Thursday, November 29, 2012

Mati Lepas Curi-curi Keluar



KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.
Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.
Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.
Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.


Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.
Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.
Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.
Sementara itu Siti Khadijah tidak dapat menerima hakikat kerana tidak dapat berjumpa dengannya sebelum mati.
Malah beliau menuduh ibu dan adik mangsa yang menjadi punca nahas tersebut. Dalam twitternya berbunyi "sampai mati aku tak kan maafkan korang".
MI - kekasih Khadijah boleh disifatkan sebagai seorang yang kurang imannya kerana tidak dapat menerima ketentuan takdir. Bukankah salah satu rukun iman ialah percaya kepada qada dan qadar. 
Dahlah kurang iman, masih lagi menuduh ibu mangsa sebagai punca pula. Allah Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. Ada hikmah di setiap kejadian. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More