Dia dikatakan antara artis paling seksi di Malaysia. Sekalipun hanya berkemeja-T, ia sudah cukup membuatkan mata lelaki berpaling ke arahnya kerana gaya nakal dan susuk tubuh yang menggiurkan. Begitulah pelakon yang pernah digelar ‘Pamela Anderson Malaysia’.
Lana Nordin tidak pernah menganggap imej seksi sebagai bonus atau platform pintas untuk menjadi popular sehingga dijolok sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’.
“Ada orang cakap saya perasan, menggelarkan diri sebagai ‘Pamela Anderson Malaysia’. Walhal gelaran itu dicetuskan oleh kawan-kawan wartawan hiburan yang menulis cerita saya sebelum ini.
“Cuma saya tidak pernah marah kerana faham pemilihan sesuatu tajuk yang menangkap sebagai strategi pemasaran. Apa yang pasti, gelaran itu bukan kerana saya ghairah atau berangan hendak jadi macam bintang Playboy itu.
“Walaupun saya tidak nampak di mana persamaan saya dengan Pamela itu, secara logiknya saya faham ‘bahagian mana’ pada diri saya yang menyebabkan gelaran itu diberikan orang.
Memang saya tidak boleh menghalang tanggapan dan pandangan orang terhadap diri saya meskipun saya akui apabila kerap kali orang membicarakan soal ‘bahagian itu’, saya jadi rimas! Muak!
“Mana tidaknya, apabila sebut saja nama Lana Nodin, orang bercakap pasal aset tubuh saya dan bukannya bakat,” katanya.
0 comments:
Post a Comment