Saturday, June 30, 2012

4 Golongan Yang Akan Ditarik Wanita Ke Neraka

Di akhirat nanti, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :



1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

( Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar api neraka jahanam)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang yg alim di mana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau akan terlepas. Kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa, tidak lepas daripada melakukan dosa. Selamatkanlah dia daripada menjadi ‘kayu api’ neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Ingatlah saudara/saudari, kita ini hamba-hamba Allah, apa yang telah ditetapkan oleh Allah, semestinya adalah yang terbaik untuk kita semua.. janganlah kita mempersoalkan larangan dan ketentuan Allah.. Beramalah, dan jagalah tatasusila kita sebagai orang Islam. Mati tidak mengenal usia, tidak mengenal tempat, ia datang bila-bila masa sahaja. Jadi bersedialah dengan amalan-amalan yang baik. Dari Allah kita datang, kepada Dia juga kita kembali.


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More