Friday, June 29, 2012

3 Makanan Punca Wajah Berjerawat



Rasanya memang ramai yang tak suka dengan masalah kulit yang satu ni, tak lain tak bukan iaitu masalah jerawat terutama buat kaum wanita, sehinggakan ada yang sanggup taknak keluar rumah sebab malu wajah banyak berjerawat. Sebenarnya banyak sebab yang menyebabkan wajah berjerawat ni seperti faktor kebersihan, stress dan hormon, faktor persekitaran, cuaca dan sebagainya. Selain itu, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat. Antara 3 Makanan Punca Wajah Jerawat ialah:-

Makanan yang digoreng

Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawatdan penyakit kulit yang lain akan wujud. Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawatialah:

1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng

Makanan tinggi gula

Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin

Makanan tinggi karbohidrat

Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:

1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih

Haa, ini adalah serba sedikit makanan-makanan yang menyebabkan wajah cepat berjerawat, jadi sebelum jerawat singgah di muka lebih baik berwaspada sebelum terlambat.. :)

gempak.org
nizarazu.com

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More