Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah Imam Syafie', Ahmad, dan sebahagian pengikut Imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardlu.
Menurut riwayat popular dari Imam Malik mengatakan bahawa berkhatan hukumnya sunnah. Begitu juga riwayat dari Imam Hanafi dan Hasan al-Basri mengatakan sunnah. Namun bagi Imam Malik, sunnah kalau ditinggalkan berdosa, kerana menurut mazhab Maliki sunnah adalah antara fardhu dan nadb. Ibnu Abi Musa dari ulama Hanbali juga mengatakan sunnah muakkadah.
Ibnu Qudamah dalam kitabnya Mughni mengatakan bahwa khatan bagi lelaki hukumnya wajib dan kemuliaan bagi perempuan, andaikan seorang lelaki dewasa masuk Islam dan takut khatan maka tidak wajib baginya, sama dengan kewajipan wudlu dan mandi bisa gugur kalau ditakutkan membahayakan jiwa, maka khatan pun demikian.
Adapun dalil-dalil yang dijadikan landasan para ulama yang mengatakan khatan wajib adalah:
1. Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa "Nabi Ibrahim melaksanakan khatan ketika berumur 80 tahun, beliau khatan dengan menggunakan kapak." (H.R. Bukhari). Nabi Ibrahim melaksanakannya ketika diperintahkan untuk khatan padahal beliau sudah berumur 80 tahun. Ini menunjukkan betapa kuatnya perintah berkhatan itu.
2. Kulit yang di depan alat kelamin terkena najis ketika kencing, kalau tidak dikhatankan maka sama dengan orang yang menyentuh najis di badannya sehingga sholatnya tidak sah. Solat adalah ibadah wajib, segala sesuatu yang menjadi prasyarat solat hukumnya wajib.
3. Hadist riwayat Abu Dawud dan Ahmad, Rasulullah S.A.W. berkata kepada Kulaib : "Buanglah rambut kekafiran dan berkhatanlah." Perintah Rasulullah S.A.W. menunjukkan kewajipannya.
4. Diperbolehkan membuka aurat pada saat khatan, padahal membuka aurat sesuatu yang dilarang. Ini menujukkan bahawa berkhatan adalah wajib, kerana tidak diperbolehkan sesuatu yang dilarang kecuali untuk sesuatu yang sangat kuat hukumnya.
5. Memotong anggota tubuh yang tidak boleh tumbuh kembali dan disertai rasa sakit, tidak mungkin kecuali kerana perkara wajib, seperti hukum potong tangan bagi pencuri.
6. Khatan merupakan tradisi umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. sampai zaman sekarang dan tidak ada yang meninggalkannya, maka tidak ada alasan yang mengatakan itu tidak wajib.
Manakala Dalil-dalil yang dijadikan landasan bahawa berkhatan tidak wajib adalah :
1. Salman al-Farisi ketika masuk Islam tidak disuruh berkhatan;
2. Hadis di atas menyebutkan khatan dalan rentetan amalan sunnah seperti mencukur buku ketiak dan memendekkan kuku, maka secara logiknya berkhatan juga adalah sunnah.
3. Hadis Ayaddad bin Aus, Rasulullah S.A.W. bersabda : "Khatan itu sunnah bagi lelaki dan diutamakan bagi perempuan." Namun kata sunnah dalam hadis sering diungkapkan untuk tradisi dan kebiasaan Rasulullah S.A.W. baik yang wajib mahupun bukan dan berkhatan di sini termasuk yang wajib.
0 comments:
Post a Comment