Friday, December 14, 2012

HOT!! Gambar spyshot Proton Preve versi Hatchback..


First time gua dengar pasal Proton versi hatchback ni adalah pada bulan 5 dulu beb.. Masa tu baru sebulan je Preve dilancarkan..

Selepas kecoh jugak la diperkatakan mengenai model hatchback tu.., sekarang ni dah muncul gambar Preve versi kontot ni yang sedang dipandu uji di lebuhraya..

Khabarnya.., Proton tengah giatkan usaha untuk keluarkan model versi hatchback ni bagi pasaran pertengahan tahun depan..


Gua dimaklumkan, Preve hatchback ni akan diinspirasikan dari model Lexus CT200h.. Cuma bahagian depannya saja dikekalkan dari versi asal..

Patutlah gambar spyshot model p332a dalam blog funtastickodesign ni nampak lebih kurang model kereta Jepun tu beb..

Apapun.., gua harap Proton akan hasilkan yang terbaik buat rakyat Malaysia.. Majulah Proton untuk negara!!


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More