Saturday, June 30, 2012

Kostum Hulk Gagal, Kulit Lelaki ini Menjadi Hijau Kekal

Paulo Henrique dos Santos berubah menyerupai tokoh komik Hulk yang mudah mengamuk. Hal ini terjadi ketika disedarinya bahawa cat yang dia gunakan untuk menyerupai Hulk, ternyata tidak boleh dibilas.

Awalnya dia sengaja mewarnai tubuhnya untuk mengambil bahagian dalam parade bertema pahlawan dalam komik. Lelaki yang bekerja sebagai pegawai kolam renang itu keliru menggunakan cat yang digunakan untuk peluru berpandu balistik dan kapal selam nuklear kerana dirinya tidak mencari cat tanda biasa, Hasilnya cat ini justeru membuat masalah pada dirinya sendiri.

Cat tersebut ternyata sukar untuk dihapuskan, tidak seperti cat biasanya. Dia sudah mandi sebanyak 20 kali, namun tubuhnya masih tetap disaluti warna hijau. Dia khuatir cat industri itu boleh meninggalkan racun timbal pada tubuhnya, meskipun saat ini dia belum menunjukkan gejala apapun.

Setelah menggunakan sabun, syampu sampai cecair pencuci baju serta alkohol, cat itu akhirnya berhasil lepas dari tubuh Paulo. Ia pun sepertinya jera dengan perbuatan bodoh itu. "Saya tidak akan lagi mengulangi perbuatan bodoh ini. Tahun lalu saya juga menggunakan kostum yang sama, tetapi berjaya dibersihkan dengan mudah," ujar Paulo, seperti dikutip The Sun.








Tabekpuang

10 Masjid Terbesar Di Dunia

Masjid (مسجد) adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Sejak zaman permulaan Islam lagi, kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali. Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala. Berikut ialah 10 buah masjid terbesar di dunia.

10. Masjid Baitul Mukarram, Dhaka Bangladesh



Masjid ini berada di ibukota Bangladesh Dhaka, masjid yang selalu penuh sesak terutama ketika solat utama dan di bulan suci Ramadhan. Masjid ini dibangun sekitar tahun 1960-an dengan kapasiti 30 ribu jemaah, namun dalam perkembangannya ditambah menjadi 40 ribu jemaah.

09. Masjid Jamek, Delhi India



Masjid yang berada di kota lama India Delhi ini termasuk sebuah masjid yang tertua. Masjid yang pembangunannya atas arahan pembuat Taj Mahal Maharaja Mughal Shah Jahan dibangun pada tahun 1656 Masihi. Puluhan ribu jemaah setiap solat Jumaat selalu memenuhi seluruh ruang dalam hingga di luar masjid.

08. Masjid Sheikh Zayed, Abu Dhabi UAE



Nama Masjid diambil dari nama Presiden pertama Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan dan mulai digunakan oleh umat Islam pada tahun 2007. Makam Sheikh Zayed juga terdapat di dalam kawasan masjid terbesar di UEA tersebut.

07. Masjid Badhshahi, Lahore Pakistan



Juga dikenali dengan nama Masjid Sultan, masjid ini pernah menjadi masjid terbesar di Asia Selatan dan memiliki kapasiti hingga 100 ribu lebih jemaah. Berada di tengah kota Lahore Pakistan.

06. Masjid Faisal, Islamabad Pakistan



Masjid Faisal ketika ini merupakan masjid terbesar di Asia Selatan dan sebelum Masjidil Haram di Mekah di ubahsuai, masjid ini pernah menjadi Masjid Terbesar di dunia untuk jangka 1986-1993. Masjid yang menjadi masjid nasional Pakistan ini memiliki kapasiti 300 ribu jemaah.

05. Masjid Hassan II Maghribi



Masjid yang berada di Casablanca ini dirancang oleh arkitek dari Perancis, Michel Pinseau dengan memiliki menara masjid tertinggi di dunia lebih dari 200 meter, menghadap ke Laut Atlantik

04. Masjid Istiqlal, Jakarta Indonesia



Masjid yang dibangun ketika pemerintahan Presiden Sukarno ini hingga kini masih menjadi Masjid Terbesar di Asia Tenggara. Walau banyak masjid-masjid baru muncul, namun secara keseluruhan belum mampu menandingi Masjid Istiqlal ini. Istiqlal yang bererti kemerdekaan merupakan anugerah atas kemerdekaan yang diraih Indonesia.

03. Masjid Imam Reza Shrine, Masyhad Iran

Masjid Imam Reza Shrine di Masyhad, Iran adalah sebuah kompleks yang mempunyai makam Imam Ridha, Imam kelapan Syiah Imamiyah dan dikenali sebagai masjid ketiga terbesar di dunia. Juga terdapat dalam kompleks Masjid meliputi: Masjid Goharshad, muzium, perpustakaan, empat dewan seminar, pemakaman, Universiti Islam Razavi Ilmu, sebuah ruang makan untuk pelawat dan bangunan lainnya.

02. Masjid Al-Nabawi, Madinah Arab Saudi



Setiap umat Islam di dunia pasti kenal Masjid ini, karana Masjid Nabawi merupakan salah satu masjid utama bagi muslim selain Masjidil Haram di Mekah. Merupakan tempat istirehat terakhir Nabi Muhammad SAW. Setiap umat Islam yang menjalankan ritual ibadah haji juga memastikan akan mengunjungi masjid kedua terbesar di dunia ini.

01. Masjidil Haram, Mekah Arab Saudi



Masjid Haram di Mekah ini merupakan masjid terbesar di dunia di mana di tengahnya terdapat bangunan Kaabah yang menjadi pusat arah (kiblat) solat seluruh umat Islam di dunia. Memiliki luas 4 008 020 meter persegi (990,40 hektar) dan mampu menampung lebih dari 4 juta jemaah baik di dalam ruangan mahupun di luar. Masjid yang tidak pernah sepi setiap saat kerana selama 24 jam selalu ada umat yang beribadah, baik solat mahupun melakukan tawaf (berjalan mengelilingii Kaabah). Masjidil Haram paling ramai dikunjungi umat Islam dari seluruh dunia ketika puncak ibadah haji setiap tahun.

Nekad..!!.Penyelidik Ini Menyamar Menjadi Buaya Untuk Mendekati Buaya

Penyelidik "gila" ini namanya Dr. Brady Barr. Dia melakukan "cabaran bodoh" dan sangat berbahaya iaitu menyamar sebagai buaya dan berkumpul langsung dengan buaya-buaya di kandang buaya.

Si doktor ini memakai pakaian buaya yang terbuat dari fiber glass, aluminium dan kevlar. Untuk menutupi bau manusianya ia luluran menggunakan najis kuda nil.

Ini aksi Dr. Brady Barr semasa menyamar menjadi buaya;






Tabekpuang

10 Kebaikan Mandi Di Awal Pagi


1. Kulit lebih Lembut dan Halus

Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang 'water heater' untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas itu, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Selain itu, mandi pagi dengan air dingin juga dapat membuat rambut lebih sehat. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan Peredaran Darah

Jika peredaran darah kita lancar, maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan Kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi

Untuk kita yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. InsyaAllah dengan izin Allah jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan pulih.

5. Mengurangkan Tekanan Serta Tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah kepada tabiat mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan Sel Darah Merah

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit. Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah.

7. Meningkatkan Gula Dalam Darah

Kandungan ‘al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

8. Mencegah Penyakit Hati

Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.

9. Membekalkan Vitamin Kepada Tubuh Badan 

Tabiat mandi di subuh hari dapat membantu kita membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan dan ia sangat bagus untuk menjadikan badan kita lebih segar dan sihat.

10. Membekalkan Tenaga 

Kita digalakkan untuk bangun awal pagi. Sebaik-baiknya adalah sebelum subuh dan mandi kerana ia mampu membantu dalam membekalkan tenaga dan mencergaskan tubuh badan kita.

Detik Menakjubkan Saat Petir Menyambar Menara Eiffel Tertangkap Kamera Fotografer Amatur

Gambar luar biasa dari petir yang menyambar menara besi setinggi 1.063 kaki (324 meter) ini hasil tangkapan jurugambar amatur Bertrand Kulik. "Cuaca kering dan langit tampak sepenuhnya cerah, tapi tiba-tiba itu mulai terdengar guruh," tutur lelaki 31 tahun asal Paris itu.


Menara Eiffel bersinar biru saat terkena sambaran petir.

"Aku cepat-cepat mencapai kamera saya dan meletakkannya di tripod berhampiran tingkap dengan harapan saya boleh mendapatkan gambar yang bagus, tetapi saya tidak pernah berfikir akan mendapatkan gambar hebat seperti ini." Tambahnya.


Tabekpuang

4 Golongan Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka

Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :



1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar api neraka jahanam)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau akan terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa, tidak lepas daripada melakukan dosa. Selamatkanlah dia daripada menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Ingatlah saudara/saudari, kita ini hamba-hamba Allah, apa yang telah ditetapkan oleh Allah, semestinya adalah yang terbaik untuk kita semua.. janganlah kita mempersoalkan larangan dan ketentuan Allah.. Beramalah, dan jagalah tatasusila kita sebagai orang Islam. Mati tidak mengenal usia, tidak mengenal tempat, ia datang bila-bila masa sahaja. Jadi bersedialah dengan amalan-amalan yang baik. Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali.

Inilah Gambar Isi Sebahagian Di Dalam Piramid Di Mesir



Dalam sejarah pembinaan bangunan piramid digunakan sudah sejak lama. Bangsa bangsa Mesir kuno maupun bangsa Maya dikenal menggunakan bangunan piramid sebagai makam raja-raja masa dahulu serta sarana ibadah (pemujaan) selain ada dugaan sebagai tempat penimbunan (gudang) pangan sejak zaman Nabi Yusuf ketika persiapan menghadapi musim kemarau ataupun tempat simpanan harta.

Di beberapa daerah di Indonesia, dikenali bangunan yang mempunyai pembinaan mirip piramid di antaranya penden berundak yang dikatakan sebagai prototaip piramid, mahupun candi candi di antaranya yang mirip dengan pembinaan piramid adalah candi Sukuh bahkan Candi Borobudur boleh dikatakan merupakan bentuk pembinaan piramid yang diubahsuai Pelbagai analisis tentang digunakannya pembinaan piramid.

Ada yang menyebutnya sebagai bangunan warisan UFO dengan alasan terdapat bangunan mirip piramid ditemui di Marikh yang berada satu lintang darjat yang sama dengan lintang darjat di Bumi, ada pula yang mengatakan peninggalan peradaban Atlantis dan sebahagian lagi mengatakan bahawa pembinaan piramid digunakan dengan alasan bahawa pada peradaban lampau , manusia mengalami kesukaran untuk membuat pembinaan kubah.

Oleh kerana itu digunakanlah pembinaan piramid untuk mempermudah. Construction kubah sendiri baru digunakan pada masa Romawi dengan pembinaan pelengkung pada bangunan betonnya dan Rom Timur yang disempurnakan pada masa peradaban Islam.







Tabekpuang

Adab Rasulullah S.A.W. Ketika Makan Dan Minum

Semasa makan, ada perkara yang wajib dijaga, dan wujud juga perkara yang sunat digalakkan. Perkara yang wajib dijaga adalah mengelak daripada memakan makanan yang haram, seperti arak, babi, binatang yang tidak disembelih dan sebagainya.

Adapun perkara sunat dijaga ketika makan adalah makan hendaklah secara beradab. Bermakna, apabila makan tidak beradab, ia tidak mendatangkan dosa.

Ada sebilangan manusia, yang makan makanan yang haram, tetapi dalam masa yang sama mereka amat mementingkan adab. Ekoran itu, mereka membaca “bismillah” apabila makan daging babi. Sudah pasti, tindakan ini amat bercanggah dengan konsep Islam.

Ia sama seperti, orang yang mementingkan adab menegur, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak mementingkan usaha melarang daripada berlaku penipuan, melakukan tindakan yang merugikan Islam dan sebagainya. Walhal, menipu adalah perkara yang haram, dan menegur adalah perkara yang wajib, tetapi adab menegur adalah perkara yang sunat.

Walaubagaimanapun, di sini, dipaparkan beberapa hadis yang sempat dihimpunkan berkenaan dengan makan dan minum Nabi S.A.W. Ia adalah seperti berikut ;



MULAKAN DENGAN ”BISMILLAH”

Nabi S.A.W. apabila makan dan minum, pasti memulakan dengan menyebut nama Allah. perbuatan itu, bukan sekadar dilakukan oleh baginda S.A.W. sendiri, malahan dipesan agar dilakukan oleh orang lain.

Bahkan, ia merupakan pesanan yang sering dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kanak-kanak, yang menunjukkan ia merupakan didikan Nabi S.A.W. terhadap mereka.

Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, “Semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah S.A.W., tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah S.A.W. ;

يا غلام سم الله ، وكل بيمينك ، وكل مما يليك

Maksudnya ;

“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu.”

Dari hadis ini, kita dapat pelajari beberapa perkara berikut ;

Pertama :

Nabi S.A.W., apabila menegur, baginda S.A.W. akan berfikir kesan disebalik teguran. Justeru, apabila kesilapan itu dilakukan oleh seorang kanak-kanak yang bernama Umar bin Abi Salamah, Nabi S.A.W. tidak menggunakan namanya, sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W. menggunakan panggilan manja.

Dalam bahasa arab, penggunaan kalimah ”ghulam”, ia merujuk kepada panggilan manja kepada kanak-kanak. Panggilan itu, amat diminati di kalangan kanak-kanak arab.

Ekoran itu, panggilan manja itu digunakan oleh Nabi S.A.W., dalam memberi teguran.

Kedua :

Nabi S.A.W. berpesan agar makan itu dimulakan dengan membaca ”bismillah”. Ia merupakan penentu dalam keberkatan pada makanan itu sendiri.

Di samping itu juga, ketika sedang makan, ada adabnya tersendiri. Antara adab yang ditekankan dalam hadis ini adalah, tidak mengjangkaui tangan ketika mengambil lauk melainkan mengambil yang paling hampir terlebih dahulu.

Tindakan mengambil lauk yang jauh sehingga menjangkaui pinggan dan piring, bukanlah satu perkara yang ditegah oleh syarak. Pun begitu, tindakan ini digalakkan agar tidak dibuat.


KETIKA LUPA BERDOA SEBELUM MAKAN

Kadangkala, ada manusia itu makan terlupa untuk memulakan makan dengan membaca “Bismillah”. Mungkin kerana terlalu lapar, atau sememangnya tidak teringat langsung.

Dalam hadis, daripada Abdullah bin Mas’ud berkata, bersabda Nabi S.A.W. ;

من نسي أن يذكر الله في أول طعامه فليقل حين يذكر : باسم الله في أوله وآخره

Maksudnya ;

“Barangsiapa lupa bahawa menyebut nama Allah pada awal makannya, maka hendaklah dia berkata ketika ingat, dengan Nama Allah pada awalnya dan akhirnya.

MAKAN DENGAN TANGAN KANAN

Ketika makan, disunatkan makan dilakukan menggunakan tangan kanan. Kekanan dalam semua perkara merupakan amalan terpuji, bahkan ia merupakan amalan orang-orang yang soleh; bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Dalam hadis, daripada Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah S.A.W. ada bersabda ;


إذا كان أحدكم فليأكل بيمينه ، فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله

Maksudnya ;

“Apabila seseorang kamu makan, maka hendaklah dia menggunakan tangan kanannya. Ini kerana, syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.”

Dari hadis ini, dinyatakan bahawa makan dengan tangan kanan merupakan satu suruhan dari Nabi S.A.W. Dinyatakan juga, bahawa tindakan makan dengan menggunakan tangan kiri adalah amalan syaitan.

TIDAK MINUM BERDIRI

Berdiri ketika minum, menandakan kurang adab ketika minum. Lantaran itu, ada satu hadis daripada Abi Said Al-Khudri berkata ;

أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً

Maksudnya ;
“Sesungguhnya Nabi S.A.W. mencegah minum air dalam keadaan berdiri.

TIDAK GUNA BEKAS EMAS DAN PERAK

Bukan sekadar kurang adab, malahan merupakan satu dosa, apabila seseorang itu minum dan makan dengan menggunakan bekas daripada emas dan perak.

Tindakan menggunakan emas dan perak ketika makan dan minum, merupakan kesombongan, walhal sifat sombong ini tidak layak wujud pada manusia.

Daripada satu hadis, daripada Huzaifah bin Al-Yaman berkata, aku dengar Nabi S.A.W. bersabda ;

ولا تشربوا في آنية الذهب والفضة ، و لا تأكلوا في صحافها فإنها لهم في الدنيا ولنا في الآخرة

Maksudnya ;

“Jangan kamu minum dengan menggunakan bekas-bekas yang diperbuat daripada emas dan perak. Juga, jangan makan dengan menggunakan pinggan-pinggannya. Ini kerana, bagi mereka di dunia, tetapi ia bagi kita di akhirat.”

CARA MAKAN DAN MINUM

Nabi S.A.W. mempunyai cara-caranya tersendiri ketika makan dan minum. Nabi S.A.W. apabila makan, baginda pasti akan menggunakan tiga jarinya.

Daripada Kaab bin Malik berkata ;

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع ، ويلعق يده قبل أن يمسحها

Maksudnya ;
“Rasulullah S.A.W. makan dengan tiga jarinya, lalu menjilat tangannya sebelum membersihkannya.

TIDAK MENCELA MAKANAN

Kadang-kadang, ketika kita makan, ada makanan yang kita tidak selera. Ataupun, mungkin faktor makanan tersebut tidak sedap dan sebagainya.

Perasaan sebegitu, tidak sekadar berlaku pada diri kita sahaja, malahan berlaku juga pada diri Nabi Muhammad S.A.W. Justeru, apakah tindakan Nabi S.A.W. ketika berlaku sedemikian?

Dalam hadis, daripada Abu Hurairah berkata ;

ما عاب النبي صلى الله عليه وسلم طعاماً قط ، ان اشتهاه أكله وإن كرهه تركه

Maksudnya ;
“Nabi S.A.W. tidak pernah mencela makanan sedikitpun. Sekiranya Nabi S.A.W. berminat, pasti baginda akan memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, baginda akan meninggalkannya.”

TIDAK MAKAN BANYAK

Nabi S.A.W. tidak pernah makan banyak seperti kita. Jika kita makan, kadangkala mengjangkaui kekenyangan teramat sangat, sehingga bersedawa 3 hingga 5 kali. Perbuatan tersebut tidak disukai oleh Nabi S.A.W.

Justeru, daripada satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, daripada Nabi S.A.W. bersabda;

الكافر يأكل في سبعة أمعاء والمؤمن يأكل في معىً واحد

Maksudnya ;
“Orang kafir makan dengan tujuh perut, walhal orang mukmin itu makan dengan satu perut sahaja.”

MAKAN SECARA BERJEMAAH

Berjemaah merupakan satu tuntutan. Ia kerana, berjemaah mewujudkan sikap saling membantu. Apabila wujud seorang yang susah, pasti dengan berjemaah, seorang kawan yang lain pasti akan membantu. Apabila keadaan ini berlaku, sebarang kesulitan dapat diselesaikan dengan baik.

Di sebalik kebaikan berjemaah ini, wujud juga keberkatan. Berkat diterjemah sebagai “zat” jika dinisbahkan kepada makanan.

Ada manusia yang makan banyak, tetapi muka mereka pucat. Apabila ditanya, mengapa muka pucat, walhal makan banyak? Jawapan yang kita akan kedengari adalah, makanan tersebut makanan yang tidak mempunyai zat.

Dalam menjalani kehidupan, perkara ’zat’ amat penting. Sepertimana perlunya zat pada makanan untuk mencapai kesihatan tubuh badan, maka begitu juga dalam perkara selain daripada makanan.

Ada manusia yang mempunyai harta yang banyak, tetapi hartanya mudah habis. Tetapi, ada manusia yang mempunyai harta yang sedikit, tetapi hartanya susah habis.

Ada orang yang mempunyai kekayaan yang mengkagumkan. Apabila dilihat di dalam bank, wang simpanan mereka menjangkaui jutaan ringgit. Namun begitu, kehidupan si kaya tersebut tidak pernah tenang; masalah dalam keluarga sering terjadi, seperti kecurian, kena tipu, masalah anak-anak dan sebagainya. Segala kekalutan dalam kehidupan itu berpunca daripada ketiadaan berkat.

Dalam mencapai keberkatan, Nabi S.A.W. amat meminta agar umat mencarinya. Sehingga sampai satu tahap, dalam perkara yang melibatkan makan pun dituntut.

Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada atuknya berkata;

أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قالوا : يا رسول الله إنا نأكل ولا نشبع قال : فلعلكم تفترقون قالوا : نعم ، قال : فاجتمعوا على طعامكم ، واذكروا اسم الله عليه ، يبارك لكم فيه

Maksudnya ;

“Sesungguhnya para sahabat Nabi S.A.W. bertanya, “Wahai Rasulullah S.A.W., sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”. Berkata Nabi S.A.W., “Mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?”. Jawab sahabat, “Benar”. Bersabda Nabi S.A.W., “Berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut.”

BERKEADAAN DUDUK KETIKA MAKAN

Ketika makan, Nabi S.A.W. amat menjaga cara dan kaedah duduk. Nabi S.A.W. tidak pernah makan dalam keadaan bersandar, seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda ;

إني لا آكل متكئاً

Maksudnya ;
“Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan bersandar.”

Begitujuga hadis daripada Anas bin Malik berkata;


رأيت النبي صلى الله عليه وسلم مقعياً يأكل تمراً

Maksudnya;
“Aku nampak Nabi S.A.W. dalam keadaan duduk ketika makan buah kurma.

Bahkan, makan dalam keadaan merupakan tanda manusia itu sebagai manusia yang merendah diri, tidak manusia yang sombong dan samseng.

Dalam hadis, daripada Abdullh bin basar berkata, “Aku telah menghadiahkan kepada Nabi S.A.W. seekor kambing. Nabi S.A.W. makan kambing tersebut sambil duduk, menyebabkan seorang badwi bertanya, “mengapa duduk?”

Mendengar kata badwi itu, Nabi S.A.W. terus bersabda ;

إن الله جعلني عبداً كريماً ، ولم يجعلني جباراً عنيداً

Maksudnya ;

“Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan aku hamba yang mulia, dan tidak menjadikan aku orang yang sombong dan degil.”

MEMINUM SUSU

Dalam banyak-banyak minuman yang wujud di atas muka bumi, susu merupakan minuman yang cukup disukai oleh Nabi S.A.W.

Ekoran itu, jika dilihat pada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, bahawa dia berkata, apabila Nabi S.A.W. makan makanan yang biasa, Nabi S.A.W.akan berdoa seperti berikut;

اللهم بارك لنا فيه ، وأطعمنا خيراً منه

Maksudnya;

‘Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada makanan ini. dan berilah makanan kepada kami yang lebih baik daripada ini”

Pun begitu, ketika baginda SAW minum susu, baginda akan berdoa seperti berikut;

اللهم بارك لنا فيه ، وزدنا منه ، فإنه ليس شيء يجزئ من الطعام والشراب إلا اللبن.

Maksudnya ;
“Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada susu ini, dan tambahilah susu ini untuk kami. Ini kerana, tidak ada yang dapat mengatasi makan dan minuman melainkan susu.

Kejam..!!.Anak Lembu Ini Di Tembak Hidup-Hidup Kerana Di Anggap Tiada Pasaran Untuk Di Jual

Adegan ini benar-benar sungguh tak berperikemanusiaan di mana anak lembu yang baru lahir dijajarkan dan ditembak mati. Tiga anak lembu ini berjenis jantina jantan dan mereka ditembak kerana tak ada pasaran untuk dijual.

Adegan mengerikan ini merupakan sebahagian dari acara Giant Supermarket, Channel 4, yang memaparkan penternak Jimmy Doherty yang menjelaskan sekurang-kurangnya 90 ribu anak lembu jantan ditembak kerana tak boleh dijual.



\




Tabekpuang

Blogger sepenuh masa berisiko mati cepat



Menurut penelitian, menghabiskan waktu lebih dari 5 jam per hari di depan komputer boleh merosakan jantung dan menjurus ke kematian lebih cepat.

Penyebabnya adalah posisi duduk, terutama duduk bersandar, yang merupakan posisi umum saat orang bekerja dengan komputer, bermain game, ataupun menonton televisyen.

Penelitian tersebut dilakukan oleh Emmanuel Stamatakis, peneliti dari University College London. Ia melakukan penelitian terhadap lebih dari 4,500 orang berusia ke atas 35 tahun dan hasilnya dikeluarkan di Journal of the American College of Cardiology.

Penemuan ini menambah bukti-bukti yang terus terkumpul berhubung bahayanya duduk lama-lama. Padahal, kecenderungan yang terjadi saat ini adalah orang semakin banyak yang duduk di depan komputer saat bekerja.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih dari 4 jam berturut-turut per hari di depan komputer memiliki peluang 125 % lebih tinggi akan mengalami kematian berkait dengan penyakit jantung berbanding mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang dari 2 jam di depan layar,” kata Stamatakis, seperti diambil dari Examiner.

Stamatakis menyebutkan, dari penelitian, mereka juga menemukan bahwa 48 % orang yang menghabiskan waktu 4 jam di depan komputer berturut-turut juga berpeluang mengalami kematian lebih cepat akibat faktor lain di luar jantung.

Lebih lanjut, mereka yang menghabiskan lebih dari 5 jam di depan komputer per hari, risiko mati lebih cepatnya naik secara signifikan.

Sebelumnya, diperkirakan bahwa mereka yang menghabiskan waktu terlalu banyak di depan komputer, atau juga di depan televisyen, merupakan orang yang malas bersenam dan menyebabkan munculnya penyakit. Namun, dari data yang didapat, tidak demikian.

“Orang yang bersenam secara tetap di waktu lapang mereka juga memiliki peluang untuk mati lebih cepat,” kata Stamatakis.

Peneliti meyakini bahwa penyebabnya memang adalah duduk yang terlalu lama. Posisi tersebut diketahui menyebabkan penurunan 90 % lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. 

Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber masalah.

Akan tetapi, ada penyelesaian bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari. “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak,” kata Stamatakis.

“Itu akan menurunkan masalah-masalah tersebut dan mungkin akan meningkatkan peluang Anda untuk hidup lebih lama. 

gempak.org

Hukum Berkhatan Bagi Perempuan


Hukum khatan bagi perempuan telah menjadi perbincangan para ulama. Sebahagian mengatakan itu sunnah dan sebahagian mengatakan itu suatu keutamaan saja dan tidak ada yang mengatakan wajib.

Perbezaan pendapat para ulama berkenaan hukum berkhatan bagi perempuan tersebut disebabkan riwayat hadis berkaitan khatan perempuan yang masih dipermasalahkan kekuatannya. Tidak ada hadis sahih yang menjelaskan hukum berkhatan bagi perempuan. Ibnu Mundzir mengatakan bahwa tidak ada hadis yang boleh dijadikan rujukan dalam masalah khatan perempuan dan tidak ada sunnah yang boleh dijadikan landasan. Semua hadis yang meriwayatkan khatan perempuan mempunyai sanad daif atau lemah.

Hadis yang paling popular tentang khatan perempuan adalah hadis Ummi 'Atiyah r.a., Rasulllah S.A.W. bersabda kepadanya : "Wahai Umi 'Atiyah, berkhatanlah dan jangan berlebihan, sesungguhnya khatan lebih baik bagi perempuan dan lebih menyenangkan bagi suaminya". Hadis ini diriwayatkan oleh Baihaqi, Hakim dari Dhahhak bin Qais.

Abu Dawud juga meriwayatkan hadis serupa namun semua riwayatnya daif dan tidak ada yang kuat. Abu Dawud sendiri konon meriwayatkan hadis ini untuk menunjukkan kedaifannya. Demikian dijelaskan oleh Ibnu Hajar dalam kitab Talkhisul Khabir.

Mengingat tidak ada hadis yang kuat tentang khatan perempuan ini, Ibnu Hajar meriwayatkan bahwa sebahagian ulama Syafi'iyah dan riwayat dari Imam Ahmad mengatakan bahwa tidak ada anjuran khatan bagi perempuan.

Sebagian ulama mengatakan bahawa perempuan Timur (kawasan semenanjung Arab) dianjurkan berkhatan, sedangkan perempuan Barat dari kawasan Afrika tidak diwajibkan berkhatan karena tidak mempunyai kulit yang perlu dipotong yang sering mengganggu atau menyebabkan kekurangan nyamanan perempuan itu sendiri.

Apa yang dipotong dari perempuan

Imam Mawardi mengatakan bahwa khatan pada perempuan yang dipotong adalah kulit yang berada di atas vagina perempuan yang berbentuk mirip balaong(cengger) ayam. Yang dianjurkan adalah memotong sebahagian kulit tersebut bukan menghilangkannya secara keseluruhan. Imam Nawawi juga menjelaskan hal yang sama bahawa berkhatan pada perempuan adalah memotong bahagian bawah kulit lebih yang ada di atas vagina perempuan.

Namun pada penerapannya banyak kesalahan dilakukan oleh umat Islam dalam melaksanakan khatan perempuan, iaitu dengan berlebih-lebihan dalam memotong bahagian alat vital perempuan. Seperti yang diulas oleh Dr. Muhammad bin Lutfi Al-Sabbag dalam bukunya tentang khatan bahawa kesalahan besar dalam melaksanakan khatan perempuan banyak terjadi di masyarakat Muslim di Sudan dan Indonesia.

Kesalahan tersebut berupa pemotongan tidak hanya kulit bagian atas alat vital perempuan, tapi juga memotong hingga semua daging yang menonjol pada alat vital perempuan, termasuk clitoris sehingga yang tersisa hanya saluran air kencing dan saluran rahim. Khatan model ini di masyarakat Arab dikenal dengan sebutan "Khatan Fir'aun".

Beberapa kajian perubatan membuktikan bahwa khatan seperti ini boleh menimbulkan kesan negatif bagi perempuan baik secara kesihatan mahupun psikologis, seperti menyebabkan perempuan tidak stabil dan mengurangi ghairah seksualnya. Bahkan sebahagian ahli perubatan menyatakan bahwa khatan model ini juga boleh menyebabkan berbagai pernyakit kelamin pada perempuan.

Seandainya hadis tentang khatan perempuan di atas sahih, maka di situ pun Rasulullah S.A.W. melarang berlebih-lebihan dalam mengkhatankan anak perempuan. Larangan dari Rasulullah S.A.W. secara hukum boleh menunjukkan keharaman tindakan tersebut. Apalagi bila terbukti bahwa berlebihan atau kesalahan dalam melaksanakan khatan perempuan boleh menimbulkan kesan negatif, maka boleh dipastikan keharaman tindakan tersebut.

Dengan pertimbangan-pertimbangan di atas beberapa kalangan ulama kontemporeri menyatakan bahawa apabila tidak boleh terjamin pelaksanaan khatan perempuan secara benar, terutamanya apabila ia dilakukan terhadap anak perempuan yang masih bayi, yang pada umumnya sulit untuk boleh melaksanakan khatan perempuan dengan tidak berlebihan, maka sebaiknya ditunggu sehingga bayi agak besar untuk melakukan khatan perempuan .

WoW..!!.Karpet Ini Di Perbuat Dari 70 Ribu Bunga

Ok, kali ini, kembali kepada hal-hal unik yang berada jauh di luar sana. Dimana? Ok , kali ini berada di Brussels, Belgium. Sebuah perayaan kegembiraan tradisi masyarakat bandar itu merayakan sebuah pembutan karpet terbesar yang pernah ada. Menggunakan ribuan bunga . Peringatan ini dilaksanakan setiap sekali dalam 2 tahun.






Tabekpuang

Hukum Berkhatan Bagi Lelaki


Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah Imam Syafie', Ahmad, dan sebahagian pengikut Imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardlu.

Menurut riwayat popular dari Imam Malik mengatakan bahawa berkhatan hukumnya sunnah. Begitu juga riwayat dari Imam Hanafi dan Hasan al-Basri mengatakan sunnah. Namun bagi Imam Malik, sunnah kalau ditinggalkan berdosa, kerana menurut mazhab Maliki sunnah adalah antara fardhu dan nadb. Ibnu Abi Musa dari ulama Hanbali juga mengatakan sunnah muakkadah.

Ibnu Qudamah dalam kitabnya Mughni mengatakan bahwa khatan bagi lelaki hukumnya wajib dan kemuliaan bagi perempuan, andaikan seorang lelaki dewasa masuk Islam dan takut khatan maka tidak wajib baginya, sama dengan kewajipan wudlu dan mandi bisa gugur kalau ditakutkan membahayakan jiwa, maka khatan pun demikian.

Adapun dalil-dalil yang dijadikan landasan para ulama yang mengatakan khatan wajib adalah:

1. Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa "Nabi Ibrahim melaksanakan khatan ketika berumur 80 tahun, beliau khatan dengan menggunakan kapak." (H.R. Bukhari). Nabi Ibrahim melaksanakannya ketika diperintahkan untuk khatan padahal beliau sudah berumur 80 tahun. Ini menunjukkan betapa kuatnya perintah berkhatan itu.

2. Kulit yang di depan alat kelamin terkena najis ketika kencing, kalau tidak dikhatankan maka sama dengan orang yang menyentuh najis di badannya sehingga sholatnya tidak sah. Solat adalah ibadah wajib, segala sesuatu yang menjadi prasyarat solat hukumnya wajib.

3. Hadist riwayat Abu Dawud dan Ahmad, Rasulullah S.A.W. berkata kepada Kulaib : "Buanglah rambut kekafiran dan berkhatanlah." Perintah Rasulullah S.A.W. menunjukkan kewajipannya.

4. Diperbolehkan membuka aurat pada saat khatan, padahal membuka aurat sesuatu yang dilarang. Ini menujukkan bahawa berkhatan adalah wajib, kerana tidak diperbolehkan sesuatu yang dilarang kecuali untuk sesuatu yang sangat kuat hukumnya.

5. Memotong anggota tubuh yang tidak boleh tumbuh kembali dan disertai rasa sakit, tidak mungkin kecuali kerana perkara wajib, seperti hukum potong tangan bagi pencuri.

6. Khatan merupakan tradisi umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. sampai zaman sekarang dan tidak ada yang meninggalkannya, maka tidak ada alasan yang mengatakan itu tidak wajib.

Manakala Dalil-dalil yang dijadikan landasan bahawa berkhatan tidak wajib adalah :

1. Salman al-Farisi ketika masuk Islam tidak disuruh berkhatan;

2. Hadis di atas menyebutkan khatan dalan rentetan amalan sunnah seperti mencukur buku ketiak dan memendekkan kuku, maka secara logiknya berkhatan juga adalah sunnah.

3. Hadis Ayaddad bin Aus, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Khatan itu sunnah bagi lelaki dan diutamakan bagi perempuan." Namun kata sunnah dalam hadis sering diungkapkan untuk tradisi dan kebiasaan Rasulullah S.A.W. baik yang wajib mahupun bukan dan berkhatan di sini termasuk yang wajib.

Cara Berkhatan Orang Yahudi

Berkhatan adalah bermaksud proses membuang atau memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar sehingga nampak (terdedah) kepala zakar itu secara keseluruhannya. Bagi lelaki yang beragama ISLAM, adalah wajib baginya berkhatan. Manakala bagi perempuan pula, ia jatuh kepada sunat sahaja. Dalil yang menjadi landasan berkhatan bagi orang mukmin adalah :

Rasullulah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

“Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah.”(Hadis riwayat Abu Daud)

Walaubagaimanapun, adakah anda semua tahu bahawa agama Yahudi juga mewajibkan penganutnya berkhatan? Berkhatan bagi penganut Yahudi mempunyai salur-galur yang sama dengan agama kita, ISLAM.

Berkhatan bagi Yahudi

Berkhatan bagi lelaki Yahudi adalah wajib sebagaimana wajibnya lelaki ISLAM berkhatan. Sepertimana berkhatan cara ISLAM, berkhatan cara Yahudi juga membuang selaput kulit yang menutupi zakar sehingga terdedah kepala zakar.

Berkhatan bagi istilah Hebrew adalah Brit Milah. Perlu diketahui bahawa orang Yahudi terbahagi kepada beberapa loghat seperti loghat Sephardi, loghat Ashkenazi dan loghat Yiddish. Dengan itu Brit Milah jika bagi loghat Sephardi akan disebut Berit Milah, loghat Ashkenazi akan disebut Bris Milah manakala loghat Yiddish hanya akan disebut Bris sahaja.

Apapun jenis loghatnya, upacara Brit Milah tetap sama. Upacara Brit Milah boleh dikatakan semeriah majlis berkhatan bagi rakyat Malaysia. Akan tetapi, majlis Brit Milah dipenuhi dengan adat-adat dan kepercayaan Yahudi.



Bayi yang seawal 8 hari semasa upacara Brit Milah.

Upacara Brit Milah

Sebagaimana dikatakan dari awal tadi, upacara Brit Milah dipenuhi dengan adat dan kepercayaan Yahudi yang bergitu tebal. Upacara Brit Milah akan dilakukan kepada bayi yang menjangkaui hari ke-8 kelahirannya. Upacara ini tersangat penting hinggakan jika hari ke-8 bayi tersebut jatuh kepada hari Sabbath atau perayaan Yom Kippur, upacara ini tetap akan berlangsung.

Upacara Brit Milah dilakukan pada bila-bila masa pada hari ke-8 kelahiran mengikut kesesuaian masa ibubapa bayi tersebut. Namun, kelazimannya mereka akan mengadakan upacara ini pada awal pagi hari ke-8 kelahiran.

Tempat

Upacara Brit Milah dilakukan di Synagogue. Namun, ia tidak memperuntukkan hanya Synagogue sahaja tempat upacara ini dilakukan. Upacara Brit Milah boleh dilakukan di Dewan mahupun di rumah ibubapa bayi itu sendiri.

Kvatter

Semasa upacara ini berlangsung, seorang Kvatter akan membawa bayi ke dalam sebuah bilik khas. Kvatter adalah individu yang diberi penghormatan untuk membawa bayi daripada ibu bayi kepada bapa bayi tersebut sebelum bapa bayi itu membawanya kepada seorang Sandek.

Tugas Kvatter akan diberi kepada pasangan yang sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai anak. Tujuannya adalah untuk menarik minat pasangan tersebut supaya turut mempunyai anak sendiri kelak.

Sandek

Upacara Brit Milah akan berterusan lagi apabila bayi yang dibawa oleh bapanya akan diberi kepada seorang Sandek. Sandek adalah gelaran kepada seorang yang akan memangku bayi dengan lututnya. Sandek biasanya seorang yang paling dihormati dalam keluarga ibubapa tersebut. Lazimnya, ibubapa bayi akan melantik mana-mana ayah mereka(datuk bayi tersebut) sebagai Sandek.



Sandek kebiasannya adalah datuk kepada bayi tersebut.

Sandek akan memangku bayi tersebut sehingga upacara Brit Milah(khatan) selesai dilakukan oleh seorang individu yang digelar Mohel.

Akan terdapat dua buah kerusi disediakan bagi upacara ini. Kerusi pertama adalah untuk Sandek manakala kerusi kedua dikosongkan kerana orang Yahudi percaya kerusi itu akan diduduki oleh Prophet Elijah (nabi Ilias menurut kepercayaan Yahudi). Mereka percaya bahawa setiap upacara Brit Milah dilakukan, roh Prophet Elijah akan menjelma dan duduk di kerusi tersebut sebagai saksi Yahweh (Tuhan orang Yahudi).

Bayi yang akan dikhatankan itu akan diletakkan di kerusi Elijah(Elijah’s chair) sebelum upacara Brit Milah dilakukan. Mohel akan membacakan doa-doa khas untuk memohon supaya roh Elijah tampil semasa upacara Brit Milah dilakukan olehnya.



Chair of Elijah

Mohel

Individu paling penting dalam upacara Brit Milah adalah Mohel. Di Malaysia, Mohel boleh diumpamakan sebagai Tok Mudim. Semua mazhab Yahudi tidak melarang seorang wanita untuk menjadi seorang Mohel kecuali mazhab Yahudi Orthodox.

Wanita yang menjadi Mohel digelar Mohelot. Untuk menjadi seorang Mohel atau Mohelot bukannya satu yang senang. Seorang Mohel atau Mohelot wajib mempunyai kelulusan yang diiktiraf. Mohel atau Mohelot bukan sahaja wajib mengetahui ilmu-ilmu pembedahan tetapi juga wajib mengetahui adat-adat dan kepercayaan kaum Yahudi. Oleh sebab itu, kebanyakkan seorang Mohel adalah seorang Rabbi.

Mohel daripada mazhab Yahudi Orthodox masih lagi mengamalkan penggunaan cara-cara tradisional dalam upacara Brit Milah. Umpamanya, mereka masih lagi menggunakan pisau berbanding penggunaan gunting dan penyangkut(clamp). Mereka percaya penggunaan gunting akan menyebabkan kulit akan dipotong secara berlebihan.



Mohel membaca doa sebelum upacara Brit Milah

Pemberian Nama

Sebaik sahaja upacara Brit Milah selesai, upacara pemberian nama akan dilakukan. Nama yang diberikan mestilah nama Yahudi bagi bayi tersebut. Pemberian nama dilakukan bagi mengikut tradisi turun-temurun sejak Prophet Abraham ditukar namanya daripada Avram atau Abram oleh Yahweh selepas selesai upacara Brit Milah.

Seudat Mitzvah

Kemuncak kepada upacara Brit Milah adalah Seudat Mitzvah. Seudat Mitzvah adalah upacara kenduri sebaik sahaja upacara Brit Milah selesai. Makanan yang disediakan ketika Seudat Mitzvah mestilah kosher.



Seudat Mitzvah mesti hanya mengandungi makanan yang kosher

Istilah Kosher boleh diumpamakan istilah Halal bagi umat Islam. Orang Yahudi juga percaya kepada konsep ‘halal’ dalam diet pemakanan mereka. Makanan yang kosher adalah makanan daripada binatang yang disembelih dengan adat Yahudi, alkohol dibenarkan tetapi dengan seliaan penuh adat Yahudi dan mestilah tiada makanan berlaut kecuali ikan yang bersirip sahaja.

Pelik..Lapangan Terbang Ini Penuh Dengan Sampah

Sampah dan kertas kerja meliputi lantai di Lapangan Terbang Antarabangsa El Prat di Barcelona sebagai kakitangan pembersihan membantah terhadap pemotongan bajet yang besar.








Tabekpuang

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More