Tuesday, November 27, 2012

Erra Fazira Ratu Cantik Melayu Terakhir



Fatwa yang diwartakan pada 1996 menyatakan bahawa adalah haram dan berdosa bagi orang Islam menyertai atau menganjurkan atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik.

Itu adalah fatwa yang dikeluarkan oleh JAWI di bawah seksyen 34 - Akta Pentadbiran Undang-undang Islam.  

Malaysia sebenarnya tidak ketandusan calon yang jelita dan menawan untuk menyertai pertandingan ratu cantik, dan Malaysia mula menghantar wakilnya ke Miss World sejak 1997. 

Namun selepas fatwa dikeluarkan dan tidak membenarkan peserta beragama Islam menyertainya, Erra Fazira merupakan peserta Melayu terakhir yang turut serta dalam Miss Malaysia. Beliau dimahkotakan sebagai ratu pada tahun 1994. Bermula dari dunia ratu itulah nama Erra Fazira terus meniti dari bibir ke bibir sehingga beliau menjadi ikon artis pada zaman kegemilangannya.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More