Saturday, March 31, 2012

Lelaki Ini Mati Kerana Teruja Tengok Video Lucah

Michael Schmauch (57) seorang warga Jerman ditemui mati didalam biliknya dipercayai akibat teruja berlebihan ketika menonton DVD lucah. Ketika mayatnya ditemui beliau hanya memakai spender dan filem lucah sedang dimainkan di TV bilik hotel beliau. Kematian beliau disedari oleh pekerja hotel yang risau tidak melihat beliau sepanjang hari. Schmauch sudah menyewa bilik itu selama sebulan dan kerana risau Rerngsan Topimai (26) seorang pengawal keselamatan di hotel memanjat balkoni dan menemui beliau mati diatas katil. Polis percaya beliau baru mati selama 6 jam ketika ditemui. Polis juga tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah dan mayat Schmauch dihantar untuk bedah siasat bagi memastikan punca kematian.





Inilah Ayam Perasan Dirinya Penguin

Di Beijing, China, Seekor Ayam Betina Dikatakan Berjalan
Meniru Aksi Seperti Penguin.
Ayam Betina Tersebut Milik Seorang Petani
Lu Xi Yang Tinggal Di Wilayah Jiang Su.
Ayam Tersebut Dikatakan Selalu Melihat
Ke Arah Air Dan Tidak Pernah Terbang Seperti
Ayam-ayam Lain.Menurut Pemiliknya, Ayam Yang
Diberi Gelaran Mumble Oleh Media Itu Mempunyai
Kepak Yang Kecil Seperti Penguin Dan Menyebabkan
Ia Berjalan Tegak Tidak Seperti Ayam Lain.


Inilah model yang digelar ' si wajah malaikat berbody setan'

Bianca Bai adalah model Taiwan super Hot yang perna ada di Taiwan.Bianca Bai Xin Hui, adalah salah seorang artis dan model terpanas di Taiwan saat ini. Kecantikan dan kemolekan tubuhnya membuatnya dijuluki si wajah malaikat berbody setan. Wajah dan tubuh Bianca dengan mudah ditemukan di majalah-majalah terbitan Taiwan. Ia banyak membintangi iklan pakaian dalam dan bra, bahkan telefon jenama Nokia.


Biodatanya :

* Name: Bai Xin Hui
* English name: Bianca Bai
* Nicknames: (Angel’s face, Devil’s body)
* Date of birth: October 10, 1982
* Birthplace: Taiwan
* Height: 176cm
* Profession: Model, Actress
* Modeling Agency: Catwalk Modeling Agency
* Horoscope: Scorpio
* Blood type: O

Hotel Pasir Pertama Di Dunia


Hotel pasir pertama di dunia ini di buka di pantai Weymouth, Dorset, England.Ia dibina daripada 1000 tan pasir selama seminggu oleh 4 pengukir pasir profesional.Hotel pasir ini tidak mempunyai bumbung dan membolehkan pengunjung melihat bintang di langit dengan jelas pada waktu malam.Harga penginapan untuk semalam ialah $21.
























Sumber

Video dan gambar guru paling HOT di China


Pelbagai Spekulasi semenjak Zhu Songhua muncul di televisyen, Pelbagai perbincangan berkenaan Songhua mula tersebar di Internet,dan beberapa persoalan timbul, adakah murid murid yang hadir akan fokus sekiranya cikgu tersebut berada didepan kelas berdiri dengan susuk badan yang seksi sepeti SOnghua.

Biodata Guru Seksi Zhu Songhua

Real Name : Zhu Songhua
Nickname : Yuhua
Occupation : Teacher
Height : 168 cm
Weight : 50 kg
Measurements : 85-67-88
Hometown : Nantong, Jiangsu, China
Blood type : O
Birthday : January 31


Cikgu ni semakin terkenal dan mendapat perhatian ramai setelah dia diundang dalam Program TV Happy Night dalam segmen Guruku Yang Istimewa.

Selain dari itu pelbagai feedback yang baik telah diterima daripada ibubapa murid murid dimana ibubapa memberikan penilaian yang baik berkenaan pembelajran yang diajarnya, bukan pujian diberikan daripada susuk tubuhnya yang menawan.

Disusuli dengan pujian, Shonghua juga tidak lari diterima oleh kritikkan, namun guru yang berpengelaman ini menanganinya dengan tenang dengan kenyataan seperti berikut pada media "“Saya hanya orang biasa, yang hanya ingin hidup tenang dan tidak mencari populari,” kata Songhua, 30 tahun, yang pernah meraih penghargaan sebagai guru luar biasa ini.

Cuba anda lihat dan nilaikannya sendiri gambar gamabar cikgu Zhu Songhua yang memang kelihatan seksi dan cantik, ia memang wajar jika ia dinobatkan menjadi guru cantik dan terseksi di China.



Lagi Gambar:
















Kalau camni kt Malaysia, kompem ramai xponteng kelas..hahaha

Muka Berlubang Kerana Penyakit

GAMBAR menunjukkan wajah Tumini berlubang di bahagian tengah kepalanya.

MADIUN - Tumini iaitu seorang wanita yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim di Indonesia menghidap penyakit aneh apabila lubang sedalam 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepalanya. Suami Tumini, Marto menyatakan kedua-dua mata isterinya, hidung, dan bibir hilang manakala dagu serta keningnya sahaja yang masih ada.

"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus mengganas di bahagian wajah isteri saya. Dia tidak dapat melihat kerana tidak ada mata," kata Marto. Dia berkata, isterinya tidak dapat bercakap kerana dia tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 sentimeter. Marto berkata, penyakit itu dihidapi oleh isterinya hampir 30 tahun lalu dan mula dikesan ketika dia berumur 20-an.

Penyakit itu bermula dengan bintil berupa jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal, jelas suaminya. Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor menyatakan penyakit itu ialah sejenis kanser tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatannya.

"Kini, ubat untuk isteri saya hanya ramuan yang dibuat sendiri daripada bahan utama tembakau untuk mengusir lalat yang kerap mengerumuni," katanya.
Seorang anaknya berkata, ibunya itu kerap mengurung diri dan kadang-kadang merungut kerana tidak dapat menahan sakit. - Agensi

Inilah lelaki paling cantik dan mengiurkan



Siang menjadi Treechada Petcharat tetapi menjelang malam menjadi Nong Poy Treechada. Disebalik kecantikannya, beliau sebenarnya Nong Poy yang telah melakukan pembedahan membuang alat kelaminnya dan menjadi wanita "sejati".












pergghh...sekali pandang memang tergoda...dah buka..hammppehhh!

sumber

Hanya buang sampah dalam tong, dapat ciuman daripada perempuan cantik


Kerana prihatin dengan lingkungan seorang gadis remaja yang cantik rela melakukan kempen kebersihan agar orang-orang memiliki sikap prihatin terhadap lingkungan hidup terutama menjaga kebersihan dan kesegaran lingkungan.Yang unik adalah bentuk kempen sang gadis ayu ini. Dia memberikan ciuman pada siapa saja yang lalu dengan membuang sampah ke tong sampah, atau memungut sampah yang tercecer dan mengambilnya untuk dibuang ke tong sampah.


Inilah yang dilakukan Li Xiaohe nama gadis manis ini yang masih kuliah di sebuah Universiti di Chengdu China. Menurut Harian Rakyat China yang menceritakan Li melakukan kempen ini bertepatan dengan hari kebersihan hidup 8 Jun lalu. Li hanya ingin dirinya memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Wanita Mirip Diana Danielle Terima Seluar Dalam Lelaki Terpakai

Memiliki wajah jelita persis artis terkenal Diana Danielle memberi tekanan emosi kepada seorang gadis apabila diganggu peminat misteri yang mengirimkan pelbagai barangan, termasuk seluar dalam dan ayam hidup ke rumahnya.



Suspek mula mengganggu gadis yang mahu dikenali sebagai Wani, 21, itu sejak dua minggu lalu dengan menghantar pelbagai barangan seperti cincin dan rantai leher dengan meletakkannya di dalam peti surat di rumahnya di Setapak Jaya.

Mangsa yang bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat teknologi maklumat berkata, peminat misteri itu kerap menghantar objek pelik ke rumahnya, terutama ketika dia keluar bekerja.

Mangsa dikatakan menerima 4 'hadiah' dalam tempoh kira-kira 2 minggu.

Gangguan pertama apabila dia mula menerima sekeping nota yang dikerat berbentuk hati dalam peti suratnya tertulis :
Diana Danielle, From Secret Admirer

Pada 21 Februari 2012, mangsa menemui lagi sampul surat dan dalamnya terdapat sehelai seluar dalam lelaki yang terpakai dan terdapat nota yang tertulis DIANA DANIELLE.

Pada 25 Februari, beliau menerima bekas kacamata dan didalamnya terdapat sebentuk cincin, seutas rantai tangan, 2 keping gambar lelaki berukuran passport dan nota yang dipotong berbentuk bulat. Apa yang menariknya, dihadapan nota tersebut tertulis nama penyampai berita TV3, Pang Chin Fei dan dibelakangnya tertulis 'I Love U".

Dan kali terakhir, beliau menjumpai sebuah beg kain digantung luar pagar rumahnya dimana didalamnya terdapat seekor ayam jantan dan 2 ekor ayam betina hidup.

Yang menariknya ialah, menyedari gadis ini tidak seperti mirip Diana Danielle, namanya telah ditukar kepada Pang Chin Fei.

Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.

foto peminat misteri yang sering mengganggu Wani.

Pelacur body lentik tawar tubuh melalui SMS


IPOH: Rupa paras persis artis Barat, bulu mata lentik dan bertubuh langsing menjadi modal kepada sindiket pelacuran untuk menawarkan wanita Timur Tengah kepada pelanggan di negara ini menggunakan SMS dan MMS.

Kumpulan wanita Timur Tengah dari pelbagai negara ini, termasuk Syria, Iran, Yaman dan Maghribi bergerak dari bandar ke bandar bergantung kepada tempahan pelanggan.


Rata-rata wanita yang diletakkan pada gred 1 itu yang masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial menawarkan khidmat seks kepada lelaki tempatan yang sanggup membayar harga tinggi sehingga RM1,000 bagi sekali perkhidmatan.

Perkara ini didedahkan beberapa lelaki tempatan yang pernah mendapatkan khidmat mereka yang disifatkan unik walaupun perlu mengeluarkan modal besar.


BUKTI...Danny menunjukkan antara MMS yang dihantar sindiket pelacur Timur Tengah.

Seorang eksekutif bank yang mahu dikenali sebagai Danny, 30, mendakwa menerima kiriman MMS dipercayai dihantar ke telefon bimbitnya oleh sindiket pelacuran tempatan yang menguruskan pelacur Timur Tengah.

Thursday, March 29, 2012

Dibelit Ular Ketika Zina


Pengalaman saya berhadapan dengan sepasang tunang yang mengadu menghadapi masalah besar beberapa tahun lalu," beritahu Ustaz Abdullah Mahmud, penceramah bebas yang dikenali ramai. Tambahnya, beliau memang tidak hairan dengan pendedahan tersebut kerana sepanjang menjadi penceramah, kaunselor dan merawat orang, dia didatangi oleh golongan remaja yang mengadu menghadapi masalah akibat terlanjur terutamanya si wanita yang mengandung setelah berzina di merata tempat tak kira hutan, hotel, rumah kosong, dalam semak, kereta dan sebagainya.

"Adakalanya saya menitiskan air mata apabila mengingatkan pergaulan bebas anak muda kita yang makin menjadi-jadi. Mereka ini langsung sudah tidak takut bala Tuhan.Mereka sudah tidak dapat membezakan antara halal dan haram," tegas beliau dengan nada kesal.

Berbalik kepada pasangan tunang yang datang menemui beliau di pejabatnya di Batu Caves, Selangor ketika itu, Ustaz Abdullah menjelaskan pasangan itu yang berumur lingkungan pertengahan 20-an itu datang untuk meminta pertolongannya. "Apa yang boleh saya bantu encik?" Tanya Ustaz Abdullah kepada mereka. Si lelaki kelihatan malu-malu untuk menceritakan masalahnya manakala si perempuan mencubit paha lelaki itu mungkin meminta agar segera menceritakan masalah mereka.

Ustaz Abdullah yakin masalah yang dihadapi oleh pasangan itu agak berat kerana berdasarkan pengalaman, lazimnya hanya mereka yang menghadapi masalah besar saja akan pergi menemui kaunselor atau ustaz bagi mencari jalan agar kekusutan yang dialami mereka terlerai. "Ustaz...macam ini, saya dan tunang saya ada masalah sikit. Ketika tidur, saya selalu nampak ular dalam rumah. Begitu juga dengan tunang saya. Seringkali ketika tidur, tunang saya menjerit-jerit. Dia kata ular besar datang membelitnya. "Saya sendiri sudah takut hendak masuk di dalam semak kerana sering terbayang ada ular," beritahu lelaki itu ringkas.


Mendengar masalah itu, Ustaz Abdullah termenung sejenak. Dia merenung memikirkan "penyakit" aneh yang dihadapi oleh pasangan itu. "Awak pernah pukul ular ke?" Ustaz Abdullah mengajukan soalan rambang . Bagaimanapun lelaki itu menggeleng kepala sambil memberitahu dia tidak pernah memukul ular. Lelaki itu turut memberitahu dia dan tunangnya jadi fobia kepada ular dan akibat itu badan mereka menjadi lemah tidak bermaya akibat sering terkejut. Mereka juga menyatakan telah pergi menemui beberapa orang bomoh meminta air penawar agar kelibat ulat tidak tergambar lagi dalam bayangan matanya tetapi semuanya tidak menjadi.

"Selalunya kalau jadi macam ni, pasti ada sebabnya. Kalau tidak ada sebab tertentu, setahu saya perkara seperti ini tidak akan berlaku tambahan lagi berdasarkan pengamatan saya, awak berdua bukan terkena sihir," kata Ustaz Abdullah yang menyedari pasangan tunang itu cuba menyembunyikan cerita yang sebenar kepadanya. Namun lelaki itu tetap berkeras menyatakan mereka tidak pernah melakukan sesuatu kesalahan seperti memukul ular dan sebagainya."Tak perlu hendak malu. Saya hendak tahu ini pun, bukannya saya bermaksud hendak campur hal encik tapi dengan mengetahui puncanya, mudahlah sikit saya berikhtiar kalau-kalau ada serasi, Allah akan makbulkan permohonan kita," pujuk Ustaz Abdullah lagi. Sebaik saja mendengar kata-kata itu, wajah mereka tiba-tiba berubah.


Si perempuan pula tiba-tiba menitiskan air mata manakala yang lelaki tunduk ke bawah memandang lantai. Dia kelihatan malu untuk bertentangan mata dengan Ustaz Abdullah. "Macam ini Ustaz, sebenarnya saya kena belit ular sawa setahun yang lalu, sejak itu saya mengalami masalah ini, sering diganggu dengan bayangan ular. Tunang saya juga kena belit ular," akui lelaki itu agak mengejutkan Ustaz Abdullah. Ustaz Abdullah yang tidak begitu faham dengan penjelasan itu terus bertanya kepada mereka bagaimana cerita yang sebenarnya. Barangkali setelah yakin dengan keikhlasan Ustaz Abdullah untuk membantu, akhirnya pasangan itu menceritakan segala-galanya. Cerita lelaki itu, kejadian itu berlaku sebelum mereka bertunang.


Pada suatu hari, mereka yang mengaku bekerja di sebuah syarikat yang sama di Shah Alam, Selangor mengatur janji untuk pergi ke sebuah tempat perkelahan di Selangor. Mereka yang kebetulan bekerja syif malam telah mengambil keputusan untuk pergi pada hari biasa kerana pada hari tersebut orang tidak ramai maka mudahlah mereka bermadu asmara dan bercengkerama. Menurut lelaki itu lagi, sebelum itupun, mereka pernah pergi ke situ pada hujung minggu. Bagi mereka, pada hujung minggu tidak sesuai kerana, pengunjung terlalu ramai, maka menyukarkan mereka untuk bercumbu rayu.

Itupun mereka memilih tempat terlindung tetapi tidak terlepas daripada gangguan pemuda-pemuda yang suka mengendap. "Hanya dua bulan perkenalan, kami sudah terlanjur. Ketika saya dibelit ular tempoh hari, saya berkenalan dengan tunang saya ini sudah enam bulan. Banyak kali sudah kami melakukan perbuatan terkutuk itu," nyata lelaki itu sambil menangis. Sebaik saja sampai di kawasan perkelahan yang mempunyai sebatang anak sungai itu, dia menyorokkan motosikal di dalam semak. Manakala tempat mereka bersama terlindung di sebalik pokok balak berhampiran gigi air sungai. Pada tengahari itu memang sunyi.

Seorang manusia pun tidak kelihatan. Bukan main seronoklah mereka berdua kerana dapat bermadu kasih tanpa gangguan, meskipun terbit rasa bimbang kalau ada yang mengintip di sebalik semak atau diserbu pihak berkuasa tapi perasan rindu dendam yang membara mengatasi segala-galanya.


Di situ, pada mulanya mereka berbual-bual sambil berpegangan tangan. Kemudian melarat ke bahagian lain pula. Seterusnya nafsu mula menguasai diri masing-masing. Berbekalkan kertas suratkhabar, ia dijadikan alas untuk mereka berbaring. Pakaian si perempuan dilucutkan satu demi satu, selepas itu yang lelaki pula menanggalkan pakaian. Mereka bercumbu rayu dan terus berzina tanpa menyedari di dalam rumpun semak di hujung kaki mereka berlengkar seekor ular sawa sebesar paha orang dewasa sedang mengeram.

"Kami tak sedar ada ular. Tengah-tengah buat benda tu, kaki saya tertendang ular itu menyebabkan dengan pantas ia terus menyerang dan membelit kami berdua. Ia berlaku dengan pantas sekali, tidak sempat kami hendak melarikan diri," cerita lelaki itu dengan perasaan kesal. Akibat belitan ular sawa itu, mereka berdua merasakan ajal mereka akan tiba pada bila-bila masa kerana setiap kali mereka meronta, semakin kuat ular itu menjerut tubuh mereka. "Saya menjerit sekuat hati meminta tolong.


Perasaan malu sudah tidak ada lagi dalam diri saya pada masa itu. Yang penting, nyawa kami harus diselamatkan dan pada masa yang sama, saya semakin sesak nafas kerana belitan ular itu yang sungguh kuat dan mulutnya terngaga luas seperti tidak sabar-sabar hendak menelan saya," beritahunya tanpa segan silu lagi. Keadaan kekasihnya semakin lemah. Mukanya pucat lesi seperti sudah kehilangan darah. Lelaki itu tidak mampu berbuat apa-apa. Kudratnya tidak terdaya menandingi ular besar itu. Dalam keadaan cemas, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari sebalik semak sambil memegang sebatang kayu untuk memukul kepala ular itu yang hendak membaham kepala lelaki tersebut.


Pemuda itu teragak-agak untuk memukul kepala ular sawa itu mungkin bimbang kalau terkena kepala lelaki itu. "Saya menjerit dan merayu agar ditolong dengan nada yang tersekat-sekat kerana sesak nafas. Kemudian pemuda itu dengan laju menghayun kayu sebesar betis itu beberapa kali mengenai kepala ular tersebut.

"Akhirnya, ular itu terkulai dan belitannya terurai. Saya tidak mampu bergerak lagi manakala kekasih saya pengsan. Pemuda itu memakaikan semula baju kami. Kemudian dia pergi meminta bantuan orang untuk menghantar kami ke hospital. Dia hanya seorang diri. Saya tidak pasti siapa pemuda itu dan dari mana dia datang. Saya syak mungkin pada mulanya dia sedang mengintai saya buat "projek," cerita lelaki itu lagi. Akibat belitan ular tersebut, pasangan itu mengalami kecederaan agak teruk iaitu si lelaki patah satu tulang rusuknya manakala kekasihnya patah dua batang tulang rusuk.

Empat bulan selepas kejadian itu, mereka melangsungkan pertunangan dan merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat setelah didesak oleh keluarga yang mengetahui kejadian itu. Bagi mereka, masalah sering dihantui oleh bayangan ular lebih perit daripada menanggung kesakitan akibat patah tulang rusuk. Akibat "badi" itu, tidur malam mereka terganggu setiap malam dan walau kemana sekalipun berada,mereka terbayang berhampiran mereka ada banyak ular.


Mendengar penjelasan lelaki itu, fahamlah Ustaz Abdullah apa sebenarnya yang terjadi. Namun sebelum merawat pasangan itu, beliau telah menasihatkan mereka agar bertaubat kerana telah melakukan perbuatan zina. Ustaz Abdullah juga memberitahu mereka, berkemungkinan peristiwa dibelit ular itu adalah balasan Tuhan di dunia di atas perbuatan mereka itu. "Awak berdua patut bersyukur.

Saya rasa Allah sayangkan awak berdua. Dia bagi azab kecil kepada awak berdua mungkin supaya awak insaf dan segera bertaubat. Kalau nak ikutkan, ramai orang berzina tetapi Allah tidak mahu menunjukkan balanya di dunia ini, maka kerana tidak pernah dijatuhkan bala itu, mereka ini berterusan melakukan zina," nasihat beliau membuatkan pasangan itu menangis tersedu-sedu sambil berjanji akan bertaubat serta berkahwin secepat mungkin. Ustaz Abdullah memberi sebotol air penawar.

Air itu digunakan untuk mandi dan minum. Di samping itu, Ustaz Abdullah menasihatkan pasangan itu agar sering mengingati Tuhan semoga penyakit fobia mereka hilang. Mereka pulang dengan wajah riang dan tidak lama kemudian lelaki itu menghubungi Ustaz Abdullah memberitahu mereka berdua telah sembuh sepenuhnya dan menjemput beliau hadir ke majlis perkahwinan mereka.


DIRIWAYATKAN OLEH IBNUL JAUZI BAHAWA : "SESUNGGUHNYA NERAKA JAHANAM MEMILIKI TUJUH BUAH PINTU. YANG PALING MENAKUTKAN, PALING PANAS DAN PALING BUSUK BAUNYA ADALAH PINTU YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA PARA PENZINA YANG MELAKUKAN PERBUATAN TERSEBUT SETELAH MENGETAHUI HUKUMNYA."


P/S:Pelakuan maksiat ketika muda remaja selalunya menghantui hingga ke tuamu wahai remaja. Dosa-dosa itu menggelapkan hati daripda menerima nur dari Allah SWT. Keseronokan berpoya-poya hanyalah palsu belaka, sedikitpun tidak membantu di alam akhirat malah ia membawa beban yang cukup berat, takut tergelecek jatuh kita ke neraka,ambillah iktibar dari kisah.Semoga rahmat, taufik dan hidayah Allah bersama kita semua dan semoga dijauhkan dari murka Allah dan azab yang dijanjikannya..


Sumber : Facebokk

Wednesday, March 28, 2012

Wow! - Proton PREVE Model Proton Baru 2012

TAOTAUAJER - Pastinya ramai yang ternanti-nanti akan apakah model proton terbaru kali ini, apa nama nyer dan macam mana bentuk nyer. Maklumlah rakyat malaysia nieh lebih tertumpu kepada rekabentuk dan kuasa enjin. Sebelum ini kita ada kedengaran yang model terbaru Proton dengan kod nama Proton P3-21A bakal dikeluarkan.


Ini adalah Gambar kereta proton terbaru dengan kod nama P3-21A dan kini ia adalah Proton Preve

Kini proton terbaru tersebut telah diberikan nama 'Proton Preve'. Dan akhirnya hari ini laman Arena Kereta telah berjaya mengeluarkan gambar Proton Preve untuk mengesahkannya.

Proton Preve telah dibandingkan dengan Toyota Vios dan juga Honda City dan nampaknya ia memiliki kelas yang tersendiri. Dengan harga yang jauh lebih murah berbanding dua model yang dibandingkan ini, Proton Preve juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri.
[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

MISTERI! - Gigitan pada Logo 'Apple' dan bagaimana logo Apple dicipta

TAOTAUAJER - Steve Jobs Founder Apple Inc, pasti korang tak tau kenapa sebenarnya logo apple ialah apple yang telah di gigit. Bagi membezakan apple yang biasa kita lihat dengan apple keluaran steve job maka di wujudkan apple yang digigit sebagai logo syarikat pengeluar tersebut.


Kalau korang nak tau ade pelbagai pendapat tentang kewujudan logo Apple. Kalau korang nak tau logo atau simbol Apple yang di gigit tersebut terinspirasi daripada :

[ NAK TAU? KLIK KETAHUI DISINI >>

Tuesday, March 27, 2012

Produk Baru: Vakum robot

SAMSUNG mengeluarkan vakum robot NaviBot S baru yang berupaya membersihkan habuk di mana saja ruang sempit termasuk di bawah sofa yang sering mendatangkan masalah.
Anda tidak lagi perlu mengeluarkan semua barangan dari bilik tidur termasuk alas lantai dan permaidani kerana Samsung NaviBot berupaya membersihkan setiap sudut dengan bebas selain beberapa mod automatik pada antaramuka peranti terbabit yang berfungsi penuh membersihkan ruang dikehendaki.


Spesifikasi


PRODUK: Samsung NaviBot

HARGA: anggaran RM2,400
KATEGORI: pembersih vakum robotik
TENAGA: 40W
OPERASI: automatik, manual, spot, turbo, intensif
TAHAP KEBISINGAN: 48dB
JENIS TAPISAN: HEPA (H11)
KAPASITI: 0.3 liter
BATERI: Li-Ion (14.4V)
DIMENSI: 13.8 x 3.1 inci
BERAT: 3.2kg

- Dipetik dari myMetro

Menantu hantu, lacurkan isteri dan dua adik ipar


KUALA LUMPUR: Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa dilarikan menantu lelaki sejak tiga tahun lalu dan kini dikatakan menjadi pelacur.

Wanita berusia 57 tahun itu kini hanya mampu berdoa supaya tiga anak perempuan yang berusia 30-an bersama enam cucu berusia antara dua dan 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga.

Warga emas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Rohaya, 57, berkata, sumber polis dan bomoh yang ditemuinya berkata, ketiga-tiga anaknya itu kini dipercayai berada di negara jiran.

Rohaya berkata, menantu mualaf berusia 40-an yang berniaga di pasar malam itu mengahwini anak perempuan sulungnya pada 2005 dan tembelangnya terbongkar pada September 2009 apabila mengambil kesempatan membawa lari adik iparnya berusia 31 tahun yang sudah bersuami bersama lima anaknya yang berusia di antara dua bulan dan tujuh tahun.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga, katanya, pada 2010 sekali lagi dia sekeluarga dikejutkan dengan berita kehilangan anak kedua berusia 34 tahun bersama tiga anak perempuannya yang dibawa lari menantunya itu dari rumah suaminya di Batu Kurau, Perak.

Sumber : Hmetro

Sekitar Gambar Perkahwinan Shila Amzah Dan Sharnaaz Ahmad

Sungguh ceria sekali Shila Amzah di hari perkahwinan beliau.. Setelah lama bercinta dengan pelakon popular Sharnaaz Ahmad, akhirnya mereka disatukan di tali perkahwinan.. ooowh i wish.. hehe.. mereka sebenarnya belum kahwin.. Shila telah menjalani shooting untuk majalah perkahwinan INSPIRASI PERKAHWINAN jea..hehe.Cantik baju yang dikenakan oleh Shila..Fesyen sekarang memang suka lace macam nie.. Lisa pun sama..










SAKSIKANLAH VIDEO ROMANTIK SHILA AMZAH & SHARNAAZ AHMAD..

Monday, March 26, 2012

Anis Nabilah, Chef Selebriti Wanita Paling Cun Di Malaysia

Anis Nabilah kini semakin terkenal di Malaysia bukan sahaja kerana kecantikkannya tetapi bakatnya dalam seni masakan. Dia merupakan pengacara dalam beberapa rancangan memasak seperti 'Icip-icip', 'Sesedap Rasa', 'Rasa-rasa' dan 'Enak Tradisi'














Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More