Cuba Anda bayangkan bagaimana rasanya jika memiliki isteri 86 orang dan punya 170 anak? Itulah yang dialami Mohammed Belo Abubakar yang menikahi 86 perempuan dan memiliki 170 anak.
Kendati demikian, Belo menyarankan agar lelaki lain tidak mengikuti jejaknya. “Hanya kerana bantuan Tuhan saya boleh mengatasi persoalan keluarga,” kata Belo.
Dia mengaku para perempuan itulah yang mendatangi dirinya dan minta dikahwini. Menurut Belo, mereka minta dikahwini lantaran kemampuan dirinya yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
“Saya hanya berfikir bahawa Allah telah menakdirkan saya menjadi begini,” ujar Belo.
Sebahagian besar isteri-isteri Belo adalah seperempat usianya. Dan bahkan beberapa di antaranya lebih muda dari anaknya sendiri alias gadis yang masih perawan.
Surat kabar Nigeria ramai membicarakan Belo. Sementara Belo sendiri dikhabarkan setuju untuk memulangkan 82 isterinya kepada keluarga mereka, kerana dalam agama Islam, seorang lelaki hanya boleh menikahi empat perempuan asalkan dalam keadaan mendesak dan boleh berlaku adil.
Tetapi, berita tersebut justru dibantah oleh Mohammed Tahir, juru bicara Belo Abubakar. “Belo tidak akan menceraikan isteri-isterinya, dan bahkan Belo akan menikah lagi,” ujar Tahir.
Suratkhabar Nigeria pun mewawancarai Belo Abubakar beberapa waktu lalu, saat dia menyatakan bahawa tidak ada ada ketentuan di dalam Al-Quran yang berisi larangan memiliki istri lebih dari empat orang. Dalam wawancara dengan BBC, Belo Abubakar mengemukakan bahawa Allah telah memberinya kekuasaan untuk mengontrol 86 istrinya.
Meski demikian, pihak otoritas Islam Nigeria, Dewan Agung Nigeria Urusan Islam (NSCIA), mengeluarkan kecaman kepada Belo yang dianggap melakukan perbuatan syirik kerana menyatakan diri dapat berbicara dengan Allah.
“Sultan mendesak kaum Muslimin agar jangan menghiraukan kelakuan Bello Abubakar yang melanggar syariah Islam, yang hanya memperbolehkan seorang lelaki beristeri empat saja,” kata salah seorang anggota NSCIA.
0 comments:
Post a Comment