Penjaring Malaysia
Dakwaan blog pro pembangkang bahawa lawatan Najib ke kem latihan skuad Harimau Malaya sebelum pertemuan dengan singa selatan membawa sial adalah tidak berasas. Walaupun diakui prestasi pasukan kebangsaan mengalami turun naik. Namun sialnya sesuatu barang, peristiwa dan orang tiada kaitan dengan seseorang.
Penulis blog tersebut mungkin terlupa atau buat-buat lupa yang pasukan kebangsaan pernah tewas tanpa lawatan Najib. Malah pasukan terkemuka dunia sekali pun ada pasang surutnya dan tidak pernah terlepas dari situasi berkenaan. Latihan telah dijalankan, strategi telah diatur rapi, kesungguhan dan nasib sahaja yang menentukan segalanya. Sama ada menang, kalah atau seri.
Sebenarnya tekanan adalah adat dalam mana-mana perlawanan. Tekanan itulah yang akan menjadikan sesebuah pasukan matang dan senantiasa bersiap siaga menghadapi apa jua cabaran. Dalam skop yang lebih luas lagi, tekanan juga wujud dalam kehidupan seharian, waima dalam institusi keluarga yang kecil sekali pun.
Kemenangan Malaysia 4-1 ke atas Laos menyangkal sama sekali dakwaan bahawa najib membawa sial. Sebenarnya aura sempena ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 ternyata menyuntik semangat para pemain. Dan aura itu dapat dirasai hingga mereka merasakan satu keajaiban perlu dilakukan. Insyaallah selepas ini pasukan kebangsaan akan menunjukkan taring yang sebenar.
Jadi kekalahan pasukan kebangsaan kepada Singapura bukan satu isu besar. Berdasarkan rekod, para pemain kita juga pernah menewaskan Singapura. Pasukan Kelantan yang berasal dari serambi mekah pernah tewas kepada pasukan Felda 2-0 pada 2011, walhal pasukan tersebut pernah menjadi bahan belasahan 6-0.
Apakah kekalahan Kelantan boleh dikatakan negeri serambi Mekah itu sudah tidak berkat lagi. Justeru boleh disimpulkan bahawa Nik Aziz juga pembawa sial. Bukankah Nik Aziz boleh mendoakan agar membuang sial yang ada? Tapi kenapa masih lagi kalah? Jelas Nik Aziz tak pernah berdoa untuk kejayaan Red Warrior atau doanya sudah tidak mendapat tempat disisi Allah.
Satu yang perlu diingatkan di sini, siapakah yang menerajui pasukan Kelantan hingga mampu sampai ke tahap ini. Walaupun Kelantan negeri Pas, tapi Anuar Musa dapat menyelit untuk menerajui Kelantan, kejayaan demi kejayaan terus dikecapi hingga dua kali mengungguli Piala Malaysia.
Anuar Musa adalah orang Umno yang berjaya membawa Kelantan ke puncak. Najib juga adalah orang Umno dan Presiden Umno. Tidak timbul isu sial atau tidak.
Tak pernah dalam sejarah bola sepak negara, pasukan negeri yang diterajui oleh pemimpin pembangkang menang merangkul juara dalam Piala Malaysia. Nasihat penulis, mana-mana negeri pakatan yang inginkan pasukan negeri berjaya, bukan sahaja perlu diuruskan oleh orang Umno/BN, tapi keseluruhan sistem pentadbirannya harus ditukarkan sekali.
0 comments:
Post a Comment