5 Ciri Tubuh yang disukai Nyamuk.
Adakah anda selalu dikerumuni nyamuk biarpun kamar dan rumah sudah bersih?
Mungkin puncanya adalah tubuh anda sendiri.
Ada enam punca kenapa nyamuk suka sangat mendekati dan menyedut darah Anda.
1. Warna gelap
Nyamuk berevolusi untuk memburu mamalia yang berbulu dan berwarna gelap, hal itu menurut Grayson Brown, PhD. Selama ujikaji, pekerja di laboratorium Brown yang memakai seragam putih atau berwarna kurang menarik nyamuk.
2. Aroma bunga
Nyamuk juga suka sekali menyedut nektar pada bunga. Nektar akan memberikannya energi untuk terbang dan menyengat. Jadi, jika Anda menggunakan perfume beraroma bunga, nyamuk akan melekat terus kerana menyangka anda adalah nektar.
3. Bir
Penelitian di Perancis menunjukkan bahawa peminum bir lebih menarik perhatian nyamuk dibandingkan yang tidak minum bir. Hal itu kerana alkohol berkumpul pada aroma nafas dan bau badan.
4. Hamil
Wanita hamil lebih disukai nyamuk, hal itu kerana dalam tahap akhir kehamilan volume pembuangan nafas 21 peratus lebih tinggi. Ketika membuang nafas, tercipta kelembaban dan ini sangat disukai nyamuk. Wanita hamil juga cenderung memiliki suhu tubuh sedikit lebih tinggi, yang membuat nyamuk lebih mudah mengesan.
5. Berjaga malam
Nyamuk betina aktif pada malam hari untuk memburu darah. Hal itu kerana darah mengandung protein yang diperlukan untuk perkembangan telur nyamuk. Boleh dikatakan, nyamuk betina menghisap darah Anda untuk mempertahankan kemandirian hidup spesiesnya. Jadi jangan hairan jika pada malam hari, nyamuk betina mengerumuni kerana memerlukan protein dalam darah Anda.
Itulah 5 Ciri Tubuh yang disukai Nyamuk.
0 comments:
Post a Comment