1. Sebaik-baik perbuatan mengambil air sembahyang atau berwuduk itu ialah mengadap kiblat. Tapi hari jumaat terlalu ramai orang yang hendak mengambil wuduk, maka satu sunat terpaksa kita tinggalkan.
2. Jika memakai cincin dijari elok kita pusing-pusingkan cincin tersebut supaya air dapat sampai pada bahagian bawah cincin.
3.Jika ada janggut elok juga dibelai-belai janggut tersebut dengan air ketika membasuh muka.
4. Elakkan meminta tolong orang lain ketika berwuduk, kecuali jika anda dalam keadaan sakit atau kurang upaya.
5. Jangan mengelap air wuduk pada anggota badan anda dengan kain atau pakaian anda. Elok biarkan saja.
6. Elakkan memercikkan air takut percikan air tersebut jatuh ke dalam bekas asal jika asalnya kolam atau timba.
7. Dilarang berkata-kata ketika mengerjakan wuduk tersebut.
8. Dan akhir sekali berdoalah setelah selesai berwuduk.
0 comments:
Post a Comment