Tuesday, April 9, 2013

Baju Yang Sama Di Pakai Fazura Tahun Lalu Turut Digayakan Fergie



— Siapa lagi cantik? Fazura atau Fergie?

Pada tahun lepas Fazura terlebih dahulu menggayakan pakaian rekaan Mary Katrantzou dalam sebuah majils anugerah stail anjuran majalah EH manakala Fergie memakainya pada pertengahan Mac lalu sempena Anugerah Kids Choice Nickelodeon yang diadakan di Los Angeles.

Ini mungkin menjadi berita gembira pada Fazura kerana dia terlebih dahulu menggayakan pakaian tersebut dan dipakai oleh penyanyi kumpulan Black Eye Peace, Fergie.

Fazura yang merupakan ikon fesyen tempatan oleh sebuah majalah fesyen terkemuka Malaysia di katakan juga mempunyai sense of fashion yang tersendiri. Tapi kan kebiasaannya artis malaysia yang suka tiru fesyen artis luar negara.. tapi untuk kali ini terbalik pula..

Atas minatnya yang mendalam dalam bidang itu, pelakon yang berusia 30 tahun itu kini dilihat sentiasa sibuk mengusahakan butiknya, House of Dolls yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar yang mula beroperasi tahun lalu.

Bagi anda siapa yang lagi cantik menggayakan pakaian rekaan Mary Katrantzou ini? Fazura atau Fergie?

sumber

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More