Thursday, June 28, 2012

Nenek Gengster Belasah Warga Emas



GEORGETOWN: Seorang wanita berusia 50-an yang sudah bercucu, layaknya digelar ‘nenek gengster’ apabila tergamak membelasah seorang warga emas sehingga mangsa retak tulang rusuk kerana masalah hutang dalam kejadian di Bandar Baru Farlim, Air itam, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, Isnin lalu, mangsa, seorang wanita berusia 68 tahun dari Bukit Mertajam, datang ke rumah nenek itu untuk menuntut hutang sebanyak RM3,600 yang tertunggak sejak beberapa tahun lalu. 

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan, ketika kejadian, nenek itu berada bersama seorang cucu perempuannya berusia 29 tahun dalam rumah dan berlaku pertengkaran antara dua beranak itu dengan mangsa. 

Menurutnya, apabila nenek itu masih enggan membayar hutang, mangsa yang kecewa bertindak menyimbah cat di depan rumahnya.

“Berikutan itu, suspek berang lalu menerkam dan memukul mangsa dengan teruk.Apabila mangsa lemah, tangannya diikat bagi mengelaknya melawan.

p/s : wahhh...nenek! boleh masuk WWE nih...

hmetro...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More