Saturday, December 15, 2012

Rakyat Malaysia Di Tembak Mati Di Filipina Pengganas ?

Suspek Pengganas Mohammad Noor Fikrie Ditembak Mati di Filipina

Seorang lelaki warga Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan ditembak mati di Filipina selepas mengancam untuk melancarkan serangan bom di sebuah hotel, Davao malam Jumaat. Ketua Polis Bandar Davao, Ronald de la Rosa berkata, suspek dikenali sebagai Mohammad Noor Fikrie ditembak mati selepas bergelut dengan polis di dalam sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan bersama isterinya seorang warganegara tempatan.

De la Rosa berkata, ketika itu pasangan suami isteri tersebut sedang mendaftar keluar dari hotel dan suspek cuba mengambil beg sandang daripada isterinya yang mengandungi bom buatan sendiri. Pihak polis mengepung kawasan hotel selepas menyedari salah seorang pelanggannya merancang untuk melancarkan letupan.
Beliau berkata, Mohammad dipercayai merupakan ahli Jemaah Islamiyah, sebuah kumpulan militan yang diburu kerana melancarkan serangan di Asia Tenggara termasuk pengeboman di Bali, Indonesia pada 2002.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More