Sunday, November 4, 2012

WARGA EMAS MATI DIHEMPAP POKOK!


ALOR SETAR : Rutin harian seorang warga emas sejak 25 tahun lalu mengayuh basikal sejauh satu kilometer ke tempat kerja berakhir kelmarin apabila dia maut dihempap pokok tumbang ketika hujan di Batu 10, Kota Sarang Semut di sini kelmarin.

Abd. Ghani Hashim (gambar kecil), 58, yang merupakan juruwang sebuah stesen minyak maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk di tengkuk dan kepala dalam kejadian pada pukul 6 petang.

Kejadian berlaku kira-kira 50 meter dari tempat kerja mangsa yang tinggal di Batu 11, Jalan Pendang dekat sini.

Menurut isteri mangsa, Pawan Awang, 44, ketika suaminya keluar dari rumah pada pukul 5.45 petang, dia bersama dua anak, Siti Nur Puspayanti, 24, dan Mohd. Irman, 10, tiada di rumah kerana ke Pendang membeli barang.

Katanya, dia mengetahui kejadian itu daripada abangnya, Ramli, 47, yang bergegas ke tempat kejadian sejurus diberitahu penduduk kampung.

“Tiada perubahan luar biasa pada arwah sebelum keluar bekerja,” kata Pawan yang bekerja sebagai pembantu di kedai makan. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More