Friday, June 29, 2012

Berbakti Kepada Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia adalah "Tanggungjawab kita sebagai seorang anak".

Dari Aisyah menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.A.W. bertanya : "Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, adakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya"? Nabi S.A.W menjawab : " Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala)".

(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah S.A.W, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : "Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?" Rasulullah S.A.W menjawab : "Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya." 

(HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More