Wednesday, April 29, 2009

Mabuk Oh Mabuk!

Mabuk bukan mabuk, mabuk nama mabuk .... lebih kurang cenggitulah sebahagian lirik lagu "Mabuk" yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Spider. Ada macam-macam jenis mabuk rupanya. Ada mabuk kenderaan dan ada yang mabuk laut. Tak kurang juga yang mabuk kuasa. Kalau yang mabuk cinta dan mabuk arak tu, jangan cakaplah. Memang berlambak, kan?


Sekiranya anda selalu mabuk kerana menaiki kenderaan, bawalah sebiji limau setiap kali melakukan perjalanan. Bila rasa loya, cium limau tu atau hidu baunya. InsyaAllah, kurang atau hilanglah rasa loya atau mual tuh. Anda juga boleh membaca tulisan yang berkaitan dengan masalah ini kat sini [klik].


reaksi orang mabuk arak

Gambar hiasan




Lagi satu, petua ni pula khusus buat individu yang mabuk arak. Kalau anda berhadapan dengan kaki mabuk, ikutilah langkah-langkah di bawah;


1. Sediakan 2 biji limau nipis dan segelas air sejuk.

2. Kemudian, perahkan limau nipis tu ke dalam air sejuk.

3. Berikanlah air limau nipis tersebut kepada orang yang mabuk arak.

4. Sejurus selepas itu, anda akan dapati si pemabuk tadi akan muntah dan mabuknya akan reda.


Selamat Mencuba!

Tuesday, April 28, 2009

Petua Menghilangkan Bau Hanyir Ikan

Ermmm... ikan ni kalo goreng pon sodap! Kalau buat fish n chips lagi lah sedap, kan? Huh, makan ikan ni memang sedap dan berprotein plak tu. Tapi kalau bab nak siang ikan nih yang lemah sikit. Lebih-lebih lagi kalau ikan air tawar. Bau hanyirnya kadang-kadang boleh melekat kat tangan.


fish and chips ni nampak cam sedap

Gambar hiasan - wikimedia.org




Tapi janganlah risau sangat. Jom kita tengok apa dia petua untuk menghilangkan bau hanyir ikan nih. Begini caranya;


1. Ambil sebiji limau nipis dan dipotong kepada beberapa bahagian.

2. Gaulkannya dan ramas dekat ikan yang nak dibersihkan tu.

3. Lepas tu, cuci ikan tersebut dengan sebiji limau nipis lagi dan perap lebih kurang dalam 2-3 minit.

4. Kemudian, bilaslah ikan tadi dengan air bersih.

5. Seterusnya, gaulkannya dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.

6. Akhir sekali, anda akan dapati ikan tu dah tak hanyir lagi dan bolehlah menggorengnya dengan senang hati.


Selamat Mencuba!

Sunday, April 26, 2009

4 Panduan Mudah Mengelakkan Kulit Melecur

Sebelum ini, saya dah pun memaparkan 3 langkah yang perlu dilakukan andai kulit anda melecur akibat terkena air panas, kan? Sebagai tambahan, saya akan sertakan sekali panduan mudah bagi mengelakkannya daripada berlaku ataupun berulang. Mungkin kebanyakan daripada anda dah arif sebab ianya "common sense". Jadi, saya menulis sekadar untuk mengingatkan sesama kita saja. Sebab, ada kalanya kita sering terlupa walaupun perkara tu nampak mudah.


1. Semasa anda berada di dapur, sentiasalah berhati-hati. Buatlah kerja dengan cermat dan usahlah tergopoh-gapah.


ruangan dapur yang bersih dan teratur mengurangkan risiko kemalangan

Gambar hiasan - reeces.com




2. Jika anda sedang menggunakan peralatan elektrik macam cerek, periuk nasi atau pembakar roti; pastikan berhati-hati terutamanya bila ia masih panas.


3. Selain itu, air atau sebarang minuman yang masih panas hendaklah diletakkan di tempat yang selamat. Elakkan dari meletakkannya di tepi meja atau pun kat sebarang tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.


4. Lagi satu, kalau anda nak pegang tangkai kuali, periuk atau muncung cerek yang masih panas tu, gunakanlah kain atau tuala kering. Lapiklah dengan tuala yang tebal sikit.


Akhir kata, begitulah panduan yang dapat saya sarankan kat anda bagi mengelakkan kulit melecur ketika sedang melakukan kerja-kerja dapur. :)

Saturday, April 25, 2009

Ikuti 3 Langkah Ni Kalau Anda Terkena Air Panas

Kalau anda seorang yang "selalu" ke dapur, perkara seperti terkena air panas mesti dah biasa berlaku. Selalu tu bukan bermakna anda ke dapur semata-mata nak makan atau minum. Tetapi maksudnya anda buat kerja-kerja dapur, lah. Kecederaan atau kemalangan kecil seperti itu memang dah jadi lumrah dunia, kan?


air panas hampir menggelegak@mendidih

Gambar air panas - Flickr




Sebaliknya, selain daripada berhati-hati, anda perlulah mengetahui serba sikit cara mengubati kecederaan tu. Sebagai contoh, kalau anda terkena air panas, lakukanlah langkah berikut supaya ianya tak mendatangkan mudarat kelak.


1. Pertama sekali, anda tekapkan kat kawasan tubuh badan yang terkena air panas tadi dengan kapas.

Lakukannya secara perlahan-lahan dan cermat.


2. Kemudian, sapukan sedikit mentega kat bahagian yang terkena air panas tu. Kalau takder mentega, gunalah krim yang sejuk, minyak kelapa ataupun minyak sayuran.


3. Pastikan anda tak kenakan air kat bahagian yang melecur tu untuk beberapa jam.



Baiklah, itu saja yang perlu anda lakukan untuk sementara waktu. Kulit anda akan pulih seperti biasa. Lepas ni, kalau anda atau sesiapa saja yang melecur terkena air panas tu, bolehlah anda syorkan mereka 3 langkah di atas.

Jika tiada aral, lepas ni saya akan berikan sedikit panduan mudah untuk mengelakkan berlakunya kejadian melecur.


Selamat Mencuba!

Friday, April 24, 2009

1 Lagi Ubat Kencing Manis Untuk Anda

Hari ni saya cuma nak kongsi satu lagi petua kesihatan yang amat ringkas. Iaitu ubat kencing manis. Walaupun penyakit kencing manis ni agak sukar diubati, saya harap anda yang mengalaminya teruskan berikhtiar dan tidak mudah berputus asa, okay.


Baiklah, apa yang anda perlukan adalah hempedu ayam. Amalkan memakan hempedu ayam sebanyak 3 kali dalam seminggu. Itu saja.


Saya tahu mungkin agak sukar untuk anda melaksanakan cara di atas. tu Memang berat bagi sesetengah individu. Tapi ia merupakan satu cara alternatif untuk menyembuhkan penyakit anda tu.


Selamat Mencuba!


p.s: Jika anda tak sanggup dan inginkan cara lain, saya pernah menulis petua yang berkaitan di sini [klik]. Harap membantu anda.

Thursday, April 23, 2009

Oh Lelaki... 4 Perkara Berkaitan Tenaga Batin

Bila sebut pasal masalah tenaga batin, saya percaya terdapat segolongan besar kaum lelaki yang agak malu-malu ego untuk membincangkan hal ni secara umum. Mungkin ianya agak sensitif bagi sesetengah pihak. Kekadang, mereka sendiri pun tak menyedari yang mereka mengalami masalah ini dan apa punca sebenarnya.




Gambar hiasan



Justeru itu, saya ingin kongsi petua kesihatan bagi menjauhi masalah ini. Ada 4 perkara perlu anda ketahui dan ikuti;


1. Elakkan dan kalau boleh jangan membuang air kecil di kawasan berpaya dan di lopak-lopak kecil.

2. Amalkan meminum air madu lebah dan kuning telur ayam kampung sebanyak 3 kali seminggu.

3. Jangan sesekali melakukan hubungan seks rambang.

Dan...

4. Rajin-rajinlah bersenam. Lakukan senaman mudah setiap hari. Contohnya - berjalan kaki selama 20 ke 30 minit sehari pun dah cukup. :)


Begitulah serba sedikit petua untuk anda agar menjadi seorang suami yang lebih hebat selepas ini.





Selamat Mencuba!

Tuesday, April 21, 2009

Amalkan 3 Cara Ini Jika Urat Kaki Anda Timbul

Petua kecantikan kali ni saya tujukan kepada wanita. Sebab, kebanyakan wanita risau "banget" bila urat kat kaki mereka ni timbul. Maklumlah, mestilah dijaga sifat feminin tu. Kalau lelaki, tak kisah pun soal urat timbul ni, kan? Normal lah tu. Lainlah kalau urat bersimpul ker, urat tegang ker dan seumpamanya.

Bagi meredakan kegelisahan kaum hawa yang mengalami masalah urat kaki timbul ni, cuba anda praktikkan petuanya dengan mengamalkan 3 perkara di bawah;


1. Amalkan minum air panas atau suam (air putih) setiap hari.

2. Sebelum masuk tidur, jangan lupa menyapu minyak panas kat kaki anda.


Gambar Minyak Panas

Gambar Minyak Panas



3. Paling penting, cuba elakkan daripada memakai kasut tumit tinggi (high heels). Kalau terpaksa pun, cubalah sedaya upaya untuk meminimumkan masa pemakaiannya.

info tambahan mengenai bahaya kasut tumit tinggi

Gambar hiasan - KedaiSiber.Com




Selamat Mencuba!

Sunday, April 19, 2009

Masalah Perut Buncit? Cubalah Cara Ni...

Bila berat badan seseorang itu bertambah, satu masalah baru pula yang akan timbul. Kira macam pakej beli 1 percuma 1 la ni (Hehehe...gurau aje). Apa lagi kalau bukan perut buncit atau kendur. Hal ini memang merisaukan. Lebih-lebih lagi bila seluar dah makin ketat. Kalau yang pakai kain atau skirt tu pun sama gak la. Dulu, dalam keadaan selamba jer dah boleh zip dan cangkuk. Sekarang, dah susah la sikit. Kena tarik nafas sikit, barulah lega"clear".


Seperti biasa, saya nak kongsilah satu petua mengatasi masalah perut kendur ni. Mungkin ada yang dah tahu. Tapi biasalah kan... masyarakat kita ni memang mengamalkan petua yang sama. Kalau berbeza pun mungkin dari segi kaedah perlaksanaannya, kan?


Baiklah, caranya begini;


1. Ambil 1 biji limau nipis dan perah airnya di atas piring.


buah limau nipis ni memang banyak kegunaannya

Gambar limau nipis - Wikipedia




2. Ambil sedikit kapur sirih dan campurkan dengan perahan air limau nipis tadi.

3. Bila ianya dah sebati, anda sapukan campuran tadi ke perut anda. Sebaiknya sapu dalam urutan membulat.

4. Oh yer, sapukan sewaktu anda nak tidur tau.


Amalkan setiap malam sehinggalah perut anda semakin "slim" ataupun taklah kendur lagi. :)



Korset Pembentukan Badan

Korset Pembentukan Badan - Ayu Fashion




Selamat Mencuba!

Saturday, April 18, 2009

Risau Pasal Kulit Muka Berminyak?

Kalau sebut saje kulit berminyak, mesti kita terus fikirkan tentang kulit muka, kan? Sebab kulit muka berminyak (oily skin) boleh mengurangkan keyakinan diri anda. Terutamanya wanita. Rasa tak selesa pun yer gak. Sebab kulit muka yang tiada sebarang kecacatan, halus dan dahi licin yang menjadi idaman mereka.

Apakah puncanya kulit berminyak ni? Apa yang saya tahu, salah satunya disebabkan oleh faktor pemakanan. Iaitu jika anda suka memakan makanan yang mengandungi banyak minyak. Contohnya macam kacang tanah. Ataupun makanan atau masakan yang berasaskan santan kelapa.


Namun, setiap masalah tu tentu ada penyelesaiannya. Kecualilah maut, kan? Saya akan kongsikan satu petua untuk anda mengatasi masalah ini sebentar nanti. Iaitu ia akan dipakai ketika nak masuk tidur.


Sebelum tu, anda perlu sediakan bahan-bahan asasnya iaitu setengah gelas beras, beberapa helai daun cermai dan ibu kunyit.

Kalau anda kurang mengenali daun cermai, saya sertakan sekali gambar daun serta buahnya sekali yang dipetik dari Wikipedia.


daun cermai untuk kulit berminyak

Gambar daun cermai



inilah dia gambar daun cermai

Gambar buah cermai




Bila anda dah sediakan bahan-bahan di atas, teruskan dengan;


1. Rendam beras tadi.

2. Masukkan daun cermai dan ibu kunyit dalam air rendaman beras tu.

3. Kisar sampai halus ketiga-tiga bahan tersebut.

4. Kemudian, cucilah muka anda agar bersih.

5. Bila muka dah bersih, barulah anda sapukan bahan-bahan yang dah dikisar tadi ke muka. Sapu masa anda nak tidur tau.

6. Amalkan petua kecantikan ni selama 1 minggu berturut-turut.


Setelah anda mendapati perubahan positif pada kulit muka, barulah anda mengamalkannya hanya sekali dalam 1 minggu. Pastikan anda lakukan secara konsisten yer. :)


Selamat Mencuba!

Friday, April 17, 2009

3 Cara Atasi Masalah Bau Mulut

Bau mulut yang kurang enak akan mengundang rasa tak selesa di kalangan rakan-rakan ataupun pasangan anda. Bila anda mula bercakap jer, mereka akan duduk jauh sikit. Sebagai "keselamatan" lah katakan. Tapi anda mungkin kurang atau langsung tak sedar. Sebab mereka tak pernah tegur pun. Jadi lepas ni, rajin-rajinlah periksa bau mulut anda tu yer. :)


Langkah pertama yang perlu anda buat adalah berjumpalah doktor untuk pemeriksaan gigi anda. Sebab gigi yang berlubang atau rosak boleh menjadi penyebab mulut berbau ni.

Sekiranya gigi anda sihat, namun mulut masih gak berbau; anda boleh cuba 3 petua yang berlainan di bawah ni.


1. Mengunyah setangkai bunga cengkih tiap-tiap hari.

gambar bunga cengkih - atasi bau mulut

Cengkih - Wikipedia.org




2. Jika anda nak berkumur, gunakan air garam.

Biasanya kalau lepas makan tu, bolehlah anda berkumur dengan air garam.


3. Anda boleh kunyah sedikit beras yang telah dibersihkan dahulu.


Begitulah petua-petua ringkas yang boleh anda cuba. Sebaliknya, jika ada di antara ahli keluarga atau rakan anda yang mengalami masalah mulut berbau, syorkan kat mereka mana-mana kaedah di atas. Mereka pasti berterima kasih nanti. =D


Selamat Mencuba!



P/S: Untuk masalah nafas berbau, anda boleh dapatkan penyelesaiannya di sini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More