Tuesday, December 25, 2012

Gadis Ini Hidup Seperti Rangka Bergerak!


Gadis Ini Hidup Seperti Rangka Bergerak!
Jangan sesekali meniru gaya hidup gadis ini yang kemaruk sangat nak kurus.
Pada mulanya, tubuh gadis bernama Valeria Levitin ini sangat sempurna. Jika tidak mengapa dia boleh menjadi model bukan?
Tetapi apabila usia meningkat, tubuhnya semakin membesar. Bukankah itu perkara yang normal?
Kalau semakin mengecil jadi cerita lain pulak.
Jadi oleh kerana terlalu memikirkan yang tubuhnya sudah melebar dia bernekad untuk kuruskan badan.
Tubuhnya yang semakin kurus itu telah mematikan peluang untuk menjadi model semula.
Apabila ditenung lama pada gambar Valeria Levitin naik seram pun ada.
Kini pada usia 39 tahum, beratnya cuma 25 kilogram saja!

Kenapalah pergi cari penyakit. Kepada gadis-gadis di luar sana janganlah tiru perangai seperti ini.
Rasanya agak kesian juga kepada Valeria Levitin ni tetapi apa boleh buat, segalanya sudah terlambat.






Oleh: KASIH ISA

Ramas payudara jiran, kena penjara sebulan..

Seorang pekerja pelantar minyak dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencabul jiran sekampungnya.

Mohd Riduan Abdul Aziz, 28, dari Rumah Murah Teluk Pasu, Manir, di sini, mengaku bersalah sengaja mencabul kehormatan mangsa berusia 21 tahun, dengan meramas buah dadanya di Jalan Buluh Gading, Manir, di sini, kira-kira jam 9.30 malam pada 25 September lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, manakala Mohd Riduan tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, mangsa bersama adiknya sedang menunggang motosikal sebelum dihampiri Mohd Riduan yang secara tiba-tiba muncul dengan sebuah motosikal.

Mohd Riduan cuba menghimpit motosikal mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri.

Bagaimanapun, mangsa sempat mengambil nombor pendaftaran motosikal Mohd Riduan dan turut mengecam wajahnya kerana ketika kejadian, dia tidak memakai topi keledar.


p/s: Tak ada kerja cari kerja.. Kan dah tak pasal-pasal kena meringkuk sebulan dalam lokap.. Apalah syok sangat meramas tu kalau nak dibandingkan sengsara dalam penjara beb.. Buduh betul!!

7 Sebab Kenapa Tak Boleh Letak Gambar Sebenar Di Facebook

Gambar hiasan dr Google


Ada antara kengkawan di MUKABUKU atau nama feymesnya FACEBOOK tak menggunakan gambar beliau2 yang sebenar.Dorang akan letak gambar haiwan ternakan,pokok di kebun,kartun artis atau kereta yang bukan kereta diorang pun.Kenapa? Ada sebabnya...Sama-sama kita baca.
  1. Sebab...Bila korang letak je gambar sendiri.Dari 1,000 friends terus jadi 1 friend.Sape suh amik gambar mulut muncung2.
  2. Sebab...Kawan-kawan tanya korang "Dapat kat mana gambar hantu tu?Nampak real lah".Jadi korang pun bengang.
  3. Sebab..Ada jugak insan yang ragu-ragu dengan mengatakan,"Ko edit dah gambar tu kan?Takkan cantik camni kot~".Menyampah terasa~~
  4. Sebab...Nanti lebih sebulan dua jugak korang takkan di-add dek kerana profile picture yang terlanjur menawan tuh.
  5. Sebab...Setiap kali korang chat,sorang pun takkan balas.Kalau nak balas pun balas 'OK' atau 'KO' jer.
  6. Sebab...Nanti mesti ramai yang curi gambar korang.Bukan sebab cantik ke hensem ke.Diorang post kat wall diorang sambil tulis caption *muka sape la yang buruk sangat ni.sape setuju cer like*
  7. Sebab...Korang kelak akan menerima chat yang bertalu-talu dari kengkawan FB.Bukan sebab feymes,tapi diorang bagi kata dua.Nak kena block or tukar profile picture

Kesimpulannya...Takyah pakai la profile pic kita yang sebenar.Kecuali kalau betul-betul konfiden sangat takkan terjadi apa-apa antara 7 perkara nih. 

Awas Gadis-Gadis Yang Pakai Skirt Pendek!


Pakai Skirt Pendek
Ini adalah sebab mengapa gadis atau wanita di luar sana tidak digalakkan memakai skirt semasa menaiki kenderaan awam.
Lebih-lebih lagi skirt pendek sehingga paras paha tu. Lagi bahaya!
Sebabnya anda tidak tahu bila akan ada tangan-tangan jahil berkeliaran di belakang anda!
Seperti gambar di bawah ini, ia jelas menunjukkan yang memakai pakaian sebegitu adalah tidak selamat.
Gambar berkenaan menunjukkan seorang lelaki sedang mengambil gambar atau pun merakam bahagian alat sulit wanita.
Dapat atau tidak dia mengambil gambar itu, tak usahlah difikirkan kerana yang penting dia ada percubaan untuk menganggu hak privasi anda.
Jadikanlah ia sebagai ikhtibar. Lebih baik pakai seluar atau skirt labuh.
Bukan saja lebih selamat, malah dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rogol.



Oleh: KASIH ISA

Bomba Kelantan Minta Siap Sedia Hadapi Banjir



KOTA BAHARU – Rakyat Kelantan terutama yang menetap di kawasan rendah diminta membuat persiapan yang perlu untuk menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata, nasihat itu dikeluarkan berikutan air sungai utama di negeri ini dilaporkan mula meningkat.


“Peningkatan paras air sungai berikutan hujan yang berterusan sejak seminggu lalu. Saya nasihatkan mereka bersiap sedia dan jika tiba masanya untuk berpindah jangan tunggu sehingga diarahkan berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya juga sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim tengkujuh dan menubuhkan unit rondaan baharu bagi memantau kawasan rendah.

Jelas beliau, unit itu akan bergerak ke kawasan tertentu untuk memberi maklumat terkini keadaan banjir kepada bilik kawalan bomba Kelantan selain dibantu unit perubatan kecemasan dan unit kaunseling.

“Jika keadaan buruk, kita akan meminta bantuan jabatan Bomba di negeri-negeri lain,” jelas beliau.

Namun, katanya, keadaan di Kelantan masih terkawal setakat ini dan belum ada kawasan ditenggelami air.

Tetapi semua sungai utama di Kelantan kini hampir melepasi paras normal kecuali Sungai Golok yang telah melepasi amaran iaitu pada bacaan 8.46 meter pada pukul 3 petang ini.

Paras amaran di sungai itu adalah pada lapan meter manakala bahaya sembilan meter dan keadaan cuaca di Kelantan kini hujan renyai yang disusuli hujan lebat terutama di kawasan pedalaman. – mynewshub.my

Padah ‘Baham’ Dua Beradik Anak Orang Asli


Padah 'Baham' Dua Beradik
KUANTAN – Dua beradik itu baru berusia 12 dan 14 tahun. Seorang daripadanya sebelum ini menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran.
Namun masa depan dua kanak-kanak Orang Asli itu dibimbangi terjejas berpunca daripada satu insiden awal pagi 13 Disember lalu apabila mereka jadi pemuas nafsu dua warga Indonesia yang bekerja di Ladang Rompin Seong Thye Plantations, Muadzam Shah, Rompin.

Mengikut fakta kes, kejadian yang pasti meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dua kanak-kanak itu dan juga keluarga mereka berlaku antara jam 1.30 hingga 5 pagi.
Pada mulanya, kehilangan dua beradik itu disedari keluarga mereka kira-kira jam 6 pagi, 15 Disember setelah mendapati mereka tiada di bilik tidur.
Susulan itu, bapa mangsa keluar mencari dan mendapati dua anaknya berada di dalam bilik hadapan rumah dua warga Indonesia itu, Sandi, 23, dan Heri Huswandi, 22.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun sudah melarikan diri. Selepas keluarga malang itu membuat laporan polis, Sandi dan Heri dikesan dan ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Masjid, Muadzam Shah kira-kira jam 1 petang hari yang sama.
Kedua-dua lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Dua pekerja kilang itu masing-masing dihukum penjara enam tahun dan tiga sebatan selepas mengaku bersalah oleh Hakim Jamaludin Mat yang juga memutuskan hukuman terhadap mereka dikira bermula tarikh mereka ditangkap 15 Disember 2012.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuan mereka merayu agar hukuman diringankan memandangkan mereka masuk ke negara ini secara sah demi mencari rezeki untuk membantu keluarga.
Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu dan sedia mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan sebagai tanda keinsafan walaupun terpaksa berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohd Yusoff bagaimanapun memohon supaya hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh memandangkan mangsa masih di bawah umur dan sepatutnya dilindungi.
“Dalam kes ini, salah seorang mangsa (adik) merupakan murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini apabila memperoleh keputusan 2A 3B dan disebabkan kejadian itu, masa depannya mungkin agak gelap,” katanya. - Sinar Harian Online
Iklan Teks: 

ADAKAH KITA SOLAT MENYEMBAH OBJEK?

ADAKAH UMAT ISLAM SEMBAHYANG MENYEMBAH OBJEK | ADAKAH KITA SOLAT MENYEMBAH OBJEK? Kenapa Di Hadapan Orang Bersolat Ada Objek? Apa itu Sutrah atau dikenali sebagai pembatas?

Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan?

Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul. Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat. Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka.


Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu. Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas. Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong tanpa objek. Itu bagi orang yang bersolat seorang diri.

Bagi yang solat berjemaah pula, mungkin tuan/puan biasa melihat hanya imam sahaja yang melakukan perkara di atas, sedangkan makmumnya tidak.

Jika tuan/puan tidak pernah melihatnya atau tidak ingat, berikut beberapa gambar sebagai contoh (klik untuk besarkan saiznya):

Almari

tiang

kerusi
Kenapa mereka perbuat begitu?

Hal ini berlaku demikian kerana mereka faham akan sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam!

Sutrah adalah Sunnah Nabi SAW Ketika Bersolat

Meletakkan objek di hadapan sebelum mengerjakan solat adalah sunnah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam. Objek ini merupakan pengadang atau pembatas kawasan solat atau istilah yang digunakan oleh Nabi ialah sutrah.

Berikut adalah beberapa hadith Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai sutrah:

1)
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقِفُ قَرِيبًا مِنَ السُّتْرَةِ, فَكَانَ بَيْنَهُ وَ بَيْنَ الْجِدَارِ ثَلَاثَةُ أَذْرُعٍ

“Adalah Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersolat dekat dengan sutrah (pembatas), maka adalah di antara Baginda dan dinding tersebut adalah 3 hasta.” (HR al-Bukhari dan Ahmad)

2)
بَيْنَ مَوْضِعِ سُجُودِهِ وَالْجِدَارِمَمَرُّ شَاةٍ

“Jarak di antara tempat sujud Baginda dengan dinding lebih kurang cukup untuk dilalui seekor anak kambing.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

3)
كَانَ اِذَا صَلَّى (فِي فَضَاءٍ لَيْسَ فِيهِ شَيْءٌ يَسْتَتِرُبِهِ) غَرَزَ بَيْنَ يَدَيْهِ حِرْبَةً فَصَلَّى وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ

”Apabila Baginda bersolat (di tempat yang tiada sesuatu pun menutupi yakni tempat terbuka), beliau menancapkan tombak di depannya lalu bersolat, dan para sahabat bersolat di belakangnya.” (HR al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah)

4)
وَاَحْيَانًا كَانَ يُعَرِّضُ رَاحِلَتَهُ فَيُصَلِّى اِلَيْهَا

Kadang-kadang Baginda melintangkan haiwan tunggangannya di hadapan Baginda, lalu bersolat mengadap haiwan tersebut. (HR al-Bukhari dan Ahmad)

5)
صَلَّى – مَرَّةً – اِلَى شَجَرَةٍ

“Baginda pernah bersolat mengadap ke pokok.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad dengan sanad yang sahih)

6)
اِذَا وَضَعَ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلَ مُؤْخِرَةِ الرَّحْلَ فَلْيُصَلِّ وَلَا يُبَالِي مَنْ مَرَّ وَرَءَ ذَلِكَ

“Apabila seseorang di antara kamu telah meletakkan benda atau barang setinggi kayu bahagian belakang pelana, solatlah dengan tidak perlu menghiraukan orang yang melalui di sebelah benda itu.” (HR Muslim dan Abu Daud)

Itulah beberapa hadith yang sempat dikongsikan di sini untuk kita sama-sama fahami bahawa bersutrah iaitu meletakkan objek pembatas ketika bersolat memang suatu sunnah Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam. Sayangnya, pengetahuan mengenainya sangat kurang di kalangan masyarakat kita.

Secara Ringkas

Secara ringkas mengenai hukum sutrah ialah seperti berikut:

Ulama berbeza pandangan mengenai hukum bersutrah, samada wajib atau sunat. Yang terbaik dan dekat dengan sunnah Nabi ialah bersutrah ketika solat, iaitu dengan meletakkan objek sebagai pembatas kawasan solat.

Apabila bersolat seorang diri, sutrah diadakan oleh orang bersolat sendirian itu. Apabila bersolat secara berjemaah, sutrah diadakan oleh imam sahaja. Makmum tidak perlu mendirikan sutrah kerana sutrah makmum ialah sutrah imam yang diikutinya.

Jika tiada sutrah, bolehlah dibuat garisan sebagai ganti sutrah.
Jarak antara tempat sujud dan sutrah ialah sekadar saiz jarak yang membolehkan anak kambing melaluinya. (bukan sebab hendak beri orang atau anak kambing melaluinya. Ia adalah untuk anggaran jarak.)

Jika ada orang hendak melalui kawasan antara orang yang bersolat dan sutrah, maka hendaklah orang bersolat itu menahan dan melarang.

Semoga dengan mengetahui hal ini, kita semua dapat menghidupkan sunnah bersutrah ketika melakukan solat, in shaa’ ALLAH, amin.

Allahu A`lam.

muzir.wordpress.com

KEINDAHAN RUPA DAN SUSUK TUBUH RASULULLAH!


KEINDAHAN RUPA DAN SUSUK TUBUH RASULULLAH SAW | Kita sedia maklum mengenai keindahan peribadi Rasulullah SAW. Tiada seorangpun pemimpin di dunia ini yang mampu menandingi keperibadian baginda. SUBHANALLAH!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِاللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Anas bin Malik r.a. atau Abu Nadhr Anas bin Malik al Anshari al Bukhari al Khazraji adalah sahabat yang paling akhir meninggal dunia di Basrah, iaitu pada tahun 71 H. Beliau telah tinggal bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan membantu Baginda selama 10 tahun.

Selama itu juga Anas bin Malik r.a. dapat melihat lebih dekat dan beliau menyatakan bahawa segala yang ada pada diri Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, semuanya istimewa. Termasuk bentuk tubuh Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bukanlah orang yang berperawakan terlalu tinggi, namun tidak juga rendah. Kulitnya tidak putih melepak juga tidak sawo matang. Rambutnya ikal, tidak kerinting dan tidak juga lurus kaku. Baginda diangkat (menjadi rasul) Allah SWT dalam usia 40 tahun.

Baginda tinggal di Makkah (sebagai Rasul) 10 tahun dan di Madinah 10 tahun. Baginda pulang ke Rahmatullah dalam usia 63 tahun. Pada kepala dan janggutnya tidak terdapat sampai 20 helai rambut yang telah berwarna putih.” (Diriwayatkan oleh Abu Raja Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Rabi’ah bin Abi` Abdurrahman yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
.
“Aku tak pernah lihat orang yang berambut panjang terurus rapi dengan mengenakan pakaian merah yang lebih tampan dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Rambutnya mencapai kedua bahunya. Kedua bahunya bidang. Baginda bukanlah seorang yang berperawakan (bertubuh) rendah dan tidak juga terlampau tinggi.” (diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Sufyan, Dari Abi Ishaq, yang bersumber dari al Bara bin Azib r.a.)
.
“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak berperawakan (bertubuh) terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Baginda berperawakan sederhana di antara kaumnya. Rambut tidak keriting bergulung dan tidak pula lurus kaku, melainkan ikal bergelombang.

 Badannya tidak gemuk, dagunya tidak tirus dan wajahnya agak bundar. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Bahunya bidang.Baginda memiliki bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat.

Tapak tangan dan kakinya terasa tebal. Bila Baginda berjalan, berjalan dengan tegap seakan akan Baginda turun ke tempat yang rendah.

“Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai gigi seri yang renggang. Apabila Baginda bertutur kelihatan seperti ada cahaya yang memancar keluar antara kedua-dua gigi serinya itu.”

(Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abdurrahman, dari Ibrahim bin Mundzir al Hizami, dari Abdul Aziz bin Tsabit az Zuhri, dari Ismail bin Ibrahim, dari Musa bin Uqbah, dari Kuraib yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a.)

NABI MUHAMMAD DISIHIR MELALUI RAMBUTNYA OLEH YAHUDI!

KISAH NABI MUHAMMAD  SAW DISIHIR MELALUI RAMBUTNYA OLEH YAHUDI LAKNATULLAH | Peristiwa Yahudi menyihir Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan turunnya kedua surah serentak (Surah Al-Falaq dan An-Nas) tatkala Rasulullah SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah.

Setelah selesai perang Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahudi bertemu seorang tukang sihir Yahudi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq, bertujuan untuk melakukan sihir ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahudi yang juga khadam nabi, mereka telah mencuri sikat rambut Nabi beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.

Bersama bahan-bahan tersebut dibuat patung berupa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam daripada lilin, lalu ditikam dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka di takdirkan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun terkena sihir selama 40 hari. Pada suatu hari ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam tidur maka datanglah dua malaikat, seorang di kepala dan seorang di kaki.

Disebut dalam banyak hadis sahih, seperti riwayat daripada Ibnu Abbas, Ibnu Abbas r.a., Ibnu Majjah, Muslim, An-Nasai r.a. dll.

Daripada Syaidatina Aisyah r.ha. menceritakan, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya. Perkara yang telah dilakukan, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam merasa ragu-ragu samada sudah dilakukan atau tidak dan Baginda merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya. Kerana itu pada suatu hari atau suatu malam Rasulullah berdoa, kemudian berdoa dan berdoa lagi. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang laki-laki menemui Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Baginda sedang tidur. Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Malaikat yang berada di sebelah kaki bertanya kepada malaikat yang berada di sebelah kepala Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini?”
Malaikat yang di kepala: “Thabb.”
Malaikat yang di kaki: “Apakah Thabb itu?”
Malaikat yang di kepala: “Sihir.”
Malaikat yang di kaki: “Siapakah yang menyihirnya?”
Malaikat yang di kepala: “Lubaid Al A’sham, orang Yahudi.”
Malaikat yang di kaki: “Dengan apa disihirnya?”
Malaikat yang di kepala: “Sikat dan rambut yang gugur beserta mayang kurma kering.”
Malaikat yang di kaki: “Di manakah sihir itu diletakkan?”
Malaikat yang di kepala: “Dalam bungkusan daun tamar di bawah batu besar dalam telaga keluarga Zarwan.”
Malaikat yang di kaki: “Dengan apakah kita akan merawat dan memulihkan Muhammad ini?”

Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah‘Mu’awwidataini’(Surah Al-Falaq & Surah An-Nas).


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut. Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai… kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala syaitan. Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui‘bungkusan berikat’ tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum. Kemudian Rasulullah membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Baginda dalam mimpi semalam. Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut (Surah Al-Falaq & Surah An-Nas), terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir-Nya, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggu ikatan. Apabila dicabut pula satu persatu jarum tersebut, terasa sakit dalam tubuh Baginda yang kemudiannya beransur hilang.

Anas ibnu Malik ra menceritakan, “Bahawa ada seorang Yahudi berbuat sesuatu terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Maka kerana hal tersebut, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengalami sakit tenat, ketika para sahabat datang menjenguknya, mereka menyangka, bahawa hal itu hanyalah disebabkan sakit biasa. Kemudian datanglah malaikat Jibril dengan membawa turun kedua-dua surah ini; malaikat Jibril akan mengubatinya dengan membacakan kedua surah itu. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. keluar menemui para sahabatnya dalam keadaan sihat dan segar-bugar.”

Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membakarnya?” Baginda menjawab: “Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.” Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)

Dalam hadis lain: “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahudi tersebut, maka dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Gambar lain terkini banjir teruk di Kuantan 25 Disember 2012


Gambar lain terkini banjir teruk di Kuantan 25 Disember 2012 yang diambil di kawasan Kampung Cherating, Kuantan, Pahang. Nampaknya banjir yang melanda sejak semalam masih belum menunjukkan tanda-tanda surut, dan terus menenggelamkan rumah-rumah di kawasan berkenaan. Kanak-kanak pula dilihat begitu riang gembira beriadah dan bermain dengan air banjir namun di kepala ibubapa mereka pasti terselit rasa sedih memikirkan pelbagai kerosakan bakal menimpa selepas sahaja banjir surut. Bersabarlah.





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More