Macam ni nak lawan dengan Guan Eng ke? Alamatnya kirim salam la beb.. Patut la apek Melaka tu konfiden sangat untuk kekalkan Penang pada PRU akan datang.., rupanya Ah Beng tau lawan dia tu bukannya cerdik sangat punnn...
Cuba korang fikir.., selama ni puak-puak Pas dok jaja bahawa Guan Eng memang Islamik dan sanggup bagi bantuan untuk hal ehwal Islam di Penang.. Padahal, apek tu bagi tak banyak manapun kalau nak dibandingkan dengan masa BN perintah dulu..
Tapi yang mangkuk hayunnya kepala BN yang baru dilantik ni.., dia persoalkan peruntukan terhadap umat Islam oleh DAP negeri dan desak supaya Dewan Perbandaran Cina diberi peruntukan lebih.. Cerdik ke tu beb?
Semua orang tau.., di Penang ni majoriti melayu masih lagi sokong Umno dan ini dibuktikan dengan Umno menang di 11 kerusi seluruh negeri masa PRU12 dulu.. Parti komponen lain ada apa khususnya parti kaum cina iaitu Gerakan dan MCA??
Semua ni secara tak langsung menunjukkan bahawa majoriti kaum cina tolak BN dan juga tolak Gerakan serta MCA.. Gua terfikir.., kaum cina di Penang ni nak apa sebenarnya beb?? Nak kemajuan? Nak kemakmuran? Nak berniaga? Gua rasa semua tu Najib dan Umno dah bagi pada dorang..
Yang gua respek pada Ah Beng ialah dia sedar pasal semua ni.. Guan Eng tau cina akan tetap sokong DAP disebabkan kuasa dan peluang untuk kawal kerajaan.. Sebab tu lah Guan Eng pilih untuk tarik pengundi melayu/islam supaya terima DAP.. Caranya.., dia gula-gulakan orang melayu di Penang dengan modal peruntukan agama..
Walaupun Guan Eng bagi seratus setahun untuk ibu tunggal dan warga emas.., dua tiga ratus setahun untuk cikgu Kafa.., tiga empat ratus setahun untuk Tok Imam dan Siak masjid.., tapi bagi puak-puak Pas.., itu dah cukup untuk dorang jadikan modal kononnya Guan Eng tu perjuangkan Islam..
Puak-puak macai Pas tu tak tau yang DAP dan kroni dia songlap lagi banyak dari apa yang dorang bagi pada orang melayu di Penang beb.. Senang kira macam ni lah.., Guan Eng bagi seringgit pada orang melayu.., tapi dia sakau 10 ringgit masuk poket.. Terer sungguh kann..
Inilah taktik yang Guan Eng guna di Penang untuk tarik hati melayu di Penang.. Yang bodohnya.., kepala BN baru di negeri ni cari pasal pulak dengan pertikaikan sumbangan untuk hal ehwal agama Islam..
Kononnya dia nak suruh cina marah kat Guan Eng.., tapi dia tak sedar yang orang melayu negeri akan lagi marah kat dia..
Jangan ingat orang tak tau.., walaupun DAP bagi peruntukan kecik untuk agama Islam di Penang, tapi kaum cina kat sini mewah beb dibawah pemerintahan DAP.. Cuma semua ni tak didedahkan je kepada pengetahuan umum...
So..., dalam Umno dok buat kerja untuk menang 15 kerusi masa PRU nanti di Penang ni.., kepala BN negeri pulak dok buat taik pertikaikan benda yang tak patut dipertikaikan..
Pasal tu lah gua musykil samaada Najib betul ke pilih orang ni beb.. Kalau jentera parti yang dominan dalam BN negeri pun kepala BN ni tak pandang.., rasanya boleh ke dia bawak parti dia yang hidup segan mati takmau tu untuk menang beb?
Nasib baik laa ada Umno dan jentera parti yang bertungkus lumus demi jaga maruah Najib.. Kalau nak harap puak-puak tu.., kelam la masa depan nampaknyaaa...
p/s: Korang tunggu lah lepas ni gua nak mengamuk.. Ada lagi yang akan terlondeh lepas ni... Lagi panas dan lagi meletop beb....
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.
"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.
Kenyataan berkenaan, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".
Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.
Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.
"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.
0 comments:
Post a Comment