Friday, November 30, 2012

Ada jugak yang buta perut dalam JPJ tu yee...


Dalam sibuk-sibuk pihak JPJ berkerjasama dengan syarikat AES untuk mendidik pemandu di Malaysia mematuhi undang-undang, rupanya di pihak JPJ sendiri ada yang buta perut..

Punyalah besar signboard petak khas OKU kat situ, tapi besar tu jugak la batu dalam kepala pemandu didalam gambar tu untuk parking kat kawasan berkenaan.

Kalau penguatkuasa sendiri tak boleh nak ikut undang-undang, baik jangan jadi penguatkuasa.. Itu makan gaji buta namanya beb..

Dan sepanjang pengetahuan gua, tak ada pemandu OKU dalam Jabatan Pengangkutan Jalan.. Mungkin dorang baru ambik agaknya kot untuk memenuhkan parking khas tu..

Gua cakap betul.., gua memang anti pada sesapa yang parking di petak OKU ni kalau dia tu bukan kurang upaya..

Bagi gua, orang biasa yang parking di petak OKU tu adalah kategori orang kurang waras dan pemalas tahap biawak..

So tak sangka pulak dalam JPJ sendiri ada spesis macam tu.. Memang hamlau betul!! Puiii !!!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More