Pihak pembangkang telah menyalah tafsirkan ucapan maaf DS Najib semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC. Dalam ucapannya DS Najib berkata "Di atas segalanya sebagai kepimpinan parti dan kerajaan, kami menyusun jari nan sepuluh memohon maaf atas kekhilafan".
Pada hemat pembangkang, permintaan maaf DS Najib seolah-olah menggambarkan Umno dan BN telah banyak buat silap dalam membela nasib rakyat. Justeru mereka menyeru agar beralih kepada PR yang lebih islamik kononnya. PR juga berpendapat adalah menjadi mimpi ngeri bagi mana-mana pemimpin mengucapkan kata-kata maaf kepada rakyat. kata-kata maaf boleh menentukan jatuh bangunnya seorang pemimpin.
Dalam konteks kehidupan, kata-kata maaf tidak akan menyebabkan seseorang itu menjadi hina, malah akan lebih dipandang mulia di sisi manusia dan Tuhannya. Sebagai manusia biasa, sudah barang tentu tidak terlepas daripada melakukan silap sama ada disedari mahu pun tidak. Lantaran sebagai pemimpin yang berjiwa murni dan ikhlas untuk berkhidmat kepada anak bangsa, DS Najib tidak kekok menzahirkan permohonan maaf terbuka dihadapan ribuan rakyat sama ada yang berada di dewan mahu pun yang melihat ucapan beliau di kaca tv.
Khalifah Abdul Malik bin Marwan ada berkata "Semulia-mulia manusia ialah siapa yang menpunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat".
Nabi juga telah bersabda iaitu : “Ada tiga perkara apabila dilakukan akan dilindungi Allah dalam peliharaan-Nya, ditaburi rahmat-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga iaitu apabila diberi ia berterima kasih, apabila berkuasa ia suka memaafkan dan apabila marah ia menahan diri.” (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)
Keterbukaan DS Najib meminta maaf menunjukkan bahawa beliau seorang yang memiliki akhlak mulia dan kekayaan hati. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, amat sukar bagi seseorang untuk mengucapkan rasa maaf.
Pada prinsipnya, manusia yang sedia meminta maaf dengan ikhlas dan secara terbuka walaupun menyedari kesalahan itu dilakukan orang lain dilihat memiliki akhlak yang mulia dan terpuji. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawaduk, sukar bagi manusia memohon maaf.
Memohon maaf atas kesalahan juga satu manifestasi dan pancaran keimanan, kesucian hati dan ketinggian akhlak seseorang. Ia selaras akhlak dan sunnah Baginda Rasulullah SAW sebagai seorang yang paling pemaaf lagi mulia sifatnya.
Bagi mereka yang melakukan kesalahan padanya, tidak salah merendah diri dan memaafkan kesalahannya. Kasih sayang itu Allah tidak kurniakan secara percuma. Hanya yang ikhlas saja akan diberi ganjaran.
Kita wajar merenungi firman Allah yang bermaksud: “Terima kemaafan dan suruh dengan perkara yang baik serta berpaling (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil.” (Surah al-‘Araf, ayat 199)
Justeru, sikap mudah rasa bersalah walaupun atas perkara remeh perlu ditanam dalam diri Muslim. Hakikatnya, tanpa sikap saling memaafkan, kehidupan manusia terus dibelenggu pelbagai masalah, terutama perkara berkaitan kehidupan bermasyarakat.
Ucapan maaf secara terbuka ini amat jarang dilakukan oleh pemimpin PR. Sebagai contoh dalam isu mendoakan kehancuran Umno dan orang Islam, Nik Aziz langsung tidak menunujukkan rasa bersalah apatah lagi untuk memohon maaf. Nik Aziz boleh dikatakan memiliki kemiskinan hati. Begitu juga dengan para pemimpin PR yang lain. Tiada sekelumit pun dalam hati mereka menyedari bahawa sebagai insan yang bukan maksum, tak pernah lari dari salah dan silap. Dek kerana ujub dengan amal yang ada, maaf adalah sesuatu yang tidak perlu. Apa yang mereka lakukan semuanya benar belaka.
Jadi jelas ucapan maaf DS Najib menepati ciri-ciri seorang pemimpin yang memiliki keikhlasan hati dan tidak sedikit pun rasa terhina dengan perbuatannya.
0 comments:
Post a Comment