Friday, November 30, 2012

Kemaluannya Terpaksa Dibuang


Seorang lelaki di Thailand terpaksa dibuang kemaluannya selepas cubaannya untuk membesarkan saiz kemaluan dengan menyuntik minyak zaitun ternyata tidak menjadi. Kaum lelaki di sana mempunyai satu habitat yang pelik dan obses terhadap pembesaran saiz kemaluan.

Selain menyuntik dengan minyak zaitun, lelaki Thailand turut menggunakan lilin lebah, silikon dan parafin.

Mangsa sebelum ini pernah menjalani beberapa kali rawatan dan kini mengalami jangkitan kuman yang teruk dan menghadapi kanser menyebabkan zakarnya perlu dibuang.

Menurut jurucakap hospital, kebanyakkan lelaki terpengaruh dengan cerita rakan-rakan mereka. Mereka juga perlu menyedari bahwa perempuan mencintai lelaki dan bukan kerana saiz zakar. 













Gambar terbaru pernikahan anak Datuk Khalid dan Hishamuddin

Gambar terbaru pernikahan anak Datuk Khalid dan Hishamuddin | Gambar terbaru perkahwinan anak Datuk Khalid dan Hishamuddin | Perkahwinan anak Datuk Khalid dan Hishamuddin. Inilah beberapa gambar terbaru perkahwinan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berlangsung di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra dan dihadiri lebih 10,000 tetamu jemputan.






Perjuangan Palestin Mula Membuahkan Hasil




Tahniah dan syabas kepada Presiden Palestin dan seluruh rakyatnya yang selama ini terus ditindas oleh rejim jahat zionis, akhirnya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Usaha yang tidak pernah kenal erti jemu sejak sekian kalinya, mendapat sokongan 138 perwakilan daripada 193 negara anggota PBB.

Mudah-mudahan dengan rahmat dan ihsan Allah, negara Palestin akan terus bergerak ke depan agar kebebasan mutlak menjadi miliknya. 


NEW YORK 30 Nov. - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengiktiraf Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota dalam badan dunia itu, sekali gus memberi kekalahan diplomatik besar kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Kemenangan kepada Presiden Mahmoud Abbas di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) di New York itu, turut mencetuskan suasana meriah di Tebing Barat apabila beribu-ribu orang meraikannya dengan melepaskan tembakan ke udara dan bersorak di bandar Ramallah.

Pengiktirafan yang disifatkan Abbas sebagai 'sijil lahir' untuk negara Palestin itu mendapat undian 138 daripada 193 negara anggota PBB.

Sembilan negara termasuk AS dan Israel menentang undi tersebut, manakala 41 lagi negara seperti Britain dan Jerman, mengambil pendirian berkecuali.

Bendera Palestin turut dikibarkan di UNGA selepas kemenangan itu diumumkan, tetapi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam ucapan Abbas yang disifatkannya sebagai 'menyakitkan hati'.

Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaik taraf daripada entiti pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota iaitu sama seperti status yang dimiliki oleh Vatican City.

Walaupun Palestin masih tidak layak untuk mengundi dalam UNGA, tetapi negara itu boleh menyertai agensi-agensi PBB lain terutamanya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), membolehkan siasatan dilakukan ke atas kekejaman Israel.

Menurut Abbas, pengiktirafan itu akan digunakan sebagai landasan kepada penyambungan semula rundingan secara langsung dengan Israel yang telah dibekukan selama lebih dua tahun.

AS dan Israel segera mengecam undian itu dengan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton menyifatkannya sebagai 'tidak produktif'.

Netanyahu pula menyifatkan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang 'tidak akan membawa makna' dan menuduh Abbas menyebarkan 'propaganda palsu' ke atas Israel dalam ucapannya di UNGA, semalam.

"Resolusi PBB itu tidak akan mengubah apa-apa dan tidak akan membawa kepada penubuhan negara Palestin, malah akan membantutkan lagi usaha tersebut," katanya. - AGENSI



Pengerusi Mengamuk



KUALA LUMPUR 30 Nov. - Suasana Dewan Merdeka di PWTC, di sini riuh apabila Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin tiba-tiba 'mengamuk' sambil mengangkat tukulnya.

Nyata isu terkini yang didedahkan pembahas dari Selangor, Datuk Ramli Norani mengenai keputusan kerajaan negeri yang ingin mengambil alih pasar pagi dan malam serta pasar tani membuatkan Badruddin 'panas' dan tidak senang duduk.

Masakan tidak, Badruddin adalah Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang bertanggungjawab menguruskan pasar tani di seluruh negara.

 

Remaja mati DIROGOL 5 orang warga Pakistan di Sabah..


Mangsa adalah gadis berumur 15 tahun. Dipercayai telah dirogol oleh lima orang pekerja kedai perabot yang berasal dari Pakistan.

Mangsa ditemui pada 1p.m pada 26.11.2012...Laporan polis telah dilakukan pada hari yang sama. Suspek kemudiannya telah berjaya ditangkap hari ini ketika suspek cuba mengembalikan MyKad mangsa.

Kejadian bermula pada pagi kelmarin. Mangsa dikatakan menemani kakak dan sepupunya mencari kerja di Pekan G. Di pekan yang sama mangsa dan kakak dan sepupunya pergi ke sebuah kedai perabot.

Mangsa yang ingin membeli sebuah almari telah dibawa ke tingkat atas oleh pekerja kedai perabot terbabit kerana dikatakan ada almari yang lebih cantik lagi di tingkat atas kedai.

Kakak dan sepupu mangsa meninggalkan mangsa seorang diri dikedai tersebut (mungkin untuk mencari kedai-kedai lain yang menawarkan kerja kosong).

Beberapa jam kemudian mereka menyedari mangsa hilang dan membuat laporan polis. Mangsa semasa kemudiannya ditemui dengan keadaan yang amat menyayat hati; dengan mata yang hampir terkeluar, rambut kusut, mulut ternganga dengan kesan merah, jari-jemari terpisah dan kejang manakala sebelah kakinya bengkok.

Melalui bedah siasat, doktor mengesahkan mangsa telah dirogol berkali-kali lebih daripada seorang lelaki. Menurut saksi, mangsa telah dihumban melalui sebuah lori yang disyaki milik kedai perabot tempat terakhir mangsa lawati.


p/s: Sungguh menyayat hati peristiwa ini, walaupun kes ini masih dalam siasatan tetapi isu warganegara Asing di borneo adalah isu yang tidak dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

Kemasukan warga asing yang ramai akan menyebabkan berlakunya gejala moral yang dashyat seperti rompakan, rogol dan penindasan kepada rakyat Malaysia sendiri.

Kita tengok di Lembah Kelang sekarang tentang isu warganegara asing.., mereka sudah berani membuka perniagaan di tengah Bandaraya Kuala Lumpur terutama di Chow Kit, seolah-olah tiada pemantauan di Pihak Penguatkuasa.

Berbalik kepada cerita di atas, kerajaan Malaysia diseru untuk menhadkan kemasukan orang asing ke negara ini..

Jangan sampai rakyat Malaysia merempat di bumi sendiri pada masa akan datang..

Kepada para gadis dan wanita diluar sana berhati-hatilah selalu tidak kira siang atau malam hari. Kepada wanita Islam jagalah aurat kamu, InsyaAllah Allah akan menjaga kamu.



kredit pos gambar dan info : John Charles Mitah/ Suara Sabah.

SEBAB HAWA DICIPTA KETIKA ADAM TIDUR!


Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.

MENGAPA DATUK SITI TIDAK BERGAMBAR DENGAN LELAKI?

Kami rasa tentu semua dah tahu terutama sekali peminat-peminat tegar Datuk Siti Nurhaliza mengenai pendiriannya yang enggan bergambar dengan mana-mana artis lelaki untuk tujuan photoshoot (majalah atau suratkhabar).

Rasanya ramai yang belum tahu bagaimana bermulanya pendirian Datuk Siti ini. Mungkin bukan insiden ini yang menjadi punca utama tapi sedikit sebanyak adalah kaitannya. Insiden ini diimbas semula oleh vokalis kumpulan Umbrella, iaitu Zarul yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka melalui laman blognya.
Teruskan membaca;


Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu cerita disebalik sesi fotografi ini.”4 jam Membisu”..(memang benar statement tu)Terlebih dahulu post ni bukanlah untuk menyinggung mana mana pihak cuma berkongsi pengalaman sajer
Sesi foto ini adalah untuk majalah URTV bersama wartawan Joha Ahmad,pada awalnya sessi ni adalah untuk cover URTV telah dijalankan di Sungai Congkak kalau saya tak silap la..

Juru make-up pula dibuat oleh juru make-up tersohor Zul Fadli. Saya sampai pagi ditemani oleh PR saya manakalah Datuk Siti Nurhaliza ditemani oleh Ayie-abangnya,sampai sajer kami di lokasi kami terus mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk ke lokasi penggambaran yang dikelolakan oleh jurugambar Jefri Iran

Apabila sampai jer Zul Fadli make-up kan saya dan Datuk Siti, dan setelah habis make-up Zulfadli 
memberi beberapa pasang baju untuk saya dan Datuk Siti..Baju baju yang diberikan kepada Datuk
kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis beliau dan juga kelihatan agak jarang,beberapa helai
baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli dan
Joha,kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.

Manakala Datuk Siti pun saya tengok macam nak menangis dek kerana baju2 yang tidak sesuai dari pandangan beliau.Mengikut Zulfadli baju2 tu agak senteng(nampak betis) pasal nak sesuaikan keadaan di lokasi iaitu di kawasan air terjun.

Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)
Lepas tu kita pun mula la shoot..saya rasa agak kekok untuk pose kerana tak begitu mengenali Datuk pada waktu itu di tambah pula abangya Ayie ada kat depan memerhatikan kami ..fuhh memang tak selesa,saya ni pulak jenis yang susah nak bercakap ngan orang jika orang tu pun susah nak bercakap macam saya lagi lah saya tak bercakap ..last2 kami diam jer..yang sibuk memeriahkan suasana adalah si Joha dan Zulfadli yang memberi arahan pose2 yang nak dilakukan

Setelah hampir 4 jam kami pun selesai dan ternyata Joha memang tak berpuashati dengan sessi tadi,dan sebelum bersurai dia sempat berbisik pada saya kebanyakn gambar tak ‘meriah dan tak meletop’ mungkin takkan jadi cover.

Selang beberapa minggu ianya disiarkan hanya satu mukasurat jer seperti yang anda lihat tu. Selepas dari sessi foto tu kedengaran desas desus yang Datuk Siti tak akan bergambar dengan artis lelaki ,pada saya ini adalah salah satu tindakan tegas beliau dalam menetukan hala tuju kerjaya beliau dan keputusan yang diambil itu nyata memberi impak yang baik kepada kerjaya insan seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ni.Saya respect la kat dia pasal dia berani menyuarakan pendapat mengenai pakaian yang harus dipakainya walaupun dia masih baru dalam bidang seni pada waktu itu

Jadi begitulah sedikit sebanyak coretan mengenai cerita disebalik gambar saya bersama biduanita seni tanah air Datuk Siti Nurhaliza.

Haaa… menarik kan? Kami sangat kagum dengan apa yang diputuskan oleh Siti Nurhaliza pada tahun 1996 ini. Ini gambar daripada majalah URTV tersebut.

Biarlah orang kata dia artis kampung sekalipun namun pegangan sifat “kampung” itulah yang membawa kepada tahap yang dia berada kini. Siti Nurhaliza adalah antara artis wanita yang bersih daripada kontroversi bergambar dengan lelaki.

Jauh beza dengan segelintir artis sekarang, tak gitu?

Tentang perkembangan terbaru Zarul Umbrella pula, khabarnya dia kini aktif sebagai seorang blogger dan memasarkan e-booknya yang bertajuk Rahsia Vokal. Mesti ramai yang teringin tengok Umbrella buatcomeback kan?

ANTARA KEJAYAAN UMNO DAN MIMPI PAS




Rakyat kini sedar warna politik yang dipakai oleh Pas, sebuah parti yang mendabik dada memperjuangkan Islam dan penubuhan Negara Islam sebagai objektif utamanya.

Tetapi adakah ini sebenar parti itu atau adakah Pas mempunyai agenda terselindung yang lain?

Bolehkah rakyat mempercayai pengakuan Pas sebagai sebuah parti yang memakai nama Islam atau perlulah rakyat menilai parti itu melalui tindak tanduknya samada ia selari dengan hasrat dan cita-cita yang dilaungkan?

Persoalan ini rasanya perlu ditanya setiap rakyat sebelum mereka yang layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti, tergerak untuk memangkah parti itu pada kertasnya.


Implikasinya besar kepada rakyat malah kepada negara jika tersilap undi parti yang ingin diamanahkan mengangkat martabat serta menjaga urusan pentadbiran negara.

Takut-takut nanti apabila dipilih parti tertentu umpamanya Pas, lebih khabar daripada rupa pula.

Jadi amat perlu dinilai perjuangan Pas kebelakangan ini samada ia berlandaskan apa yang tertera di dalam perlembagaan parti itu sejak penubuhan pada tahun 1951 atau ia telah berubah menjadi satu organisasi siyasah yang amat berbeza sekali dengan yang asli.

Berbeza dengan UMNO yang sebagai sebuah parti Melayu terbesar sejak terasas pada tahun 1946.

Perjuangannya amat jelas - Melayu dan Islam - agenda memartabatkan Melayu ingin diperjuangkan manakala syiar Islam diperkukuh dan dilindungi sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hasil perjuangan UMNO daripada dua matlamat utama itu juga jelas dan bukan samar-samar seperti Parti Al Islam Semalaysia atau Pas.

Sejak merdeka, bangsa Melayu di bela dan kebajikan mereka dijaga.

Menyingkap sekelumit sahaja hasil perjuangan UMNO akan menyedarkan rakyat apa yang telah dilakukan oleh parti itu untuk memperkasa agenda Melayu.

Dalam bidang pendidikan umpamanya, tanyalah mana-mana ibu bapa  Melayu atau saudara mara yang berkait dengan mereka, anak Melayu mana yang tidak pernah mendapat sentuhan perjuangan suci serta jihad UMNO?

Lihat sahaja statstik akan mengejutkan orang Melayu di mana berpuluh puluh ribu anak Melayu berjaya melanjutkan pendidikan di peringkat ijazah di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

Sementelahan itu berpuluh puluh ribu pula anak bangsa terutamanya dari kawasan luar bandar, kampung dan desa diberi peluang mendapat pendidikan di berpuluh puluh Maktab Rendah Sains MARA Sekolah Menengah Sains, Sekolah Sukan dan lain-lain.

Bagi anak-anak Melayu yang tercicir daripada sistem pendidikan pengajian tinggi pula, kerajaan yang ditunjangi UMNO masih membuka peluang dan diberi harapan kepada golongan ini dengan membina pusat-pusat Giat Mara, Institut Kemahiran MARA, Institut Kemahiran Belia Negara, serta Kolej Komuniti yang berselerak di seluruh negara.

Dalam aspek Islam pula, rakyat boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO menjaga memuliaan Islam sejak merdeka.

Jika diconggok, berbilion ringgit telah dicurahkan untuk memartabatkan Islam dan umat Islam oleh kerajaan berteraskan UMNO sejak dari zaman Perikatan kepada Barisan Negara kini.

Daripada pembinaan masjid, madrasah dan surau hinggalah kepada mewujudkan Bank Islam, universiti dan kolej Islam, sekolah agama berasama penuh, mahkamah syariah, sistem pajak gadai Islam, Baitul Mal, Perkim, antara lainnya.

Tidak sedikit pula anak-anak Melayu dihantar ke universiti-universiti teragung Islam di luar negara seperti Al-Azhar untuk menceduk ilmu agama serta mengembangkan syiar Islam.

Jika dibuat perbandingan ringkas ini di mana letaknya kedudukan UMNO sebagai sebuah parti Melayu-Islam dan Pas yang mendakwa seolah-olah mempunyai matlamat yang sama?

Bukti dan hasil UMNO sudah terbukti dan tidak perlu dipertikaikan lagi, bagaimana pula dengan Pas yang melaung siang dan malam bahawa ia parti Islam tersohor?

UMNO tidak secara spesifik menyatakan untuk menubuhkan Negara Islam berlandaskan syariah namun segala apa yang telah dan sedang dilakukan untuk Islam menjurus kepada pentadbiran yang sarat dengan nilai-nilai dan prinsip Islam.

Pas pula sudah 61 tahun wujud setelah berpisah daripada induk UMNO sebagai parti serpihan tetapi apakah bukti kejayaan yang boleh dikemukakan olehnya?

Ada satu masjid atau universiti atau bank yang telah berjaya diasaskan atau dibina oleh Pas.

Rakyat telah memberi peluang mebih 20 tahun kepada Pas untuk memerintah negeri Kelantan tetapi sehingga sekarang tanyalah penduduk luar bandar mahupun bandar negeri itu samada mereka mendapat bekalan air bersih yang berterusan.

Jika dibuka paip air di Kelantan, hanya air berwarna tanah liat akan keluar dan mungkin inilah sebenarnya menjadi kebanggaan Pas yang berjaya menyediakan air keladak dan selut kepada rakyatnya.

Kebanggaan Pas hanya berlandaskan kepada ciri-ciri julukan nama negeri Serambi Mekah di Kelantan, slogan Membangun Bersama Islam, jihad fisabilillah, bertakbir, kalimat Islam pada nama parti dan oh ya terbaru, Negara Berkebajika














WANITA INI MENGAHWINI BABI HUTAN!


Seorang wanita yang dikenali sebagai Mary Cooper, 29, telah bertindak pelik apabila saya membuat babi hitam sebagai suami untuk membenarkan babi untuk tidur di atas katilnya. Babi telah dinamakan Dinky.

Mary bekerja sebagai guru muzik di sekolah, kata dia jatuh cinta dengan babi hitam pada pandangan pertama, sebelum bertindak untuk mengahwininya.
"Saya membeli babi tahun lepas. Dinky babi adalah lucu dan menghiburkan," katanya.

Di samping babi hitam, Maria juga mempunyai 16 lain haiwan peliharaanya. Dinky adalah haiwan yang paling disayangi apa begitu bersedia untuk tidur dengan katil.


LELAKI PAKSA TEMAN WANITA PAKAI CAWAT BESI!


Seorang lelaki di China dilaporkan memaksa teman wanitanya memakai cawat besi yang mempunyai kunci.

Lelaki yang dikenali dengan nama keluarga, He yang berusia 29 tahun itu mula memaksa teman wanitanya yang di kenali sebagai Xiao Tian memakai cawat besi berkunci itu Ogos lalu apabila dia mengesyaki teman wanitanya berlaku curang dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Dia kemudiannya menyerang Xiao Tian dan mengunci wanita itu di dalam bilik tidur.

Pada keesokan harinya, dia membeli cawat besi berkunci itu menerusi internet dan mengarahkan teman wanitanya yang berumur 21 tahun memakainya ketika pergi bekerja setiap hari.

Setiap malam apabila Xiao Tian pulang dari bekerja, dia akan memeriksa cawat besi berkunci itu dengan teliti untuk memastikan ia tidak dibuka sepanjang ketiadaannya. Dia amat marah apabila menemui tanda-tanda kunci pada cawat itu telah diumpil dan dibuka menyebabkan dia hilang kawalan dan mula menyerang gadis itu.

Dia mengikat tangan dan kaki Xiao Tian dan mengurung wanita itu dalam tempoh yang agak lama sehingga menyebabkan wanita itu hampir mengalami tekanan mental dalam tempoh dia dikurung.

Pada 23 Ogos, Xiao Tian berjaya melonggarkan tali yang digunakan untuk mengikat tangannya. Beliau menulis nota yang berbunyi “tolong saya” dan mencampakkannya keluar dari tingkap. Ada orang yang berjaya menemui nota itu dan membuat laporan polis. Polis menyerbu rumah He untuk menyelamatkan Xiao Tian dan menahan lelaki itu serta-merta.

Dia disabitkan kesalahan menyekat kebebasan teman wanita yang menyalahi undang-undang dan dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Daerah Rakyat Qingyang di Chengdu baru-baru ini.

Jambatan RM150 Juta Terbengkalai



Hanya tinggal batu asas

Sebagaimana yang dijanjikan oleh UMNO Kelantan, di kesempatan Perhimpunan Agung UMNO 2012 mereka telahpun melunaskan janji untuk menegur dan mengkritik kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.

Isu yang agak menarik perhatian ramai ialah berkenaan skandal Lembah Sireh yang membabitkan pemindahan hak milik tanah negeri dan rakyat seluas 716.8 ekar bernilai sekitar RM300 juta tanpa mengikut prosedur kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.

Liziz Standaco adalah syarikat pemaju swasta yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu Kelantan.


Bagaimanapun projek mega tersebut yang pernah dibangga-banggakan oleh para pimpinan PAS Kelantan suatu ketika dulu, kini dianggap seumpama hantu mak lampir yang sering menghantui dan menghuru harakan pula kehidupan ramai pimpinan PAS negeri.

Lebih-lebih lagi selepas Pemuda UMNO Kelantan serta beberapa NGO baru-baru ini telahpun membawa isu ini kepada pengetahuan SPRM bagi membolehkan siasatan rapi dilaksanakan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dicekup.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Alwi yang mengupas isu tersebut turut mempersoalkan kegagalan pimpinan Kerajaan Negeri untuk mendesak syarikat swasta itu segera menunaikan janji sumbangan balas berbentuk pembangunan fizikal dan wang ringgit yang nilai keseluruhannya hampir RM400 juta.

Antara komponen fizikal tersebut termasuklah sebuah Jambatan Palekbang yang bernilai RM150 juta, sebuah Masjid, Stadium Tertutup Wanita dan beberapa komponen lain yang hingga kini telah gagal dibina walaupun telah melampau jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Lebih menyakitkan hati apabila selepas pertukaran hak milik itu dilakukan secara rasmi, lebih menyakitkan hati lagi bila sebahagian dari tanah itu dicagar pula kepada institusi kewangan oleh syarikat pemaju untuk mendapatkan pinjaman tunai berjumlah RM75 juta.

Sebetulnya jika segala perancangan dan proses pembangunan dipantau rapi oleh pihak Kerajaan Negeri sejak awal lagi, segala permasalahan ini dapat diatasi, dan paling penting pelanggaran prosedur dalam urusan pindah milik tanah juga dapat dielak.



MB Pahang jentik "telor" Guan Eng...

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

Adnan adalah ADUN Pelangai - satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Bentong.

Ditanya sama ada referendum mengenai Lynas itu hanya terhadap di Kuantan, Adnan menjawab: "... jika kita menang di Kuantan, selesai. Lynas bukan isu lagi."

Adnan yang juga pengerusi BN dan Umno Pahang menegaskan demikian ketika ditemui pemberita di perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Ditanya mengenai tahap keyakinannya dalam pilihan raya umum akan datang, Adnan berkata:

"Sangat, sangat yakin. (Kalau Lim) Guan Eng datang pun dia akan kalah. Betul. Jika MCA kalah di Bentong, MCA mesti tutup kedai.

"MCA adalah perimeter di Pahang, jika MCA kalah kepada DAP, lebih baik tutup kedai. Tapi jika MCA menang, DAP kena tutup kedai di Pahang," tegasnya.

Simbah Asid Pada Kemaluan Perogol



GEORGETOWN: Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong, petang semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat.
"Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.

Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.

Nasir berkata, lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama

gambar hiasan

Anwar dan Pakatan adalah Penjajah Ekonomi negara!!

Perwakilan Umno menyamakan pembangkang sebagai penjajah yang merosakkan ekonomi negara dan menggesa kesemua ahli parti bekerja keras untuk merampas semula negeri ditawan.

Seramai enam perwakilan membahaskan usul ekonomi yang dicadangkan oleh Datuk Seri Idris Jusoh kelmarin.

“Pembangkang ini umpama penjajah, sudah lupakah kita semasa dijajah dulu? Ekonomi orang Melayu ketika itu sangat teruk.

“Adakah kita mahu keadaan itu berulang?” kata Datuk Ramli Norani, perwakilan daripada bahagian Sungai Besar.

Ramli turut mengecam pembangkang menuduh negara akan bankrap selepas pembentangan Bajet 2013.

“Mereka kata kerajaan tidak pandai menguruskan ekonomi negara, tapi adakah mereka pandai memerintah negeri mereka?” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan tentang nasib kaum bumiputera semasa zaman penjajahan dahulu yang disifatkannya sebagai sangat menyedihkan.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengubah nasib kaum bumiputera, ramai peniaga-peniaga kecil sudah berjaya sekarang.

“Walaupun negara berhutang, tapi semua itu adalah demi untuk memberikan bantuan kepada rakyat,” tambah Ramli.

Sebelum itu, penyokong usul tersebut Senator Norliza Rahim, perwakilan daripada Bukit Gelugor turut senada apabila menuduh Pakatan Rakyat tidak pandai menguruskan ekonomi.

“Baru-baru ini di Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata nisbah hutang negara adalah 25.7 peratus dan dikatakan paling tinggi.

“Pada 2008, GDP (keluaran dalam negara kasar) ialah 5.7 peratus tetapi turun kepada 1.8 peratus dalam suku tahun ini.

Ini meletakkan Pulau Pinang di tangga ketujuh sedangkan suatu ketika dahulu sentiasa berada ditangga paling atas.

“Ini buktikan mereka tak boleh mentadbir dan pandai bercakap sahaja,” tambah perwakilan Wanita Umno merujuk kepada kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu.

Dalam usul ekonomi yang dibentang oleh Idris menyokong langkah oleh perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain kerana ia membantu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat.

Selain itu, Idris dalam pembentangan menggesa kerajaan memperkasakan lagi Skim Pembiayaan Mikro untuk usahawan kecil bumiputera dengan memberi penambahan peruntukkan dalam Amanah Ikhtiar Malaysia dan skim pembiayaan Tekun Nasional.

Semalam, Najib berkata Malaysia akan hilang kedaulatan dan ekonomi musnah dalam tempoh tiga tahun selepas PR memerintah.

Menurut Najib, jika janji-janji PR dalam Buku Jingga dilaksanakan, ekonomi negara akan musnah seperti negara Greece.

“Pada tahun pertama seandai (Buku Jingga) dilaksanakan, defisit bajet Kerajaan pusat akan melonjak kepada hampir 30 peratus.

“Kedua, menjelang tahun 2015 kadar nisbah hutang negara kepada KDNK akan melambung kepada 140 peratus.

“Dalam tahun ketiga, kita akan mencapai tahap keparahan dan hilang kedaulatan ekonomi seperti negara Greece,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan dasarnya presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Menurut Najib senarai janji-janji PR tidak lojik untuk dilaksanakan dan bertujuan untuk memancing undi bagi memenangi pilihan raya.

“Jika disenarai, mereka mendakwa kononnya mampu menjamin pendapatan purata bulanan setiap isi rumah Malaysia pada kadar RM 4000, menghapuskan tol dan hutang PTPTN, memberikan elaun khas kepada guru sebanyak RM 500 sebulan dan menaikkan royalti petroleum sehingga 20 peratus kepada negeri-negeri.

PALESTIN AKHIRNYA DIIKTIRAF SEBAGAI SEBUAH NEGARA OLEH PBB!


Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Sebelum ini, taraf negara Palestin ialah "non-member observer entity". Setelah memenangi undi di PBB, akhirnya Palestin dinaik taraf menjadi "non-member observer state"

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebahagian besar perwakilan PBB mengundi mengiktiraf negara Palestin, satu kemenangan yang lama dicari rakyat Palestin dan merupakan kekalahan diplomatik memalukan bagi Amerika Syarikat.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.

Video Penuh Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3


Video Penuh Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 | Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3 | Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3. Rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 minggu 3 baru sahaja tamat disiarkan pada jam 10.00 malam tadi. Jom tonton video penuh Maharaja Lawak Mega 2012 minggu 3 di sini. Untuk senarai lengkap peserta Maharaja Lawak Mega 2012, korang boleh tengok kat SINI.

Video Penuh Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 3





















Cium pipi je, mak tak marah pun - Gadis bertudung

Gambar hiasan

Gadis bertudung upload gambar bercium dalam Facebook. "Cium pipi je, mak tak marah pun," itulah kata-kata dan jawapan seorang gadis bertudung yang tidak segan silu memuat-naik gambarnya sedang bercium di Facebook apabila ditanya oleh rakannya. Bahaya sebenarnya kalau upload gambar macam ini dalam Facebook kerana ianya bukan sahaja memalukan diri sendiri tetapi juga mungkin berdepan risiko gambar berkenaan disalahgunakan oleh orang lain.


Video promo Adam dan Hawa episod 57 - 60


Video promo Adam dan Hawa episod 57 - 60 | Promo Adam dan Hawa episod 57 - 60 | Adam dan Hawa episod 57 - 60. Drama Adam dan Hawa akan kembali bersiaran pada Isnin minggu depan (3 Disember 2012). Berikut ialah video promo Adam dan Hawa episod 57 - 60. Jangan lupa untuk saksikan drama Adam dan Hawa episod 57 hingga 60 minggu hadapan yang bersiaran dari hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam secara eksklusif di Mustika HD (134). Blog ini seperti biasa akan menyediakan video penuh bagi setiap episod minggu depan untuk tontonan korang yang tidak sempat menonton di saluran Mustika (134). Sedikit preview mengenai Adam dan Hawa episod 57 - 60 minggu depan :-
Ain sudah dapat menerima Adam Mukhriz dalam hidupnya sebagai suami selepas mengetahui Adam telah berubah menjadi seorang lelaki yang baik hati dan bertanggungjawab. Setelah bertemu Johan untuk menerangkan hal sebenar, Eja bertemu Azie pula untuk misi yang sama. Adakah Azie dapat menerima kenyataan yang Johan telah memilih Eja dan bukan dirinya sebagai teman wanita? Apakah tindakan Dee seterusnya untuk menghancurkan kebahagian baru Adam dan Ain?
Video promo Adam dan Hawa episod 57 - 60

6 Gambar wanita bertudung paling cantik di Malaysia

Korang tahu tak Top 6 wanita bertudung paling cantik di Malaysia? Jom tengok 6 gambar wanita bertudung paling cantik di Malaysia yang dipaparkan di bawah.







WOW!! Video Fida menari SEKSI berbaju ketat...

Perghhh..., tak sangka Fida ni pandai menari jugak yee.. Dulu gua ingat minah ni memang pemalu giler masa gambar dia tak pakai tudung disebarkan oleh Mamat Sepah..

Ye la.., masa tu Fida bukan main menangis la bagai dalam TV pasal katanya maruah dia tercalar ekoran insiden nampak rambut tu kann.. Memang innocent lah kononnya masa tu..

Tapi sekarang ni tup-tup keluar video klip Fida ni menari... Errr..., ni bukan kira mencalarkan maruah dia sebagai wanita yang penuh sopan santun ke beb?

Tu belum kira lagi pasal tudung ala-ala zaman Firaun yang Fida pakai dalam video tu.. Dah macam serban benggali gua nampak..

Apapun.., lagu olahan semula Apo Kono Eh Jang ni memang layan habis.. Suara rapping AC dan jugak suara manja Fida memang ngam!! Stellar Band pun hebat!!

Korang bayangkan je lah.., gua yang bukan orang nogori ni pun boleh terbawak-bawak nyanyi lagu ni dalam bilik air.. Tapi bukan versi Penang lah yee...

Maknanya.., kira hebatlah tu beb!! Selama ni asyik nyanyi lagu Angin Malam je kann.., boring lah jugakk...

Korang percayalah.., lagu ni memang mantop!! Memang meletop!! Negeri Sembilan memang TERBAEKK!!!


p/s: Nak kena cari awek Nogori lah sorang nampaknya nih.. Ada sesapa anak nogori nak volunteer jadi awek gua?? Tak rugi jadi awek blogger No.1 ni tauu... Hahahaha..

Puteri UMNO Berskirt Ketat Di Perhimpunan UMNO 2012 ?



Sekali tengok mungkin tak perasan apa yagn membezakan 2 awek ni dengan orang lain

Tapi kalau lihat gambar penuh mesti hangpa terkejut..Aku tak pasti sama ada depa ni orang tempatan atau bukan, sebabnya cara depa pakai ni pelik sangat dari orang lain.

Lagi pun gambar ni diambil dari belakang jadi susah nak teka


MI..kepada cai pakatan janganla teruja sangat dengan tajuk kat atas...

Kerana dikecewakan ramai lelaki, gadis ini nikahi anjing


Seorang gadis cantik dikenali Emily Mabou, 29, bertindak menikahi seekor anjing selepas banyak kali dikecewakan ramai lelaki yang pernah menjadi teman lelakinya. Emily yang berasal Desa Aburi, Togo, mengatakan, hanya pada anjing berkenaan sahaja dia melihat sifat jujur yang didambakannya selama ini.
”Saya sudah berkawan dengan ramai lelaki tetapi mereka semua sama saja. Mereka hanya inginkan hubungan seks dan suka berbohong. Anjing saya lain, dia baik, setia pada saya dan selalu menghormati saya,” jelas Emily.
Perkahwinan Emily dan anjingnya dilangsungkan oleh seorang paderi tempatan dengan dihadiri ramai kenalan serta penduduk setempat. Bagaimanapun, majlis ini tak dihadiri ahli keluarga Emily kerana mereka menganggap perbuatan Emily tidak masuk akal.

Amy Search Datang Perhimpunan Agong UMNO 2012


Amy Search atau PAPA ROCK tidak ketinggalan datang Persidangan Agong Terbesar Di Dunia Orang Melayu di PWTC.

Beliau melahirkan rasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian dari pemerhati Persidangan UMNO 2012.

Awang hitam mati dibelasah lepas cabul Makcik Cleaner..

Seorang lelaki warga Nigeria mati setelah dibelasah kerana mencabul seorang wanita tempatan di Kondominium Venice Hills di Batu 9, Hulu Langat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa berusia 35 tahun merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta telah mencabul kehormatan seorang tukang cuci wanita berusia 43 tahun di kondominium itu pada 11 pagi.

“Wanita tersebut telah dipeluk dan dicium dari belakang oleh lelaki Nigeria itu yang juga menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Wanita itu bagaimanapun berjaya melepaskan diri dan melaporkan kejadian itu kepada tujuh orang anggota Rela yang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini.

Ab Rashid berkata menyedari perbuatannya diketahui, lelaki Nigeria itu telah cuba melarikan diri ke kawasan lobi kondominium menggunakan lif namun dia berjaya ditahan oleh anggota Rela berkenaan.

Beliau berkata, anggota polis yang tiba ke tempat kejadian kemudian mendapati lelaki Nigeria itu yang diikat berada dalam keadaan tidak bermaya dan terus membawanya ke sebuah pusat perubatan terdekat, namun disahkan mati sebaik tiba.

Katanya, mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Ab Rashid berkata, kesemua tujuh anggota Rela itu yang berumur lingkungan 20-an telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih menyiasat sama ada lelaki Nigeria tersebut mati akibat dipukul menggunakan senjata atau sebaliknya.

Beliau berkata, ekoran kejadian itu beberapa lelaki Afrika telah berkumpul dan melahirkan rasa tidak puas hati mereka tetapi berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Sementara itu saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Abu berkata, kira-kira 200 lelaki Afrika telah merusuh sebelum ketibaan pihak polis dan mereka telah merosakkan beberapa harta awam seperti pondok pengawal dan bilik gerakan Rela.

“Saya nampak mereka telah merusuh apabila mendapat tahu rakan mereka telah mati dan kejadian ini telah menakutkan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang sering mabuk sebelum ini pernah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. – Bernama

Pemimpin Parti Beli Dara Jururawat

Gambar Zhao Hongxia, 23, yang jual dara berharga RM25,000 kepada Lei Zhengfu, seorang pegawai Parti Komunis China merangkap ketua parti komunis peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China. 

Zhao Hongxia bertindak demikian bukan kerana rela hati tetapi terpaksa demi membiayai kos perubatan bapanya yang sakit tenat. Kini, gadis cantik ini tidak lagi melacur seperti 3 tahun lepas tetapi sudah bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital.






Video Drama Adam dan Hawa episod 56


Video Drama Adam dan Hawa episod 56 | Video Adam dan Hawa episod 56 | Adam dan Hawa episod 56. Jom tonton di sini secara online episod terbaru drama Adam dan Hawa. Untuk menonton video drama Adam Dan Hawa episod 56, korang boleh layan video yang disediakan di bawah.

Video drama Adam dan Hawa episod 56



Gambar Zhao Hongxia yang jual dara berharga RM25,000

Gambar Zhao Hongxia, 23, yang jual dara berharga RM25,000 kepada Lei Zhengfu, seorang pegawai Parti Komunis China merangkap ketua parti komunis peringkat daerah di Chongqing, bandar di barat daya China. Zhao Hongxia bertindak demikian bukan kerana rela hati tetapi terpaksa demi membiayai kos perubatan bapanya yang sakit tenat. Kini, gadis cantik ini tidak lagi melacur seperti 3 tahun lepas tetapi sudah bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital.





Ada jugak yang buta perut dalam JPJ tu yee...


Dalam sibuk-sibuk pihak JPJ berkerjasama dengan syarikat AES untuk mendidik pemandu di Malaysia mematuhi undang-undang, rupanya di pihak JPJ sendiri ada yang buta perut..

Punyalah besar signboard petak khas OKU kat situ, tapi besar tu jugak la batu dalam kepala pemandu didalam gambar tu untuk parking kat kawasan berkenaan.

Kalau penguatkuasa sendiri tak boleh nak ikut undang-undang, baik jangan jadi penguatkuasa.. Itu makan gaji buta namanya beb..

Dan sepanjang pengetahuan gua, tak ada pemandu OKU dalam Jabatan Pengangkutan Jalan.. Mungkin dorang baru ambik agaknya kot untuk memenuhkan parking khas tu..

Gua cakap betul.., gua memang anti pada sesapa yang parking di petak OKU ni kalau dia tu bukan kurang upaya..

Bagi gua, orang biasa yang parking di petak OKU tu adalah kategori orang kurang waras dan pemalas tahap biawak..

So tak sangka pulak dalam JPJ sendiri ada spesis macam tu.. Memang hamlau betul!! Puiii !!!

Aksi pasangan menari paling hebat di dunia

Tahukah korang semua, aksi pasangan menari paling hebat di dunia ada ditunjukkan dalam gambar di bawah. Sepasang suami isteri yang sudah hampir dimamah usia masih begitu bahagia menari bersama-sama. Inilah yang dikatakan hubungan cinta hingga ke hujung hayat hidup.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More