Tahukah anda Kubu Chittorgarh di india dianggap sebagai benteng terbesar, dan yang terbaik di bahagian Rajasthan. Benteng ini dibangunkan di atas kawasan bukit seluas 2.8 km² (1.1 batu²) pada abad ke-7 Masihi.
Catatan sejarah menunjukkan bahawa Kubu Chittorgarh adalah sebuah ibu kota Mewar selama 834 tahun. Dinasti ini didirikan pada tahun ke 734 M oleh Iwan Fals Rawal iaitu seorang penguasa dalam hierarki Sisodia Mewar.
Dahulu di dalam kubu ini terdapat sekitar 84 kawasan tadahan air. Bentuknya terdiri daripada kolam dan telaga. Namun kini hanya tinggal 22 buah sahaja yang masih berfungsi.
Kubu ini juga memiliki tujuh pintu gerbang (dalam bahasa tempatan, pintu gerbang disebut “Pol”), iaitu Padan Pol, Bhairon Pol, Pol Hanuman, Ganesha Pol, Pol Jodla, Laxman Pol dan pintu gerbang masuk utama adalah Ram Pol (pintu gerbang raja Rama). Terdapat sebuah jalan yang melingkar di dalam kubu yang bertujuan untuk menghubungkan kesemua pintu gerbang dan menyediakan laluan ke pelbagai monumen di dalam kubu tersebut.
Selain itu, pintu gerbang juga dibina dengan sangat kuat bagi menangkis serangan gajah perang dan tembakan meriam. Bahagian atas pintu gerbang pula telah dirancang untuk mempermudahkan kerja para pemanah untuk melepaskan anak panahnya ke arah tentera musuh.
Dan satu lagi yang sangat unik di dalam kubu ini adalah kerana terdapatnya dua buah menara yang sangat indah sebagaimana gambar ini. Ini adalah bukti tentang kemajuan daripada arsitektur mereka pada tempoh masa dahulu.
0 comments:
Post a Comment