenti setakat ni dan akan sambung kemudian ya. :)

Tuesday, July 27, 2010

7 Cara Bakar Kalori Dalam Badan

Bila berbicara soal kalori, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan masalah berat badan. Sebab itulah sesetengah anda begitu menitikberatkan soal pengambilan kalori. Tapi anda sedar tak sebenarnya terdapat beberapa cara untuk bakar kalori dalam badan?

Maklumlah dalam kesibukan seharian, ada kalanya anda mungkin terambil jumlah kalori yang berlebihan tanpa disedari. Kalau tak dikawal, berat badan anda pasti akan bertambah. Pinggang pun dah tak macam kerengga lagi. Huhu...


Gambar Hiasan - fashion.spshop.biz


Sebagai penyelesaiannya, anda boleh cuba lakukan perkara-perkara berikut untuk membakar kalori berlebihan dalam badan;


1. Cuba kawal nafsu yang mendorong anda untuk makan secara berlebihan. Terutamanya bila berhadapan dengan segala macam hidangan yang boleh menggugat nafsu makan anda.

Huhu... saya tahu memang susah nak buat nih. Takpe ada cara lain lagi kat bawah nie.


2. Mulai hari ini, anda amalkan meminum teh hijau.


Teh Hijau - kanko*@flickr.com


Ini kerana ada satu kajian yang berjaya membuktikan bahawa pengambilan teh hijau dalam diet harian boleh meningkatkan jumlah pembakaran kalori.


3. Makan di tempat yang sesuai. Sebagai contoh terbaik tentulah anda makan di meja makan.

Cuba elakkan makan sambil tengok tv atau berada di depan komputer. Tujuannya supaya anda tak makan secara berlebihan tanpa disedari.


4. Hindari daripada menyimpan makanan sama ada berat atau ringan dalam bilik tidur.

Tabiat ini sebenarnya kurang elok sebab ianya menggalakkan anda makan secara kerap dan berlebihan.

Sebagai alternatif, letakkan makanan di dapur atau di tempat yang sepatutnya. Sekiranya lagi jauh dari bilik tidur anda, itulah yang terbaik.


5. Rajin menggosok gigi dengan ubat gigi yang disukai.

Selepas gosok gigi, cuba gunakan ubat berkumur khas selepas menggosok gigi.


Ubat kumur - net32.com




Amalan ini dikatakan mampu mengekang tabiat suka memakan makanan ringan. :)


6. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit setiap hari.

Ataupun anda berdiri di tingkap yang boleh ditembusi oleh cahaya matahari. Kaedah ini dikatakan baik sebab pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu pembakaran kalori serta mengawal nafsu makan anda.


7. Akhir sekali, anda luangkanlah masa seketika dengan mendengar jenis muzik yang digemari.

Haha... aktiviti ini dikatakan dapat membantu anda menghilangkan rasa lapar tau. Sebab ada kajian yang dijalankan mendapati individu yang melakukan aktiviti yang boleh menenangkan otak seperti mendengar muzik adalah sama seperti anda sedang menikmati makanan.

Jadi bila berasa lapar, anda cubalah mendengar muzik yang digemari. Mungkin ia dapat menghilangkan rasa lapar anda. :)



Selamat Mencuba!



Thursday, July 22, 2010

Sistem Menurunkan Berat Badan Anda? Siri 2

Bagi anda yang sedang bersiap sedia untuk menurunkan berat badan, artikel ini adalah sambungan tulisan semalam. Apakah langkah seterusnya yang patut anda buat? Semuanya ada di bawah;


4. Salad Tanpa Mayonis

Tentu ramai yang sukakan salad kat sini. Termasuklah anda gak, kan?

Namun perlu diketahui jenis salad yang macam mana boleh membantu diet anda secara berkesan?


Salad tanpa mayonis - herdaily.com


Jawapannya adalah salad tanpa mayonis. Ataupun salad yang tak bercampur dengan bahan-bahan lain yang mengandungi banyak lemak dan berkalori tinggi.


5. Jumlah Kalori yang Bersesuaian

Dalam diet seharian, setiap lelaki memerlukan sebanyak 2500 kalori. Manakala seorang wanita pula memerlukan 2000 kalori sehari.

Mulai hari ini, anda berusahalah untuk mengambil jumlah kalori dalam lingkungan tersebut. Elakkan daripada terlalu kurang daripada jumlah di atas.

Ini kerana, jika jumlah kalori dalam badan anda terlalu sedikit ia akan menjejaskan tahap metabolisme. Anda dah tahu yang tahap metabolisme yang baik diperlukan untuk memudahkan proses pembakaran lemak dan kalori, kan?

Lagi satu, anda juga boleh mengalami anemia jika tahap metabolisme terjejas tau.


6. Bersenam Itu Perlu

Memang diet dan senaman tak boleh dipisahkan. Jika anda hanya berdiet dari segi pemakanan tapi mengabaikan senaman, hasilnya pasti mengecewakan.

Buat pengetahuan anda, bersenam juga akan meningkatkan tahap metabolisme. Jadi, nak atau tak, anda perlu bersenam.

Bersenam walaupun sibuk - rightattitudes.com


Andainya anda terlalu sibuk, cuba juga lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki selama 20 minit. Boleh juga naik tangga dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan rutin harian anda.


7. Kawal Penurunan Berat Badan

Walau seghairah manapun, pastikan anda menurunkan berat badan secara terkawal. Jauhi aktiviti yang mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak. Sebab biasanya ia akan meninggalkan kesan sampingan.

Antaranya seperti masalah gangguan hati dan ginjal anda terpaksa bekerja keras untuk menggantikan glukosa dalam darah.

Oleh itu, berikan diri anda masa. Tetapkan jumlah penurunan yang boleh dicapai dan masuk akal. Contohnya dalam seminggu anda nak turunkan sebanyak 0.5 kg. Paling tinggi pun 1 kg dalam seminggu. Ianya sudah memadai.


Sekian saja perkongsian kali ini. Saya harap anda teruskan usaha bagi mendapatkan berat badan ideal. Usah lekas berputus asa jika belum nampak sebarang perubahan. Usahalah hingga anda berjaya melangsingkan badan seperti yang diinginkan.


Mudah-mudahan anda berjaya ya!

Sistem Menurunkan Berat Badan Anda?

Barangkali anda banyak membaca mengenai bagaimana untuk menurunkan berat badan, tips kuruskan badan, diet seimbang dan seumpamanya. Tapi sampai sekarang, ianya belum menampakkan hasil. Tentu anda rasa kecewa, bukan?

Anda berjaya menurunkan berat badan? - shape.com


Dimanakah agak silapnya?

Andainya anda masih belum nampak dimanakah kesilapan masing-masing, apakata anda ikuti langkah-langkah berikut;


1. Menitikberatkan waktu makan dan kuantiti makanan

Dalam sehari, anda boleh makan sehingga 5 ataupun 6 kali. Paling tidak pun, anda tentu akan makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan, makan tengahari dan malam.

Cuma apa yang penting adalah anda perlu menjaga waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil.

Contohnya jika anda selalu bersarapan jam 7.00 pagi, cuba disiplinkan diri untuk bersarap dalam lingkungan waktu tersebut. Ini kerana sarapan penting bagi membekalkan anda tenaga memulakan aktiviti harian.

Contoh hidangan sarapan pagi - thestonesoup.com


Jika sering melewat-lewatkan waktu makan, tahap metabolisme anda akan menurun. Bila menurun, ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan anda. Inilah sebabnya mengapa anda masih tak berjaya untuk kelihatan langsing.


Begitu jugalah dengan kuantiti makanan yang diambil. Pastikan ianya bersesuian dengan diet anda. Jika nak senang, berhentilah makan sebelum kenyang.


2. Diet yang Betul

Anda sepatutnya memilih makanan yang bergizi lengkap. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Cuma, pastikan makanan yang diambil tadi rendah lemak atau rendah kalori.

Ingat, amalkan diet yang betul serta seimbang tau. :)

Contoh Menu untuk Diet - diet-blog.com



3. Minum Susu Rendah Lemak dan Berkalsium Tinggi

Sebaik-baiknya, anda minulah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh anda.

Saya tahu ramai yang kurang menggemari susu rendah lemak ni, tapi ia sememangnya baik untuk diet anda.

Susu Rendah Lemak - thedailygreen.com



Urmm...nampaknya, saya terpaksa berhenti setakat ini dulu. Tapi jangan lupa yang entri kali ini ada sambungannya. Saya akan cuba siapkannya secepat mungkin untuk anda ya. :)


Jumpa lagi.


P.S: Nak baca sambungannya tak? Sila ke pautan Sistem Menurunkan Berat Badan Anda? Siri 2 ya.

Thursday, July 8, 2010

4 Petua Pulihkan Suara Serak (Siri 2)

Demam Piala Dunia dah pun hampir ke kemuncaknya. Perlawanan akhir nanti menemukan 2 pasukan Eropah iaitu Belanda dan Sepanyol. Sejarah baru bakal dicipta. Ya, juara baru Piala Dunia bakal tercatat dalam sejarah. Sebab kedua-dua pasukan belum pernah menjulang piala tersebut.

Menjelang pertemuan bersejarah itu juga, saya pasti para penyokong Sepanyol dan Belanda akan bersorak sakan walau di mana berada. Tak kira tempat. Baik di kedai mamak, dataran, hotel, asrama mahupun di rumah. Pasti gamat dibuatnya.


Sebagai persiapan awal, ada baiknya saya sudahkan dulu petua pulihkan suara serak. Hari tu, saya baru berikan dua daripadanya. Anda boleh rujuk kembali pada entri bertajuk 4 Petua Pulihkan Suara Serak andainya terlepas pandang.


Manalah tau kan, jikalau suara serak ataupun hilang, bolehlah cuba bila perlu nanti. :)



Petua Suara Serak 3


1. Ambil sepotong halia.


Gambar Halia - shine.yahoo.com



2. Kupas halia tadi dan basuh agar ia bersih.

3. Kemudian, anda hiriskannya atau potong kecil dan masukkan dalam segelas air suam.

4. Tambahkan juga sedikit air perahan limau nipis dan gula ke dalamnya.


Amalkan meminum minuman ini setiap hari hingga suara anda pulih seperti biasa.



Petua Suara Serak 4


1. Sediakan segelas air sejuk.

2. Masukkan sedikit asam jawa ke dalamnya. Pssstt... pastikan tangan anda bersih. =)

3. Ramas-ramaskan asam jawa tersebut.

4. Kemudian, tapis dan masukkan air asam jawa tadi ke dalam gelas lain.

5. Dalam gelas yang baru ni, masukkan beberapa ketul gula batu.

6. Kacaukan gula batu tersebut sampai sebati ya.

7. Seterusnya, anda masukkan pula sedikit nasi sejuk yang masih elok dalam gelas yang sama.

8. Kacaukan juga nasi sejuk tadi hingga sebati.

9. Sekarang, embunkan air tersebut di luar rumah anda semalaman.

Ataupun sebagai alternatifnya, anda boleh sejukkan dalam peti sejuk semalaman.


10. Pada keesokan paginya, anda tapis sekali lagi air tersebut dan barulah diminum.


Amalkannya juga sehingga suara anda kembali seperti sediakala.



Mudah-mudahan petua ini membantu anda ya!

Saturday, July 3, 2010

Emas Cotek dan Paru-Paru Berair

Orang selalu cakap penyakit paru-paru berair (pneumonia) ni berpunca daripada tabiat selalu mandi malam. Tapi, apa kena-mengenanya pula emas cotek dengan paru-paru berair? Adakah ia mampu merawat penyakit ini?


Untuk makluman anda, emas cotek ini banyak khasiatnya. Bukan hanya setakat paru-paru berair. Malah ia juga dikatakan mampu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin serta mengembalikannya ke kedudukan asal.


Emas Cotek_Ficus Deltoides

Emas Cotek - besitai@Flickr.com




Kalau anda berhasrat untuk memanfaatkan khasiat emas cotek ini, gunakan daunnya. Sila ikuti langkah-langkah berikut ya;


1. Ambil beberapa helai daun emas cotek.

2. Bersihkan daun tersebut dan kemudian keringkannya.

3. Rebus daun yang dah dikeringkan tadi sampai mendidih.

4. Bila air rebusan tu dah mendidih, tuangkan ke dalam gelas dan biarkan ia suam sebelum meminumnya.


Minum air rebusan ini secara perlahan-lahan. Jadikan ia sebagai amalan harian. Daun emas cotek yang sama boleh digunakan semula sampailah air rebusan tu bertukar menjadi tawar.

Bila air tu dah rasa tawar, anda tukarkanlah dengan merebus daun emas cotek yang baru dengan mengulangi langkah 1 hingga 4.


Selamat Mencuba!

Thursday, July 1, 2010

Petua Suami Isteri: Setiap Malam Umpama Malam Pertama?

Bagi pasangan yang dah lama disatukan, anda pasti merindui saat indah melayari bahtera malam pertama dulu, kan? Ia mungkin menjadi kenangan paling manis dalam hidup. Kenangan yang tetap segar di ingatan.

Dalam bahagian petua suami isteri kali ini, saya ada sesuatu info untuk dikongsikan dengan anda yang bergelar isteri. Iaitu cara untuk meningkatkan penguasaan isteri ketika mengadakan hubungan intim.

Jika selama ini anda sekadar menurut kemahuan suami, kini tibalah masanya untuk anda mengembalikan kehebatan sebenar. Cuba buktikan pada suami yang anda masih hebat.


Tapi bagaimanakah caranya.... ??


Menurut maklumat yang saya perolehi, si isteri perlu mengamalkan meminum air rebusan puru atau biji manjakani.

Biasanya, anda boleh mendapatkan biji manjakani di kedai-kedai runcit yang dimiliki oleh kaum India.


Biji Manjakani


Cara membuatnya:


1. Ambil beberapa biji manjakani ni dan bersihkannya.

2. Kemudian, rebuskan ia hingga mendidih.

3. Seterusnya, biarkan air rebusan tadi suam dan minumlah secara perlahan-lahan.


Selamat Mencuba!




p.s: Mungkin ada di antara anda yang mencampurkan bahan-bahan lain ke dalam air rebusan manjakani ni seperti mas cotek, daun sirih dan seumpamanya untuk tujuan berlainan.

p.p.s: Jika tak keberatan, anda boleh berkongsi di ruangan komen ya. Terima kasih. :)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More