Kes Rogol – Zatul Mentor Serahkan Pada Polis Dakwa Mohd - Berhubung dakwaan dirinya dirogol, Zatul yang merupakan peserta Mentor musim keenam menyerahkan kepada pihak polis agar mengambil tindakan terhadapa Mohd yang dikatakan merogolnya.
Penyanyi muda ini berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.
“Saya serahkan pada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Segala keterangan telah saya beri kepada pihak polis. Biarlah Mohd mahu membuat segala kenyataan buruk mengenai saya,” ujarnya.
Zatul turut memberitahu bahawa nama baiknya tidak terjejas walaupun Mohd mengambil pendekatan memburukan namanya di media.
“Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen,” jelasnya.
sumber
0 comments:
Post a Comment