Peringatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai bahaya ideologi songsang dibawa pembangkang harus menyedarkan rakyat mengenai bahana yang menanti jika rakyat memilih pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ketua Pemuda UMNO Keningau, Azman Ruslan, berkata ucapan Muhyiddin bukan setakat memperjelas sifat pembangkang yang songsang, malah memperkukuh keyakinan rakyat bahawa pembangkang tidak layak mentadbir negara.
Memang pembangkang songsang. Ucapan Timbalan Presiden menjelaskan siapa pembangkang sebenarnya. Kita harap rakyat membaca itu dan akan jadi masalah jika kita menerima pembangkang,” katanya.
Beliau mengulas ucapan dasar Muhyiddin ketika merasmikan serentak Persidangan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri, malam tadi.
Azman berkata, pengundi dan rakyat harus menolak pembangkang yang menghalalkan umat Islam bebas mengamalkan agama sama seperti penganut agama lain selain Islam.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal, berkata Pemuda negeri akan terus berjuang sehingga ketitisan darah terakhir bagi merampas kembali Selangor daripada pembangkang.
“Ucapan Timbalan Presiden UMNO memberi kekuatan dan semangat baru untuk Pemuda bangkit dan berjuang habisan-habisan membongkar segala kelemahan dan janji kosong pimpinan pem
0 comments:
Post a Comment