Sunday, July 1, 2012

Budak 2 Tahun Dari Rusia Ini Dibesarkan Oleh Kambing



Seorang anak lelaki berusia dua tahun yang dibesarkan oleh kambing, telah dibawa ke dalam rawatan oleh pekerja sosial di Rusia. Anak kecil liar yang kekurangan gizi bernama Sasha T itu ditinggalkan bersama-sama dengan binatang oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab, Marina (40), di wilayah Rostov, membuatnya dan tidak boleh belajar bercakap, makan atau menggunakan tandas.

"Ia bermain dan tidur bersama-sama dengan kambing, dan tinggal di bilik yang sama," tulis laman berita life.ru yang dipetik Dailymail. "Ketika kami masuk, ibu Sasha tidak ada disana," kata Irina Bochkova, wakil kepala badan sosial di bandar Shakhti.

"Dia duduk di bilik kotor dan bau yang sedingin ais dengan keadaan telanjang. Keadaan ini mengancam jiwanya setiap masa. Kami kemudian terus bergegas membawanya ke hospital. "Tambahnya. Menurut keterangan doktor, akibat cara hidupnya ini otak Sasha belum berkembang dengan baik, dan beratnya satu pertiga dari kanak-kanak normal seusianya.

Dokter anak, Natalya Simonina berkata: "Ia menolak untuk tidur di katil. Dia cuba untuk tidur di bawah tempat tidur dan sangat takut pada orang dewasa. " "Dia cuba untuk menyelesaikan segala sesuatu yang dilihatnya termasuk tingkap dan perabot. Dia tidak boleh bercakap atau memegang sudu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan dengan mainan, dan bahkan tidak cuba untuk bermain dengan mereka. "Tambah Natalya.

Tabekpuang

Solat Sunat Selepas Akad Nikah


Niat solat sunat selepas akad nikah

“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar.”

Maksudnya : "Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala." 

Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun. 

Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. 

Dalil solat sunat selepas akad nikah

Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya :

“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah) 

Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata :

Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud r.r. lalu berkata : Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata :

“Sesungguhnya cinta berasal dari Allah S.W.T. sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah S.W.T.. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.” (Riwayat Abd Razak) 

Namun sebahagian orang menyatakan solat sunat ini tidak ada asasnya di dalam Islam kerana hadis-hadis yang dikemukan ini tidak kuat.

Tetapi Syeikh al-Albani juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.

Wallahualam. 

Gambar Matador Di Tanduk Lembu Semasa Membuat Persembahan

Pergghhhhh...Berikut adalah gambar matador di spanyol yang telah di tanduk lembu semasa membuat persembahan di gelanggang..Lembu tersebut telah menanduk perut matador tersebut..mujurlah rakannya yang lain sempat menyelamatkannya sebelum sesuatu yang buruk berlaku kepadanya...









Zakat dan Syarat Wajibnya


Pengertian Zakat

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah. 

Syarat Wajib Bayar Zakat 

1. Islam

Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat. 

2. Merdeka

Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun, tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat. 

3. Milik Sempurna

Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya. 

4. Cukup Nisab

Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM 4600 (bergantung kepada harga semasa emas) 

5. Cukup Haul

Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

6. Niat Untuk Berniaga

Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

Fotografi Karya Mathieu Grac, semasa orang-orang TAKE GAMBAR untuk di posting di FACEBOOK

Ini adalah satu siri gambar cool dipanggil "Boyz dan Girlz du net". Jurugambar Mathieu Grac menunjukkan bagaimana manusia mencipta gambar yang luar biasa, pelik dan aneh profil mereka untuk rangkaian sosial. Ia adalah imej yang ironis, tetapi benar masyarakat kontemporari.
















9 Manfaat Air Putih


1. Melancarkan sistem pencernaan
Meminum air dalam jumlah cukup setiap hari akan memlancarkan sistem pencernaan sehingga kita akan terhindar daripada masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan dengan lebih efisyen.

2. Air putih membantu memperlambatkan pertumbuhan zat-zat penyebab kanser dan mencegah penyakit batu ginjal dan hati. Minum air putih akan membuat tubuh lebih bertenaga.

3. Perawatan kecantikan
Apabila kita kurang minum air putih, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air putih dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit.
Untuk menjaga kecantikan, kebersihan tubuh harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.

4. Untuk kesuburan

Meningkatkan penghasilan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita.

Menurut basil penelitian dari sebuah lembaga riset trombosis di London, jika seseorang kerap mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar. Mandi dengan air dingin akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus. Bahkan, mandi dengan air dingin di waktu pagi dapat meningkatkan penghasilan hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan itu, kesuburan serta keghairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu jaringan kulit membaik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah rosak. Nah, buat yang malas mandi pagi atau bahkan malas mandi, harus mulai berubah.

5. Menyihatkan jantung

Air juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung, rheumatik, kerosakan kulit, penyakit saluran papas, usus, daa penyakit kewanitaan, dll. Bahkan saat ini, cukup banyak rawatan altenatif yang memanfaatkan air putih.

6. Sebagai ubat stroke

Air panas tak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta memlancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan. Efek panas menyebabkan pelebaran pembuluh darah, meningkatkan peredaran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran.

Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan peredaran darah. Selain itu, pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Efek relaksasi

Cobalah berdiri di bawah shower dan rasakan efeknya di tubuh. Pancuran air yang jatuh ke tubuh terasa seperti pijatan dan mampu menghilangkan rasa penat kerana terasa seperti dipijat. Sejumlah pakar rawatan alternatif mengatakan, bahwa bersentuhan dengan pancuran air, berjalan-jalan di sekitar air terjun, atau sungai dan taman dengan banyak pancuran, akan memperoleh khasiat ion-ion negatif. Ion-ion negatif yang timbul karena butiran-butiran air yang berbenturan itu mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepatkan pengiriman oksigen ke dalam sel dan jaringan.

Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah celcius. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Nah, jika kita punya shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Oh ya, shower di rumah juga menghasilkan ion negatif.

8. Menguruskan badan

Air putih juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui urine. Bagi yang ingin menguruskan badan pun, minum air hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangkan jumlah makanan yang masuk. Apalagi air tidak mengandungi kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum air putih pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mahu kurus?, minum air putih saja.

9. Tubuh lebih segar

Khasiat air tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari berbanding kekurang air. Sebabnya, air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus, dll. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan asupan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan asupan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas) per hari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk asupan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto, dll), minuman seperti susu, teh, kopi, sirup dll. Selain itu, asupan air juga diperoleh dari hasil metabolisme makanan yang dikonsumsi dan metabolisme jaringan di dalam tubuh.

Nah, air juga dikeluarkan tubuh melalui air seni dan keringat. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air seni sekitar 1 liter per hari. Kalau jumlah tinja yang dikeluarkan pada orang sehat sekitar 50 – 400 g/hari, kandungan aimya sekitar 60 – 90 % bobot tinja atau sekitar 50 – 60 ml air sehari.

Sedangkan, air yang terbuang melalui keringat dan saluran napas dalam sehari maksimum 1 liter, tergantung suhu udara sekitar. Belum lagi faktor pengeluaran air melalui pernafasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang dihirup melalui nafas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara sekitamya.

Tubuh akan menurun kondisinya bila kadar air menurun dan kita tidak segera memenuhi kebutuhan air tubuh tersebut. Kardiolog dari AS, Dr James M. Rippe memberi saran untuk minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang dibutuhkan rasa haus kita. Pasalnya, kehilangan 4% cairan saja akan mengakibatkan penurunan kinerja kita sebanyak 22 %! Bisa dimengerti bila kehilangan 7%, kita akan mulai merasa lemah dan lesu.

Asal tahu saja, aktiviti semakin banyak maka semakin banyak pula air yang terbuang dari tubuh. Untuk itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum bila terasa haus Kebiasaan banyak minum, apakah sedang haus atau tidak, merupakan kebiasaan sihat!

Jika kuliah di ruang ber-AC, dianjurkan untuk minum lebih banyak karena udara yang dingin dan tubuh cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap pun dianjurkan untuk membiasakan minum meski tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.

Gambar Semut Jika Di Lihat Dari Mikroskop

Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo himenoptera bersama dengan lebah dan tawon. Semut terbahagi kepada lebih daripada 12,000 kelompok, dengan perbandingan jumlah yang besar di kawasan tropika. Semut dikenali dengan koloni dan sarang-sarangnya yang teratur, yang kadang-kadang terdiri daripada beribu-ribu semut satu koloni. Jenis semut dibagi menjadi semut pekerja, semut jantan, dan ratu semut. Satu koloni dapat menguasai dan memakai sebuah daerah luas untuk menyokong kegiatan mereka. Koloni semut kadangkala disebut superorganisme kerana koloni-koloni mereka yang membentuk sebuah kesatuan.

Semut telah menguasai hampir seluruh bahagian tanah di Bumi. Hanya di beberapa tempat seperti di Iceland, Greenland dan Hawaii, mereka tidak menguasai daerah tesebut. Di saat jumlah mereka bertambah, mereka dapat membnetuk sekitar 15 - 20% jumlah Biojisim haiwan-haiwan besar.

Anai, kadang-kadang disebut semut putih, tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan semut, walaupun mereka mempunyai struktur sosial yang sama. Semut baldu, walaupun menyerupai semut besar, tapi mereka merupakan tawon betina yang tidak bersayap.

Semut adalah haiwan terkuat didunia. Walaupun tubuhnya kecil, ia mampu menampung benda dengan beban 50 kali dari beban tubuhnya. Jika diadukan dengan haiwan sangat besar seperti gajah atau gorilla, yang hanya mampu menampung benda maksimum sampai 3 kali dari beban tubuhnya. Langsung sahaja lihat

















Tabekpuang

Kesan Buruk Reverse Osmosis (RO) Water


Air RO digunakan pada pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dialisis. Air ini telah dikosongkan mineralnya bagi membolehkan berlakunya proses keterbalikan di mana racun seperti logam berat boleh dikeluarkan. 

Adakah air ini lebih baik daripada air mineral? Ia menjadi baik apabila ginjal gagal berfungsi tetapi dalam keadaan biasa air mineral yang patut diutamakan. Ginjal mampu membuang keluar semua mineral yang tidak perlu daripada tubuh. Jika keadaan ginjal menjadi lemah dengan sebab-sebab kelebihan mineral tertentu, ahli-ahli herba akan memberikan herba yang bersifat diuretik pada pesakit tetapi bukannya air RO. 

Kalau kita membuat perbandingan dari sunnah maka kita akan menemui beberapa hadis Rasullulah S.A.W. menyatakan bahawa air yang terbaik itu ialah air zam-zam. Air zam-zam ialah mineral bukan RO dan pengambilan RO yang berpanjangan akan mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh. 

Air mineral HPA (walaupun ditulis air minuman) mengandungi mineral yang tinggi serta melalui tapisan dari logam berat merupakan cadangan kita untuk dijadikan ubat. Testimoni yang diterima dari seorang tua, katanya penyakit gatal badannya hilang dengan hanya minum air mineral HPA sehari 2 liter. Inilah kelebihan air mineral daripada air reverse osmosis.

Apa yang boleh menyebabkan ASIDIK/KERACUNAN pada tubuh/darah?

Makanan seharian kita umpama Daging Ayam, Daging Kambing/Lembu, Roti, Nasi, Mee, Prata, Air Berkabonet, Merokok, MSG (MonoSodium Glutamate),Tea, Kopi, Nescafe dan lain-lain lagi adalah berunsur/bersifat asidik!

Ini bermakna kita tidak dapat mengelakkan sifat asidik pada sistem darah kita setiap saat dan masa selagi kita hidup!

Apakah cara yang boleh untuk menstabikan/meneutralkan semula kesan ASIDIFIKASI ini?

Hanya sesuatu yang bersifat ALKALI sahaja yang boleh meneutralkan sifat KEASIDAN / ASIDIFIKASI ini.

Air yang bersifat ALKALI dapat menjalankan fungsi-fungsi tersebut iaitu MENEUTRALKAN ASIDIFIKASI dalam makanan yang dimakan.

Air yang bersifat ALKALI mempunyai 6 unsur utama (unsur yang sama seperti air zam-zam) iaitu :-

1. Mineral bersifat Alkali

2. Mengandungi Elektrolit

3. Oksigen yang lebih padat

4. Rantaian molekul air yang lebih kecil

5. Mengadungi Elektron (Ion negatif) berlebihan (Excess Electron)

6. Tenaga Gema (Keistimewaan sebenar air Alkali)

Kata-kata dari pemenang anugerah Nobel 2 kali Dr Otto Warburg :-

“Apabila sel sihat kehilangan oksigen, ia akan bertukar menjadi kanser!”

Bagaimana Kanser terjadi???

Memakan makanan yang berunsur ASIDIK tanpa meneutralkannya akan menyebabkan sel-sel mula tidak seimbang.

Bermulalah proses penyakit yang paling ditakuti manusia iaitu BARAH ataupun KANSER!

Keburukan Reverse Osmosis Water

Ujian yang dijalankan ke atas penggunaan Air Reverse Osmosis untuk meneutralkan tahap ASIDIK pada air yang disebabkan oleh makanan ternyata membuktikan bahawa ia gagal meneutralkan tahap asidifikasi.

Oleh itu, air ini tidak sesuai untuk diminum dan digunakan oleh tubuh badan manusia memandangkan ia berupaya membawa penyakit seperti kanser dan barah. Maka, jauhilah pengambilan air ini!

Kehidupan Ustaz Azhar Idrus Sebelum Bergelar Ustaz


Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Tabekpuang

Kelebihan dan Keajaiban Air Zamzam


Hari ini saya hendak berkongsi sedikit mengenai kebaikan air zamzam. Kalau hendak tahu, terdapat banyak khasiat air zamzam ini. Air zamzam ini juga mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud : “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.”

Disamping itu juga, ia mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.

Antara kelebihan-kelebihan air zamzam ini adalah :




Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah. 

Diberkati dan mengenyangkan peminumnya. 

Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah. 

Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. 

Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
Antara mata air syurga.
Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah.
Antara nikmat besar dan manfaat yang dapat dilihat di Tanah Haram Makkah.
Ia keluar dari kawasan paling mulia di muka bumi ini.
Air dipilih untuk membersihkan hati Rasulullah S.A.W. beberapa kali.
Minuman orang mulia (al-abrar).
Menambah kekuatan badan. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More