Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.
Ia dinamakan sempena John Langdon Down, doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866.
Keadaan ini bercirikan oleh gabungan perbezaan besar dan kecil pada struktur badan.
Sering kali Sindrom Down dikaitkan dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga perwatakan muka. Sindrom Down biasanya dikenal pasti semasa kelahiran.
Mereka yang mempunyai Sindrom Down berkemungkinan mempunyai keupayaan kognitif lebih rendah berbanding purata, sering kali antara sedikit kepada serdahana terencat akal.
Kelemahan perkembangan seringkali ditonjolkan sebagai kecenderungan terhadap pemikiran konkrit.
Disebabkan kelemahan yang dikaji dalam kecacatan diri mereka, sesetengah pesakit Sindrom Down akan dijaga kehidupan mereka dengan rapi kerana kebanyakan dari mereka tidak boleh menguruskan diri sendiri.
Tetapi, berbeza bagi seorang gadis yang berasal dari August, Georgia ini.
Dia adalah seorang gadis yang menghidap Sindrom Down sejak lahir lagi.
Namun, kacacatan yang dialaminya tidak langsung menunjukkan dia berbeza dari manusia normal lain.
Buktinya, dia telah dinobatkan sebagai homecoming prom queen di sekolahnya.
Bukan itu sahaja, dia adalah merupakan pelajar yang cemerlang di sekolahnya.
0 comments:
Post a Comment