Pertunjukan ini pasti akan membuat sesiapapun tercengang dan tergamam seketika.
Bayangkan, tubuh anda digilis jentera berat seperti yang digunakan untuk meratakan simen.
Pasti hancur dan rata anda dibuatnya.
Dulu, pertunjukan ini selalu dilakukan oleh Chris Angel dan diteruskan oleh Master Limbad dalam pertunjukan The Master RCTI.
Jom kita bongkarkan rahsianya!
Mula-mula, si kebal berjalan di atas kaca dan memijak-mijaknya tanpa sedikitpun rasa kesakitan.
Taktik ini boleh dilakukan semua orang.
Untuk pengetahuan anda, gentian kaca juga boleh ditukarkan dengan gentian plastik yang kelihatan seakan-akan kaca.
Kemudian, si kebal akan betiarap di atas karpet.
Kemudian, jentera berat yang digunakan untuk meratakan simen akan mula menggilis si kebal dengan perlahan-lahan.
Mula-mula, pada bahagian kaki, si kebal mula merintih dan teriak seakan-akan berada dalam kesakitan.
Selepas itu, jentera berat yang digunakan akan mula menggilis perut beliau.
Si kebal yang berteriak kesakitan akan membuatkan penonton tergamam dan tercengang.
Keadaan tegang itu akan meyakinkan penonton bahawa jentera itu benar-benar menggilis si kebal.
Jentera kemudiannya akan reverse dan si kebal apa lagi, teriak la dengan sekuat-kuatnya.
Penonton aku terkejut melihat badan si kebal masih kelihatan utuh dan seperti sediakala.
Dengan itu, ia dapat meyakinkan bahawa si kebal adalah lelaki kebal.
Gila!! Takkan la badan kena gilis tak hancur?
Jom kita bongkarkan rahsianya!
Di bawah karpet tempat si kebal bertiarap itu terdapat satu kotak yang benar-benar mengikuti tubuh si kebal.
Di bawah itu, di isi dengan span mudah lentur seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
Nampak tak permainannya?
Macam biasa, ketika digilis, badan tertolak ke bawah dan tak merasa sakit dan ketika jentera reverse, badan akan tertolak naik semula.
Sebab itu la trik ini tak menggilis badan sepenuhnya. Maksudnya, tak menggilis kepala.
Kalau dia bantai kepala sekali, alamat hancur la kepala si kebal tu.
Eh, boleh tak cari kerja lain selain kerja nak MEMBONGAK?
HAHAHAHA!
0 comments:
Post a Comment